Saturday, January 7, 2012

NAJIB KE LUAR NEGARA!!!! Adakah petanda Anwar akan dihukum penjara?


Dalam sibuk seluruh negara tertumpu ke arah keputusan paling besar dalam sejarah negara tahun baru 2012 ini berkenaan kes fitnah liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, rupanya Perdana Najib sudah cabut lari nun jauh ke bumi Afrika!

Mengulangi sejarah mentor politiknya, Mahathir Mohamad yang culas ke China semasa tragedi berdarah Memali pada 1985, Najib juga dilihat mengambil pendekatan selamat untuk mengelak dari dilibatkan dengan keputusan mahkamah yang dilihat sudah boleh dijangka, dan paling penting siapa dalang di sebalik keputusannya!


Muslihat Najib sudah lama diduga dek kerana apabila sudah berada di Afrika Selatan, kira-kira 12 ribu kilometer dari tanah air, dia dilihat kununnya tidak cuba mempengaruhi keputusan mahkamah yang jelas sekali berat sebelah dan prejudis!


Rosmah Mansor yang mengikuti isterinya juga dilihat tidak mahu dikaitkan dengan keputusan mahkamah dan membiarkan timbalannya, Muhyiddin Yassin terkontang-kanting menjawab apa saja keputusan yang bakal diputuskan oleh mahkamah Isnin ini.


Musa Hitam juga tidak terlepas dari serangan bertali arus media semasa ketiadaan Mahathir dulu walaupun dia Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan menyerang Memali di Mukim Siong, Baling, Kedah lama dahulu.


Apa pentingnya menghadiri sambutan ulang tahun ke-100 Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) di Johannesburg yang tidaklah begitu penting sebenarnya selain dari mengahbiskan duit rakyat semata-mata!


Alasan hubungan baik yang terjalin semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu tidak boleh dijadikan alasan kerana syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines (MAS) sudah pun menghentikan perkhidmatannya ke Johannesburg dan Cape Town atas alasan kekurangan penumpang selain mengurangkan hutang menimbun yang dialami MAS!


Penganalisis politik berpendapat, tindakan Najib ini lebih didorong oleh rasa takutnya akan apa saja persepsi rakyat yang akan memerhatikan setiap tindak tanduk keputusan mahkamah yang bakal dibuat Zabidin Mohd Diah.


Malahan Najib kini terdesak untuk meraih sokongan rakyat disebabkan gerakan Bebas Anwar 901 semakin mendapat perhatian dan buktinya lebih 740 laporan polis dibuat pencacai setianya setakat jam 2.40 petang tadi.


Apa yang pasti, Najib , walau berada di mana sekalipun di planet ciptaan Allah SWT ini mesti bertanggungajwab di atas segala keputusannya sama ada penghakiman Zabidin memihak Anwar Ibrahim atau pun tidak!


AYUH TURUN SEMUA RAKYAT!! ASALKAN BUKAN Umno-APCO!!

JALAN PULANG


PM berlepas ke Afrika Selatan hadir sambutan ulang tahun ke-100 ANC


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi berlepas ke Afrika Selatan bagi mengadakan lawatan kerja selama dua hari atas jemputan Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma yang juga Presiden Parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC).


Beliau yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pada jam 3 petang.


Turut hadir mengucapkan selamat jalan adalah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek.


Najib yang pertama kali melawat ke Afrika Selatan adalah antara 46 ketua negara yang akan berhimpun di Bloemfontein, kira-kira lima jam perjalanan dari Johannesburg untuk menyaksikan detik bersejarah sambutan ulang tahun ke-100 parti pemerintah, ANC.


Menurut kenyataan Kementerian Luar, kehadiran Najib pada sambutan ulang tahun itu melambangkan sokongan Malaysia kepada ANC yang berjuang ke arah pembebasan Afrika Selatan daripada dasar aparteid, yang berjaya dicapai pada 1994.


Sepanjang lawatannya, Najib juga dijangka mengadakan perjumpaan dengan Presiden Zuma serta menerima kunjungan Naib Presiden Kenya, Stephen Kalonzo Musyoko dan Ketua Menteri Wilayah Free State, Afrika Selatan, Sekgobelo Elias Magashule.


Menurut kenyataan itu, Malaysia dan Afrika Selatan mempunyai hubungan akrab yang sekian lama terjalin serta bercirikan kerjasama pelbagai bidang.


Afrika Selatan juga adalah rakan dagang terbesar Malaysia di benua Afrika.


- TIEWNAMA

No comments: