Friday, December 16, 2011

FITNAH UMNO RASIS!!! Ini 'bukti' DAP anti Melayu, anti Islam


DAP Taiping mencipta sejarah lagi apabila mengadakan Majlis Berkhatan secara besar-besaran di perkarangan Masjid Eskpo di Taiping untuk tiga tahun berturut-turut.

Apabila Timbalan Presiden UMNO, Muhyddin Yassin melemparkan tuduhan terbuka terhadap DAP dengan menuduh parti tersebut sebagai parti yang "anti-Melayu, anti Islam dan Anti Sultan",

DAP Taiping hari ini membuktikan bahawa dakwaan sedemikian adalah usaha licik UMNO tanpa asas untuk mengaburkan mata rakyat jelata demi melanjutkan talian hayat politik UMNO yang kini hanya disifatkan tinggal nyawa ikan sahaja.

Majlis penuh istiadat dan berwarna-warni ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang telah memberikan sumbangan peribadi sebanyak RM5,000 dari potongan elaun Ahli Parlimen beliau sebagai tanda sokongan memupuk semangat muhibbah dan perpaduan Nasional.

Dalam majlis tersebut, lebih dari 100 orang kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 10 tahun telah menjalani upacara berkhatan sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai muslim.

Upacara perasmian tersebut turut dimeriahkan dengan perarakan yang diiringi oleh pasukan kompang dan pemancuhan air oleh kereta bomba dari unit pasukan keselamatan.

Turut hadir bersama pada Majlis tersebut adalah tetamu khas dan bekas Exco Agama Negeri Perak, Zainuddin bin Mohd Yusof, ADUN Aulong, Yew Tian Woh dan Pesuruhjaya PAS Parlimen Taiping, Ustaz Pakaruddin Bin Abdul Aziz.

Dalam ucapan perasmian beliau, Nga Kor Ming telah menegaskan bahawa DAP dan Pakatan Rakyat adalah parti yang berjuang untuk semua anak Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang budaya masing-masing kerana Pakatan Rakyat bertekad untuk mewujud dan melakar landskap politik baru tanahair kita supaya menghancurkan politik perkauman yang didokong oleh parti perkauman seperti MCA, MIC dan UMNO.

Nga Kor Ming berkata, bertentangan dengan dakwaan UMNO, apabila Pakatan Rakyat berjaya memenangai kerajaan Pulau Pinang, peruntukan untuk agama Islam telah meningkat 100% hingga ke RM24 juta jika dibandingkan dengan RM12 juta ketika di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga memberikan peruntukan sistematik tiap-tiap tahun kepada sekolah agama rakyat sebagai pengiktirifan terhadap sumbangan pendidikan Islam.

Beliau memohon restu dari kaum Melayu untuk memberi peluang lima tahun kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya supaya rakyat dapat membuat bandingan prestasi pentadbiran di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Beliau menegaskan bahawa sebagai pengundi bijak, ia adalah sangat penting bahawa pengundi menggunakan kesempatan pilihanraya mewujudkan sistem kerajaan yang boleh saling berganti dan hanya dengan saingan sistem dwi-parti ini rakyat akan memperolehi manfaat yang paling besar.

"Kita sudah bagi BN menang 12 kali dan sepanjang 54 tahun, apa salahnya kita bagi peluang sekali kepada Pakatan Rakyat untuk lima tahun?" tegas Nga.

No comments: