Sunday, November 13, 2011

SAHIH!!! Di mana UMNO kuat ,di situ orang Melayu merempat

Zaman untuk menganggap Umno parti keramat untuk orang Melayu sudah berlalu terutama di kalangan Melayu terpelajar dan bermaklumat

Bahkan, mereka sudah berani mempersoalkan kenapa Melayu merempat di tempat Umno kuat.


Oleh itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad menyifatkan ungkapan emosi yang diucapkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad umpama lagu lama yang cuba mendekatkan kembali orang Melayu yang duah jauh dari Umno.


"Tun Dr Mahathir masih menyayi lagu yang sama mengenai perpecahan orang Melayu. Ungkapan ini tidak lebih daripada untuk meniupkan emosi orang Melayu supaya jangan jauh daripada Umno.

"Zaman untuk menganggap Umno parti keramat untuk orang Melayu sudah berlalu terutama di kalangan Melayu terpelajar dan bermaklumat. Mereka sudah mempersoalkan kenapa Melayu merempat di tempat Umno kuat,"ujarnya

Beliau yang juga Pengerusi Lujnah Tarbiyah PAS Pusat berkata demikian dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Buleytinonline.

Menurutnya, orang Melayu berpecah kerana dasar 'Umno Putera' yang sudah 'mendarah daging' dalam Umno, menyebabkan Melayu tidak berdosa menjadi mangsa.

Katanya, dasar tersebut menyebabkan Kelantan dipinggirkan oleh kerajaan pusat sedangkan Kelantan adalah sebuah negeri majoriti penduduknya adalah orang Melayu.

"Sebanyak 118 projek Persekutuan disekat sejak Rancangan Malaysia Keenam (1991). Pengkhianatan royalti kepada Kelantan yang jelas termaktub di dalam undang-undang telah dicabul.

"Menafikan pendaratan minyak ke Kelantan yang hanya jarak 150 KM, berbanding dengan ke Songkla Thailand yang jaraknya 270 KM. Ini tidak termasuk diskriminasi oleh pimpinan Umno di peringkat akar umbi seperti menahan projek jalan kampung, bantuan kemiskinan dan lain-lain lagi,

"kesemua ini dilakukan kerana dasar Umno Putera,"jelas Ustaz Idris Ahmad.

Beliaa menegaskan, sikap yang ditunjuk melalui dasar 'Umno Putera' yang menyebabkan Melayu lemah.

"Terbukti... bukan bangsa lain yang menindas, sebaliknya Melayu ditindas dan dilemahkan oleh orang yang sebangsa, semata-mata kerana kerakusan kuasa dan tidak boleh menerima selain daripada parti Umno sahaja,"tambahnya -BO

1 comment:

Anonymous said...

Lagu lama dendangan Tun M "Melayu berpecah jika melayu x sokong umporno" definasi "Melayu Berpecah". padahal melayu dlm umporno pn bkn nya bersatu pn berpuak2.... hanya melayu berjiwa hamba, melayu tongkat dan subsidi aje yg masih sokong umporno... melayu merdeka dan berpegang dgn islam tahu rezeki sape yg beri.... tak payah bergantung dgn umporno le.. angkara sape rezab melayu tergadai ade kah cina DAP? pembela melayu konon ... lu fikio le yob...