Friday, November 11, 2011

HOT!!! Ahli UMNO mengaku mengundi 6 kali semasa PRU 12

http://umno-online.com/wp-content/uploads/2009/06/UMNO_logo_baru1.jpgPEKAN, - Seorang ahli UMNO bahagian Pekan iaitu kawasan yang diwakili oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini tampil mengakui beliau mengundi di enam lokasi yang berlainan pada Pilihanraya Umum Ke-12 tahun 2008 yang lalu.

Beliau yang tidak mahu namanya disiarkan mengaku ramai lagi rakan-rakannya di dalam UMNO yang juga mempunyai "keistimewaan luar biasa" hasil konspirasi politik yang dilakukan oleh UMNO BN dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


"Saya merasa bersalah atas apa yang berlaku. Bukan niat saya untuk khianat tapi mereka yang mengatur segalanya dengan teratur dan saya mendapat imbuhan daripada parti atas usaha ini. Tak silap saya antara lokasi yang menjadi tempat saya membuang undi ialah di Pahang Tua, Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH Pekan), Sekolah Ahmad Pekan dan beberapa lagi lokasi lain", kata beliau ketika dihubungi.


Beliau terpanggil untuk membuat pengakuan ini kerana menyedari dirinya telah "berdosa dan khianat" kepada rakyat. "Saya juga kecewa, sejak sekian lama Datuk Najib menjadi Wakil Rakyat di Parlimen Pekan, tanah-tanah di kawasan ini sedikit demi sedikit terhakis dan diberikan kepada warga asing terutamanya dari Kemboja dan Myanmar.


Malah, Najib juga memunggah begitu ramai orang Kedah dan Perlis untuk membuka kampung baru di Pekan. Mereka diberi layanan isitimewa dan berbagai lagi kemudahan. Tapi kami orang Melayu di Pekan terus dipinggirkan. Projek-projek pembangunan semua diberikan kepada orang luar dan bukan kontraktor tempatan anak Pekan sendiri. Akhirnya kami makan habuk sebaliknya kemewahan dikecapi oleh orang lain.


Dah banyak kali saya bangkitkan isu ini pada Mesyuarat UMNO, tapi jawapannya tetap sama .... apa boleh buat .. Datuk Najib Perdana Menteri kita .. dan kita kena ingat jasa-jasa arwah Ayah dia dulu", kata beliau lagi dengan nada kecewa. Beliau turut menegaskan, kini orang-orang Melayu dalam UMNO di Pekan sebenarnya sudah hilang kepercayaan kepada Najib. Tambahan pula bila mereka melihat proksi isteri Najib iaitu Rosmah Mansor begitu rakus menyapu projek-projek dekat Pekan hatta untuk projek kelas F sekali pun.


-http://pahangdaily.blogspot.com

3 comments:

ahlee said...

Please Tuanku N.AJIS dah tok mampo nok handle malunya ambo.....Aktiviti Pelacuran Di Kelantan Terus Rancak
by Sheih on October 29, 2011



Pusat Pelacuran popular di Kelantan, tidak sampai setengah kilometer dari Pejabat Tuan Guru Nik Aziz



Pelacur yang dilanggan dari Lorong Limau Manis dalam operasi Johnson 2.

Pahat dengan pemukul? Atau makan gaji buta? Penguatkuasa di MPKB-BRI tidak perlu beri jawapan tetapi perlu terus bertindak.

KOTA BHARU 14 Feb. – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, wujudnya kegiatan perjudian dan pelacuran di Kelantan disebabkan kurangnya penguatkuasaan kerajaan tempatan.....

Anonymous said...

Pencacai umporno bukan sahaja menipu , sanggup buat dosa mengundi banyak kali.

buat komen pun fitnah . celakalah ko ahlee UMNO

Unknown said...

apabila suara Keadilan dedahkan isu ini mereka anggap tohmah. sekarang puak umno sendiri sudah dedahkan hal sebenar. memang orang Pekan dah muak dengan Pak Jib, kera adi hutan diberi duit, anak sendiri disuruh kutip sampah dan jual sampah. inilah nasib melayu di Pekan. Orang Kampuchea dan Vietnam dan Mynmar seronok menjadi penduduk Pahang. Hidup Melayu Kampuchea! Hidup Melayu!