Friday, November 4, 2011

Ziarah masyarakat India sempena Deepavali

PARIT BUNTAR, 3 Nov. : Sambutan Deepavali masyarakat India yang baru lepas mendapat perhatian Ahli Parlimen dan Lujnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Parit Buntar.

Setiausaha Pusat Khidmat Parlimen, Hairul Nizam Ishak berkata, pada tahun ini, Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar serta LPN bekerjasama mengambil inisiatif dengan mengadakan kunjungan ziarah ke rumah masyarakat India.

" Kita menyampaikan sumbangan Deepavali kepada masyarakat India miskin yang bakal menyambut hari perayaan mereka itu.


" Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, Timbalan Yang Dipertua, Abdul Baharin Mat Desa serta Pengerusi LPN Ahmad Azhar Sharin, turun padang menemui masyarakat India bagi menyampaikan sumbangan disamping mengucapkan selamat pada mereka " katanya

Menurut Hairul Nizam, sumbangan disampaikan sekitar perumahan awam Jalan Abdul Raof, Dennistown, Pekan Baru serta Flat Toh Jabit.


" Lebih 30 orang menerima sumbangan dan mereka merupakan golongan yang susah dan berpendapatan rendah.

" Ada dikalangan mereka merupakan ibu tunggal yang tinggal berseorangan tanpa keluarga, malah ada yang berpendapatan hanya RM400 tetapi terpaksa menanggung anak yang ramai" katanya

Beliau berkata, rombongan yang menziarahi rumah masyarakat India ini dapat menyelami keperitan hidup mereka sekeluarga.


" Walaupun sumbangan kami tidak seberapa, akan tetapi kunjungan ke rumah mereka disambut senyuman dan meriah.

" Mereka berasa gembira dan terharu kerana pimpinan PAS datang ke rumah mereka untuk mengucapkan selamat dan menyampaikan sumbangan" katanya

Turut sama dalam jelajah ini ialah wakil masyarakat India, T.Rajeswaran dan rakan-rakannya.



No comments: