Sunday, December 4, 2011

YEN YEN TERSIPU MALU!!! Gagal fitnah kerajaan Pulau Pinang , kena belajar lagi dari UMNO yang pakar fitnah


Heboh diperkatakan mengenai isu tempat letak kereta di perkarangan masuk Bukit Bendera yang dipukul canang oleh Menteri Pelancongan, Ng Yen Yen hari ini.

Bagaimanapun ia dengan pantas dijawab oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri, Lim Guan Eng yang kembali menyelar Yen Yen dan MCA yang tidak memberi penerangan sepenuhnya dan hanya bergantung kepada laporan yang tidak tepat.


Tahniah Guan Eng, Yen Yen termalu sendiri di sebalik kegagalan MCA sendiri menjuarai nasib masyarakat Tionghua di negeri itu selama bekongsi kuasa bersama Umno-APCO dan Gerakan lebih 54 tahun lalu.


Sebaliknya Umno-APCO dan rakan-rakan parti komponennya termasuk MCA sendiri semestinya malu besar dengan pengakuan terbuka Guan Eng yang tidak menyembunyikan punca kegagalan projek tersebut dan meminta maaf daripada Umno-APCO dan MCA langsung tidak mengaku kelemahan dan kesilapan sendiri walaupun pendedahannya cukup dengan bukti dan saksi!


JALAN PULANG




Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng perlu bertanggungjawab atas kegagalan projek bangunan letak kereta bertingkat-tingkat berharga RM5 juta yang terletak di kaki Bukit Bendera, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.


Dr Ng, yang menyuarakan kekecewaannya, menuntut jawapan daripada Lim, selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), agensi yang bertanggungjawab menguruskan projek itu yang dibiayai oleh kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Pelancongan.


"Jika mereka tidak boleh membina tempat letak kereta, apa lagi yang mereka boleh lakukan?" katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Fabulous Food 1Malaysia - Street Food Festival 2011 di Johor Jaya malam tadi.


Dr Ng berkata Lim mesti memberi jawapan dan menegaskan bahawa peletakan jawatan seorang atau dua orang berhubung perkara itu tidak memadai.


Pada Sabtu, Lim dilaporkan berkata tempat letak kereta bertingkat-tingkat itu akan dirobohkan, direka semula dan dibina semula seperti yang dicadangkan oleh Lembaga Siasatan Negeri.


Projek itu yang disiapkan pada Mac lalu, gagal memperoleh Sijil Layak Menduduki daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang kerana rekaannya yang lemah.


Laporan menyebut bahawa pada 17 Nov, jawatankuasa siasatan yang dianggotai tiga orang mendapati arkitek dan juruperunding projek itu bertanggungjawab atas kelemahan reka bentuk tempat letak kereta itu.


Lim berkata pembinaan bangunan baru akan mengambil masa kira-kira 15 bulan untuk disiapkan membabitkan kos antara RM5.5 juta dan RM6.75 juta, dan selepas pembinaan semula itu, 112 petak meletak kereta sedia ada akan ditambah sehingga berjumlah lebih 300 petak.

No comments: