Thursday, January 5, 2012

PENUH SESAK!!! Anwar terus dapat sambutan

Padang Majlis Daerah Machang (MDM) malam tadi penuh sesak dengan orang yang datang untuk mendengar pesanan dan peringatan Anwar Ibrahim menjelang hari menjatuhkan hukuman ke atas beliau atas tuduhan meliwat.

Kira-kira 40,000 orang ramai yang datang dari segenap penjuru di Kelantan untuk mendengar amanat dari tokoh yang didoakan bakal menjadi pemimpin nombor satu Malaysia


Sejak dari Asar lagi orang ramai terutamanya dari Gua Musang, Jeli dan termasuk dari Terengganu sudah mulai memenuhi padang MDM. Cuaca yang cerah tanpa hujan tambah menarik minat orang ramai untuk mengikuti amanat Anwar.

Walaupun hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang sedang bergelora di dalam hati Anwar bagi menghadapi 9 Januri, tetapi beliau seperti biasa terus membakar semangat rakyat dan memberi harapan agar terus berjuang dan melawan untuk menjatuhkan UBN.


Katanya dirinya tidak penting yang penting rakyat dan UBN mesti dijatuhkan untuk memastikan rakyat selamat. Ketidakadilan, korupsi, penyelewengan dan pengkayaan kroni di dalam Umno hendaklah di tentang habis-habisan.

Bagi dirinya, katanya dia akan bersama rakyat walaupun dalam keadaan apa sekali pun. Malam kelmarin katanya beliau bersama keluarga sudah berbincang untuk menghadapi apa saja kemungkinan.

"Kami berbincang dan keluarga memutuskan agar saya menghadapinya tanpa melarikan diri... bagi mengelakkan diri di penjara," katanya penuh semangat.

"Iya saya mengambil keputusan untuk bersama rakyat walaupun apa akan terjadi," katanya disambug dengan laungan dan takbir.


Keputusan itu menjelaskan bahawa Anwar sudah membuat perhitungan rela mati kerana memperjuangkan keadaan kepada rakyat dan meruntuhkan sistem pemerintah UBN yang zalim dan tidak adil.

Dengan gaya seorang pidato bebas tanpa duduk di restrom dan bergerak ke segenap penjuru pentas Anwar sekali lagi mengulangi komitmen Pakatan Rakyat terhadap nasib dan masa depan rakyat dan negara.

Katanya sekiranya Pakatan Rakyat diberi kemenangan, segala keperluan rakyat yang terdesak kini dan tidak dapat diatasi oleh kerajaan UBN seperti masalah kenaikan harga barang, pengangguran akan diatasi.

"InsyaAllah kalau hari ini kita menang, esok juga kita akan turunkan harga petrol", katanya di sambut laungan takbir Allahuakbar.

"Sekiranya kita menang kita akan tuntut royalti minyak supaya dikembalikan ke Kelantan," sambugnya, sekali lagi disambut dengan gemuruh oleh para hadirin. Di celah-celah sambutan itu terdengar jeritan dan pekikkan tumbang kan Umno pengkhinat.

Dalam pidato selama kira-kira 45 minit itu Anwar mengajak rakyat supaya tidak terpengaruh dengan gula-gula atau sogokan kewangan oleh Umno. "Anak muda jangan mudah terpengaruh dengan wang RM50 sehingga menggadaikan maruah negara," pesannya.

Sebelum Anwar, turut menyampai ucapan Pengerusi Perhubungan PKR Kelentan Abdul Aziz Kadir, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Speaker Dun Kelantan Nasruddin Daud yang mengganti Tok Guru yang sepatutnya hadir tetapi terpaksa membatalkan kerana kurang sihat.

Semua pemimpin PKR peringkat cabang dan negeri hadir.

Turut sama kelihatan di pentas Angoota Exco Kelantan Dr Mohd Fadzli Hasan, Ahli Parlimen Kota Bharu Wan Abdul Rahim Wan Abdulah, Adun Gaal, Dr Nik Maziah Nik Mohamad dan lain-lain


Sebelum tiba di MDM Anwar telah mengadakan pertemuan dan berdialog rengkas dengan para mahasiswa dan juga blogers bertempat di Darul Quran di Labak. Anwar sempat memberi penjelasan kepada beberapa persoalan yang ditimbulkan termasuk mengenai masa depan Pakatan Rakyat sekiranya beliau di penjara.

Kata Anwar tanggapan Pakatan Rakyat akan berpecah dan hancur sekiranya beliau di penjara adalah tidak benar kerana Pakatan Rakyat diwujud atas ikatan perjuangan bersama. "Kita ada ikatan dalam pakatan sebab itu ia tidak mudah untuk dipecahkan," katanya.


Dalam kesempatan itu juga Anwar telah mengujungi veteran Pas Kelantan yang juga bekas pemimpin Kelantan dan Exco kerajaan negeri Ustaz Yahaya Othman yang kini agak keuzuran.

Yahya juga merupakan kawan Anwar semasa sama-sama di dalam Abim dan mereka adalah di antara perwakilan dari Malaysia yang sering diundang oleh gerakan dakwah sedunia menghadiri seminar atau forum antarabangsa.ASD






Sumber laporan dan gambar : Jalan Pulang dan Naim Nikmat

No comments: