KUALA LUMPUR, 15 Nov – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mengetepikan beberapa bahagian dalam kenyataan pembelaan difailkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes fitnah dibawa oleh Menteri Dalam Negeri itu.
Sehubungan itu juga, Hakim Mahkamah Tinggi V.T. Singham mengarahkan Hishammuddin agar membayar kos RM25,000 kepada Anwar.
Hishammuddin memohon bagi membatalkan sebahagian kenyataan pembelaan Anwar dalam saman fitnah berhubung video seks memaparkan pelaku mirip ketua pembangkang itu.
Hishammuddin yang diwakili peguam Sunil Abraham memfailkan saman fitnah terhadap Anwar kerana mengeluarkan kenyataan memfitnahnya semasa temu bual dengan media pada 22 Mac lalu selepas membuat laporan mengenai video itu di balai polis Dang Wangi di sini.
Hishammuddin, 50, berkata kenyataan itu dilaporkan secara meluas dalam media dan Internet dan difahamkan membawa maksud bahawa beliau bertanggungjawab menayangkan video itu kepada sekumpulan editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lepas.
Menteri itu berkata kenyataan itu juga difahamkan membawa maksud yang beliau telah mengaturkan penayangan video itu dan telah berkomplot dengan Perdana Menteri dan pegawai tinggi polis untuk melakukan perbuatan itu.
Dalam pernyataan pembelaannya, Anwar berkata kenyataan beliau semasa temu bual dengan media pada 22 Mac, selepas membuat laporan mengenai video itu di balai polis Dang Wangi, diterbitkan berdasarkan perlindungan bersyarat.
Anwar mendakwa kenyataan itu diterbitkan berdasarkan perlindungan bersyarat yang dimilikinya atas kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen kawasan Permatang Pauh, kepada orang awam yang mempunyai hak kepentingan untuk menerima maklumat itu.
Lagipun, beliau mendakwa kenyataan yang dipertikaikan itu merupakan komen yang adil terhadap perkara berkepentingan awam dalam menyatakan pendapat beliau bahawa Hishammuddin telah berkompromi dengan perbuatan jenayah kumpulan lelaki yang digelar ‘trio’ dalam memaparkan video itu walaupun beliau tahu atau sepatutnya tahu mengenai perbuatan mereka.
Dalam tuntutan balasnya, Anwar menegaskan kenyataan Hishammuddin dalam sidang media beliau pada 21 Mac, memperlihatkan bahawa beliau adalah individu dalam video itu seperti mana ditegaskan oleh trio itu.
Hishammuddin, dalam jawapannya kepada pernyataan pembelaan Anwar berkata ketua pembangkang itu berniat jahat selepas mengeluarkan kata-kata dalam satu persidangan akhbar yang kemudiannya dilaporkan dengan meluas di media dan Internet.
Beliau berkata perkataan yang diterbitkan itu, tidak dipaparkan dengan niat baik dan motif utama Anwar adalah untuk memperlekehkan reputasi Hishammuddin sebagai menteri dan sebagai ahli politik.
tmi
2 comments:
Hisham bapuk ko pelekihkan DSAI atau dia pelekihkan ko? kata tahu undang2 ko memang kaki putak alam. cuba rakyat marhean tayang video lucah petang tu jugak budak2 lu (polis) tangkap. Trio pariah tayang, lu buat dek aje, tu tak sebahat ke? lu citer org kpg parlimen sembrong mrk caya le. melayu KL mati hidup balik kata lu temberang... peguam umporno cayalah ckp lu bapuk....
Yg tayang video di gelaq TRIO PARIAH..yg jadi pelakon diwar2kan 'Anugerah Tuhan' le pulak..dunia-dunia, dah nak terbalik gamaknye ya...
Anwar tu 'calon' PM..hang nak ke calon PM berperangai cam ni?..
Hang kot yg pariah ni geng..pelaku maksiat nak diangkat jadi PM..biaq betulll...
Post a Comment