Thursday, January 19, 2012

SAMAN RAFIZI & ZURAIDA!!! Peluang Shahrizat melondeh kain

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwxUnQ0UcDhkX4G15sPy9pVgYV5DOr4AClozWi2OJXqhk5wYebSbh3LTepG8S1KdS3vU-7MdOqlVF58m-FMN54Hf8y362sY7HD97k2T2dgex-c-mY0d3azhOaOOO85XG-0JdS3SlFlwxo/s1600/1.jpgHari yang paling bersejarah buat kita semua yang selama ini ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua.

Walaupun masih dalam tempoh "bercuti" atau dalam bahasa kasarnya dipeti sejukkan, Shahrizat dalam diam-diam meminta peguam yang intim dengan Umno-APCO, Muhammad Shafee Abdullah supaya menyaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR yang juga ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.


Alasan yang diberikan oleh Shahrizat menyaman mereka berdua adalah kerana pendedahan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang bermula dengan laporan Ketua Audit Negara, Ambrin Buang, dengan jelas menyatakan bahawa sejumlah RM250 juta wang pembayar cukai telah diselewengkan untuk tujuan peribadi, bukannya melibatkan dirinya.


Sebaliknya, kunun dia tidak ada kena-mengena dengan skandal tersebut kerana dia tidak berada dalam mana-mana jawatan dalam syarikat tersebut, padahal suaminya, Mohamad Salleh Ismail adalah pengerusinya!


Persoalannya kini, jika Shahrizat benar-benar tidak ada kena mengena dengan syarikat tersebut, mengapa pula dia yang sibuk hendak menyaman Rafizi dan Zuraida?


Bukankah kita pernah mendengar Mohamad Salleh sendiri yang mahu menyaman mereka berdua kerana kununnya pendedahan itu satu fitnah terancang?


Mengapa Shahrizat dan Mohamad Salleh tidak menyaman Ketua Audit Negara sedangkan pendedahan skandal tersebut berpunca dari laporan yang disediakan Ambrin Buang dan pegawai-pegawainya!


Apa yang Rafizi dan Zuraida mahu Shahrizat lakukan adalah, berhenti dari memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, parti dan agensi lainnya kerana tindakan ahli keluarganya menyamun wang rakyat sebegitu banyak hanya akan menghancurkan negara secara langsung.


Serangan mereka berdua terhadap Shahrizat bukannya serangan peribadi sebaliknya mahu penjelasan yan sewajarnya diberikan kepada rakyat kerana semua wang yang digunakan adalah milik mereka!


Susah sangatkah permintaan Rafizi dan Zuraida yang mewakili suara rakyat lebih 48 peratus di seluruh negara?


Jika Shahrizat mahu membersihkan namanya, dia seharusnya menasihatkan suami dan anak-anaknya supaya jangan lagi menyalahgunakan harta rakyat selaras dengan kedudukannya sebagai menteri yang mahu dihormati rakyat, bukannya menyaman Rafizi dan Zuraida yang mahu menegakkan kebenaran.


Tetapi jika itulah keputusan Shahrizat, selamat berjuang di gelanggang mahkamah kerana sekiranya dia yakin mahkamah dan hakim masih berpihak kepada Umno-APCO, mungkin dia akan menerima padah, mengapa?


Sudah lupakah dia berapa peratus rakyat mengatakan Anwar Ibrahim bersalah, dan di mana Anwar Ibrahim sekarang?


Jangan marahkan rakyat jika kali ini kain Shahrizat benar-benar terlondeh dan seluruh dunia mentertawakannya!


JALAN PULANG



Saman dari Shahrizat: Kami cukup bersedia dan 'teruja'- Rafizi


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata beliau bersedia untuk berdepan saman dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC).


Ia ekoran Shahrizat hari ini mengemukakan saman terhadap beliau dan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Menurutnya, peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan yang bakal diikuti lebih ramai rakyat Malaysia.


"Peluang ini memang telah ditunggu-tunggu agar kami boleh menggunakan kuasa mahkamah untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini,"


"Oleh itu, kami cukup bersedia dan teruja untuk berdepan dengan Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak," tegasnya.


Menurut Rafizi, beliau yakin semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri.


"Sebelum memulakan siri pendedahan skandal, pasukan kami telah pun berbincang dengan peguam-peguam KEADILAN mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman," jelas beliau.


Menurutnya lagi, risiko saman itu adalah berat dipihaknya yang berdepan kemungkinan muflis sekiranya kalah, sedangkan Shahrizat hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman itu ditolak.

No comments: