KUANTAN, 19 Okt - Para penduduk Felda Sg.Panching Utara dekat sini gempar apabila dimaklumkan seorang pemimpin peneroka di situ telah ditangkap oleh pihak polis ketika sibuk berjudi di sebuah pusat siber haram Jalan Air Putih dekat sini.
Pemimpin terbabit yang dikenali sebagai Che Mamat Abdullah, adalah merupakan Ketua UMNO Cawangan B Felda terbabit. Beliau ditangan ketika sedang asyik bermain "mesin kuda" di premis berkenaan.
Menurut sumber, kejadian itu sudah berlaku sejak beberapa hari yang lalu sebenarnya. Namun, dek kerana takut mendapat aib dan malu terhadap beliau serta parti yang dipimpinnya (UMNO) maka kes tersebut sengaja disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai.
Namun, atas sikap prihatin beberapa orang saksi pada hari kejadian maka perkara ini akhirnya didedahkan. Sementara itu, beberapa orang penduduk yang ditemui terkejut dengan insiden berkenaan.
"Sungguh memalukan, beliau yang disanjung sebagai pemimpin masyarakat peneroka di sini tiba-tiba menconteng arang ke muka kami. Jika inilah sikap pemimpin yang kami pilih, maka sia-sia sahaja harapan yang diberikan kepada beliau selama ini. Tergamak dia berjudi, sedangkan dia tau perbuatan itu haram di sisi agama. Malah, tindakan berjudi mesin kuda itu juga jelas membuktikan sikap sebenar pemimpin berkenaan", kata mereka.
[Kejadian yang berlaku ini jelas sekali telah menjatuhkan imej parti UMNO dimata masyarakat dan penduduk Felda berkenaan. Ramai yang kecewa dan hilang kepercayaan kepada parti, kerana gagal mentarbiyah pemimpin dan ahli-ahli mereka ke jalan yang diredhai Allah.
Sedangkan semua pemimpin berkenaan adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Difahamkan, Felda Panching Utara terletak dalam DUN Panching, Parlimen Paya Besar yang kedua-duanya diwakili oleh parti UMNO BN.
Kemungkinan besar, insiden yang berlaku ini sedikit mencalarkan sokongan rakyat terhadap parti itu pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Rakyat mula sedar kebobrokan sikap segelintir pemimpin mereka yang gemar berjudi dan berpoya-poya. Inilah hakikat yang berlaku sejak sekian lama.
Pendekatan dakwah dan didikan Islam terus dipinggirkan dalam jiwa-jiwa mereka. Politik suku agama suku terus ditanam dalam minda mereka.
Akhirnya, kemewahan dan keseronokan duniawi menjadi amalan hidup mereka ini. Apakah pemimpin sebegini boleh diharap membela agama Islam agaknya].PDO

1 comment:
Tapi bkn nak kata pulak melayu2 felda yg berjiwa hamba ni mane reti yob, sudah2 nya umporno jugak depa pangkah bila tiba PRU nanti... susah mrk ni otak dan darah biru.....
Post a Comment