Thursday, October 13, 2011

25 orang Tionghua Parit Buntar sertai Seminar Keharmonian Masyarakat

PARIT BUNTAR, 14 Okt. : Seramai 25 orang Tionghua di Parit Buntar bertuah kerana menerima jemputan menghadiri Seminar Keharmonian Masyarakat Majmuk : Pengalaman Kelantan anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan.

AJK Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad berkata, kesemua mereka bersama 15 lagi anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP) Perak telah menghadiri seminar yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat.

“ 15 anggota DHPP Perak lagi termasuk orang India mewakili beberapa DHPP PAS kawasan lain seluruh Perak.

“ Pihak Badan Perhubungan PAS Perak telah menyediakan sebuah bas untuk rombongan anggota DHPP Perak ke Kelantan” katanya

Hamdan berkata, seminar ini telah diadakan di sebuah resort milik pengusaha bukan Islam di Pantai Cahaya Bulan.

“ Walaupun bilangan pesertanya terhad namun 80 peratus daripada 250 orang peserta seminar ini adalah bukan Islam.

“ Mereka adalah jemputan khas termasuk pimpinan masyarakat bukan Islam dari seluruh Malaysia” katanya

Menurutnya, seminar ini jelas mengambarkan keharmonian kaum dan masalah masyarakat majmuk sengaja dibesar-besarkan oleh pihak yang tidak bertangunggjawab.

“ Seminar ini membuktikan bumi Malaysia memang unik dengan masyarakatnya yang berbilang kaum dan agama.

“ Respon yang diterima menunjukkan bahawa masyarakat majmuk bukanlah halangan kepada pelaksanaan sistem Islam”katanya

Katanya, pembentang dan ahli panel seminar ini adalah tokoh besar dari berbagai agama dan latar belakang.

Antaranya, Dato' Husam Musa , Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ann Wang Seng, K.Kumutha, Dr Wong Chin Huat, Shah Kirit, Prof Viveka dan Law Chee Fang.

No comments: