Tuesday, December 20, 2011

KESEPAKATAN PR!!! Gagalkan agenda jahat Najib dan Noh Omar di Selangor



Jika sudah berhati syaitan, apa saja akan dilakukan untuk menghancurkan kebenaran!

Usaha yang dilakukan oleh juak-juak Umno-APCO Selangor untuk melaga-lagakan Pakatan Rakyat dengan arahan terus dari Pengerusi Badan Perhubungan negeri yang juga Perdana Menteri, Najib nampaknya gagal lagi.


Sesudah gagal juga dalam pertempuran Noh Omar yang dikatakan dalang di sebalik video klip yang menghina hudud yang mensasarkan PAS, Umno-APCO mula menyerang kesepaduan dalam Pakatan Rakyat yang kini diterajui PKR.


Apa yang tidak diperhalusi oleh Najib dan Noh Omar adalah, serangan bertali arus yang bertujuan untuk melemahkan Pakatan Rakyat sebenarnya hanyalah sia-sia di sebalik jutaan ringgit wang gelap dihabiskan untuk menyara hantu-hantu (baca: lembu-lembu) blogger yang tak henti-henti memfitnah tanpa sebarang fakta kukuh.


Dr Rani sebagai bos PAS Selangor berjaya mematahkan tohmahan bahawa DAP sebenarnya berkehendakkan jawatan Menteri Besar sekiranya meletakkan calonnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.


Peliknya, tidakkah fakta pilihanraya umum lalu sudah membuktikan bahawa tiada satu pun parti dapat memerintah secara bersendirian?


Harus diingat, Selangor mempunyai 56 kerusi DUN yang mana Pakatan Rakyat memenangi 36 daripadanya, sebelum ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah keluar PKR dan menjadi katak lompat bersama BN.


PKR yang memperolehi 15 kerusi sebelum menjadi 14 tidak mungkin dapat membentuk kerajaan negeri.


Begitu juga DAP yang mendapat 13 kerusi, tidak mungkin berkuasa walaupun dikatakan PKR dan PAS terpaksa mengikut kata Teresa Kok yang menjadi bos DAP negeri.


Hakikatnya, dalam Pakatan Rakyat, tiada siapa yang dominan walaupun dalam soal memilih Menteri Besar, konsensus (muzakarah) bersama diperlukan dan telah bersetuju melantik wakil PKR melalui Khalid Ibrahim.


Itulah bezanya Pakatan Rakyat dengan BN yang mana selama 54 tahun memerintah asyik membuli kesemua parti komponennya walaupun terpaksa mengorbankan dasar dan prinsip perjuangan semata-mata untuk terus berkuasa!


Apa saja senjata yang digunakan Najib dan Noh Omar untuk mengucar-kacirkan Pakatan Rakyat dalam usaha merampas negeri terkaya di Malaysia ini semuanya sia-sia disebabkan kepantasan maklumat yang diperolehi segera dijawab Pakatan Rakyat dengan fakta dan bukti kukuh siapa dalang yang menyebarkan fitnah yang sengaja diada-adakan.


Hanya dengan talian hayat terakhir menggunakan pendatang tanpa izin yang diberi kad pengenalan untuk mengundi BN saja yang mampu menutup malu Najib yang berdepan dengan tekanan untuk terus bertahan di Putrajaya sedang kemaraan Muhyiddin Yassin semakin kuat.


Hanya masa yang akan menentukannya.


Soalan:
Di mana Ketua Pembangkang, Satim Diman dan bekas MB Khir Toyo dalam perancangan jahat ini??

JALAN PULANG



PR puas hati dengan Khalid, DAP mahu MB tak timbul


Pakatan Rakyat (PR) mengutuk sekeras-kerasnya pembohongan yang disebarluaskan oleh pihak tertentu bahawa DAP sedang merancang untuk mengambil kuasa Menteri Besar Selangor dengan meletakkan calon Melayu di kerusi majoriti Melayu.


“Kita melihat ini sebagai satu usaha terdesak Umno khususnya untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya tidak menyokong calon-calon PR dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti,” kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman (gambar) pada sidang media di pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi DAP negeri, Teresa Kok Suh Sim dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.


Persoalan jawatan Menteri Besar Selangor tidak pernah timbul kerana PR berpuas hati dengan prestasi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan tiada apa-apa rancangan untuk menukarnya.


“Kami yakin bahawa melalui kerjasama dan semangat saling sokong menyokong yang ditunjukkan selama ini, prestasi Selangor di bawah Tan Sri Khalid akan bertambah, bukan sebaliknya.


“Sekalli lagi kami dari PR mengutuk sekeras-kerasnya usaha adu domba dan persengketaan berbau perkauman yang disebar Umno dan menggesa mereka meninggalkan tabiat buruk dan terkutuk itu demi negara,” ujar Dr Rani lagi.


Hakikatnya, kata beliau DAP adalah parti berbilang kaum tetapi telah ‘dipenjarakan’ dalam imej parti bukan Melayu oleh Umno sebagai strategi politik pecah dan perintah yang telah mereka gunakan ke atas rakyat selama ini.


Jelasnya, Umno mahu meneruskan pembohongan dengan menimbulkan satu persoalan yang tidak pernah ditimbulkan oleh mana-mana pihak dalam PR.


Beliau yang juga Adun Meru menjelaskan DAP telah mencadangkan kepada PR Selangor supaya mereka dibenarkan meletak calon Melayu di kawasan majoriti Melayu.


Ini, katanya dicadangkan DAP dengan tujuan supaya DAP boleh membebaskan dirinya daripada imej yang ‘dipenjarakan’ oleh Umno.


Menurutnya, perbincangan telah dilakukan secara tenang dan terbuka bersama rakan-rakan PR dan bukan secara tertutup atau rahsia.


PAS dan PKR, jelasnya telah menyatakan kekhuatiran ia akan dieksploitasi oleh Umno yang sememangnya menggunakan sentimen perkauman untuk menyerang PR.


DAP, ujarnya akan dituduh gila kuasa dan PAS serta PKR pula akan dituduh pengkhianat bangsa.


“Walaupun inilah apa yang sering dilakukan Umno, namun tindakan itu boleh mengukuhkan persepsi yang songsang ini di kalangan masyarakat Melayu,” ujarnya.


Justeru, beliau berharap semoga rakyat diselamatkan daripada politik perkauman sempit yang diperjuangkan Umno BN.


“Semoga rakyat memahami bahawa politik sedemikian hanya pembohongan Umno BN untuk menutup amalan rasuah dan penyelewengan yang telah menjadi darah daging mereka selama ini,” katanya.

No comments: