Siapa yang buat teks Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin ketika perasmian Masjid Sultan Ismail di Cendering. Apakah maklumat yang sebenar dilapurkan kepada Tuanku berkenaan solat Jumaat di dua masjid dalam satu qariah.
Mutakhir ini kerja ni sebenarnya angkara siapa? Kita tidak mahu apabila dekat pilihanraya, pihak kerajaan pimpinan Umno Terengganu dok mainkan kaset lama untuk menjadi bahan kempen Umno-BN. Macam dah tak de isu lain ke nak tutup penyelewengan pimpinan Umno-BN.
Kenyataan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mohd Rozali Salleh berkata terdapat 11 masjid di Marang, Setiu dan Besut dikesan masih melakukan dua solat Jumaat dalam satu kariah berbanding 23 buah sebelum ini.
Menurutnya walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, masalah itu masih tidak dapat diselesaikan.
"JHEAT pernah dihalang dengan jentera, malah ada orang baring bawah jengkaut apabila kita datang ke tempat mereka untuk menyelesaikan perkara ini," katanya.
Rozali berkata JHEAT memandang serius perkara itu kerana ia bukan sahaja menimbulkan perpecahan dalam kalangan penduduk setempat tetapi juga meninggalkan imej negatif terhadap Islam.
Kita juga tidak mahu pihak JHEAT menjadi ‘ggabus’ Umno-BN. Sebab mereka menyedari duduk sebenar perkara ini. Sebenarnya setelah Umno kembali berkuasa, pemimpin mereka kembali rakus untuk memecah-belahkan rakyat di qariah yang khususnya ramai yang menyokong pembangkang.
Ketika PAS memerintah pun, Tok-tok Imam dan pemimpin Umno sendiri memulau masjid-masjid semasa pemerintahan PAS seperti wujudnya masjid baru Gong Pak Jin di Dun Tepuh.
Apatah lagi selepas Umno kembali berkuasa, mereka menggunakan kuasa kerah keng mereka. Mereka lebih suka menggunakan bahasa jentolak & jengkaut. Itulah yang disebut oleh Pesuruhjaya JHEAT sepertimana ucapan di atas.
Kita masih ingat kerakusan Umno-BN merobohkan Masjid Bujal yang dibangunkan oleh masyarakat setempat dengan pelbagai alasan meskipun kita semua tahu Rasulullah s.a.w. mengajar mengutamakan pembinaan masjid sebelum pembinaan rumah sendiri.
Rumah Allah didahulukan sebagaimana ketika Hijrahnya Rasulullah s.a.w. maka pembinaan Masjid Quba terus dibina dan apabila Rasulullah s.a.w. masuk ke tengah Madinah maka terus dibina Masjid Nabawi.
Kita lihatlah bagaimana Masjid Sura Lama dalam Dun Paka. Masjid yang dibina dan dikuasai oleh orang-orang Pas itu menimbulkan rasa tidak puas hati pimpinan Umno-BN bahkan Hj Ahmad (calon PAS 1959) selaku pengasasnya dibuang daerah ke Melaka.
Bukan itu sahaja mereka berusaha supaya masjid itu ditutup dan dibina Masjid Sura Baru hanya beberapa ratus meter daripada Masjid Sura Lama yang binaannya jauh lebih kecil apatah lagi nak memuatkan masyarakat setempat.
Hasrat sebenarnya ialah orang Umno tidak bersedia bersembahayang di masjid yang dibina oleh orang PAS sedangkan Hj Ahmad itu adalah pengasas dan pembuka Kampung Sura itu sendiri.
Begitu juga apabila orang Umno gagal menguasai Masjid Kg. Pinang Merah, Masjid Kg. Nyior dan Masjid Tebing Tembah yang menyebabkan orang Umno mendesak agar dibuat masjid sendiri dan akhirnya mereka membina sebuah masjid baru di Tebing Tembah dengan projek bernilai lebih daripada RM3 juta dan cuba menurunkan taraf Masjid Tebing Tembah yang sedia ada meskipun bangunannya besar dan selesa serta masih amat kukuh dan telah dibaikpulih dan diperbaharui.
Semua penyokong Umno terpaksa dikumpulkan 3 kampung berdekatan untuk mencukupkan solat Jumaat. Biar apa pun berlaku janji nafsu orang Umno terpuas meskipun berlaku perpecahan di kalangan masyarakat bahkan mereka diugut jika tidak pergi bersembahyang di masjid mereka.
Begitu juga masjid di Felda Kerteh 2 dan Kerteh 3. Ia tetap dibina walaupun kedudukan masjid tu sejengkal kera sahaja tetapi ia tidak menjadi isu kerana kawasan ramai penyokong Umno dan ianya satu projek untuk Umno.
Ini baru satu Dun… bolehlah ditinjau di seluruh Terengganu nescaya kita akan mengetahui bahawa semua ini sebenarnya angkara Umno-BN. Apatah lagi Imam yang dilantik yang dipilih berdasarkan penyokong Umnonya.
Kekadang ahli Umno tegar, meskipun lemah ilmu agamanya. Inilah kekadang timbulnya percakapan imam yang terlebih Umno daripada pemimpin mereka. Hatta menghina Islam, menghina hukum Islam. Bagaimanalah ingin dibuat Tok Imam. Itu belum diambil kira kes-kes akhlak.
Jika Imam itu dikatakan penyokong PAS nescaya disekat elaun mereka sehingga kini. Dah lebih 7 tahun sebahagian imam & bilal disekat elauan mereka meskipun mereka tetap bertugas sehingga kini. Apabila timbul isu nescaya pemimpin PAS dipersalahkan.
Mereka ada media, mereka ada alat propaganda. Mereka yang lempar batu, mereka sembunyi tangan. Inilah sikap pimpinan Umno-BN. Dekat-dekat nak mengundi ni… tayang balik le cd-cd lama ni. Diharap pimpinan Umno jangan hipokrit. Dah berak merata… jangan tuduh pulak orang lain.
http://ustsaifulbahri.blogspot.com
1 comment:
hg cite ni benaq ka fitnah gak ni?
mcm 2X5 je aku baca.
sana kata sini,sini kata sana..
hgpa ni sama je..xguna beribadah lau dok kata org munafik la mcm2 lagi..
lau itu kebenaran nye org akan menyokong sapa yg benar. bkn dibls dgn fitnah sesama umat..
Post a Comment