Saturday, December 3, 2011

TABIAT UMNO!!! Masa persidangan cerca maki PR, lepas persidangan jahanamkan agenda Melayu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSMtW5p3H_-zazR18NzZ0HRtM3SSbzx00L-kVbxRpGOexeqC6GMvlcyOoUsJVCGWUc9HkiIoeaYpg2jGjdgtV2IeuIpNtY2hrRqgMshb05FBRSQN_vdRBJbl8HstjEjoCgwApDyoLHhCta/s400/umno-jual-rakyat.jpgSEREMBAN: Seorang anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) telah menggagal dan menjahanamkan agenda Melayu dengan rasuah dan ketirisan kewangan menjangkau RM28 bilion setahun.

Sambil mengajak Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berdebat tentang isu ini, naib exco AMK PKR Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, Pemuda Umno sudah tidak ada isu. Masalah rakyat tidak menjadi fokus. Yang menjadi fokus ialah sibuk menjahanamkan orang lain.

“Ini berbeza dengan semangat yang ditonjolkan ketika Kongres Nasional PKR di Pulai, Johor tempoh hari. Hak dan keadilan untuk rakyat dibahas dengan baik oleh para perwakilan, pemimpin dan anggota PKR.

“Banding sahaja tiga tahun pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan dengan 54 tahun pemerintahan Umno-BN. Ternyata momentum dan dasar keprihatinan rakyat oleh Pakatan begitu cepat melonjak dan konsisten,” kata Mohd Nazree kepada FMT hari ini.

Mohd Nazree yang juga merupakan Ketua AMK Negeri Sembilan berkata Formula “6 Jahanam” Pemuda Umno nampaknya tidak menjawab cabaran AMK apakah Umno-BN berani meminda Perlembagaan agar Perdana Menteri itu dipilih daripada orang Melayu sahaja.

“Ini sekadar cabaran AMK kepada Umno kerana Umno sering mencanang bahawa mereka adalah jaguh Melayu. Hari ini andai kata Melayu mencabar mereka agar putuskan secara undang-undang bahawa Perdana Menteri perlu Melayu, apakah jawapan mereka?

“Sah….. cabaran politik ini tidak mampu dijawab oleh Pemuda Umno. PKR adalah parti berbilang kaum. Kita mendukung semangat integrasi dengan baik dan tidak cauvanis seperti Umno dan rakan sekutu,” ujar beliau.

Lalu Mohd Nazree melontar lapan persoalan untuk dijawab dan didebat oleh Khairy nanti:

1. Siapakah yang menjahanamkan negara dengan rasuah selama 54 tahun?

2. Siapakah yang membenarkan Singapura keluar dari Malaysia?

3. Siapakah yang menyerahkan tanah di Genting Highlands selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong dan menukar hutan menjadi lubuk judi?

4. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan RM50 bilion saham Bumiputera sejak Merdeka?

5. Siapakah yang menyusutkan keluasan Tanah Rezab Melayu hampir 50% sejak Merdeka?

6. Siapakah yang menyerahkan Pulau Batu Putih dan Tanjung Pagar kepada Singapura?

7. Siapakah yang mengagalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan ketirisan berbilion ringgit?

8. Siapakah yang melepaskan telaga minyak yang bernilai puluhan bilion ringgit kepada Brunei?


—Free Malaysia Today

No comments: