KEADILAN mengemukakan tiga dokumen rasmi Bank Dunia berhubung salah satu dari empat pinjaman berjumlah US$704 juta oleh kerajaan Malaysia.
Ketiga-tiga dokumen berhubung pinjaman US$60 juta itu secara jelas membuktikan rundingan pinjaman berlaku selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara dan dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.
Ia susulan kenyataan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencabar Ketua Pembangkang itu menunjukkan surat yang ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli merujuk Kertas Maklumat Projek bertarikh 23 Oktober 1998, iaitu laporan awal oleh Bank Dunia untuk menilai permohonan pinjaman sesebuah negara.
“Ia adalah dokumen pertama yang disediakan sebelum pun rundingan bermula.
“Tarikh 23 Oktober 1998 membuktikan bahawa proses rundingan pinjaman tersebut bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan.
“Ia mustahil melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang selalu didakwa Tun Mahathir Mohamad dan Umno,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Kedua, katanya, Mahathir mengarahkan kerajaan memohon pinjaman Bank Dunia berdasarkan Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman bertarikh 3 Mac 1999, yang secara jelas menunjukkan agensi bertanggungjawab berunding dengan Bank Dunia untuk mendapatkan pinjaman adalah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
“Permohonan pertama dibuat pada 26 Julai 1998. Laporan dan rundingan berikutnya (yang hanya bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan) ditangani sepenuhnya oleh Unit Perancang Ekonomi, yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad,” kata Rafizi.
Ketiga, katanya, perjanjian ditandatangani pada 31 Mac 1999 di bawah persetujuan Mahathir, berdasarkan Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia (Loan Agreement) bernombor 4452-MA yang bertarikh 31 Mac 1999.
“Perjanjian ini ditandatangani di bawah arahan dan persetujuan Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.
“Jelas sekali bahawa Tun Mahathir Mohamad telah berbohong apabila beliau mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa seperti Bank Dunia,” kata Rafizi.
Malah, katanya, pentadbiran Mahathir di bawah arahan dan seliaan beliau, bertanggungjawab membuat permohonan mendapatkan bantuan kewangan Bank Dunia.
Rekod kewangan di bawah Anwar baik
Menurut Rafizi, KEADILAN menegaskan bahawa fitnah Mahathir terhadap Anwar dalam hal ini tidak lebih dari usaha beliau memadamkan rekod pentadbiran kewangan yang baik semasa Anwar menjadi menteri kewangan.
Malaysia katanya berjaya mencapai lebihan belanjawan ketika Anwar memegang portfolio Menteri Kewangan sehingga berjaya melangsaikan hutang dengan lebih awal dalam tahun-tahun 1993 hingga 1996, berbanding dengan defisit belanjawan yang berpanjangan sejak Tun Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu dalam tahun 1998.
“Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara dan Kumpulan Wang Amanah Pencen, bertujuan menjaga kepentingan rakyat melalui danaamanah yang dikawal ketat dan bebas dari salahguna kerajaan.
“Malangnya, dana ini turut disalahgunakan dan menyimpang dari niat asal penubuhannya,” ujar Rafizi
Keadilandaily
4 comments:
Pohon pinjaman Bank Dunia tu ambik masa 2 hari jer ker ?? Mau makan masa 1 2 tahun baru dapat kelulusan . Kalu kelulusan dapat tahun 1999 , sendiri mau ingat sapa Menteri Kewangan pada masa permohonan tu dibuat.
Dr.M cakap pasal dia tolak bantuan IMF tapi Anwar nak ambik . Anwar plak dok lelong pasal Malaysia ambik pinjaman Bank Dunia. Tak reti ker nak beza antara IMF dengan Bank Dunia??
Apa masalah terima pinjaman dan bayar pokok serta bunga atas pinjaman tersebut ?? tak ada negara dalam dunia yang tak buat pinjaman.
Yang dipertikaikan adalah terima bantuan dari IMF pada 1998 . Penerima bantuan mesti menerima syarat yang ditetapkan . Syaratnya menaikkan kadar faedah , kurangkan belanja kerajaan dan buy-out ringgit untuk menstabilkannya .
Syarat yang melingkupkan negara tulah ditolak . Maka ringgit ditambat . Orang bodoh yang tak faham keadaan 98 yang fikir Anwar tu pandai ekonomi .
Ni dinamakan gali lubang dan kambus sendiri lubang . elok-elok Tun M dah bersara , dijoloknya . sekarang siapa yang kena ??
Nak bersumpah pun takut . Sultan Muhammad V tenang jer bersumpah . Tak dengar plak Nik Aziz cakap bersumpah ni tiada dalam Islam .
Kesian kat Anwar. Nak cerita kebaikan yang dibuat oleh parti pimpinannya tak ada.Yang boleh dibuat , reka cipta keburukan parti lawannya . Takkan nak majukan Malaysia dengan keburukan orang lain sahaja !!!!
Kalau name Mahathir memang first class pya pembohonglah... Melayu jgn mudah lupa (mcm Penganut Pas) dulu pun dia terang2 bohong rakyat DSAI tumbuk diri sendiri akhirnya Rahim 'Gangster Beruniform' mengaku dia tumbuk.... melayu berjiwa hamba senang2 ditipu pemimpin umporno....
mamak kerala memang kaki putar alam
la pencacai umporno mai hujah bodo lagi. hoi 38 kali mahathir pinjam, bukan sekali dua. nak salah anwar juga .umngok sungguh pencacai umporno
Post a Comment