Friday, January 27, 2012

TERKINI!! The Wall Street Journal percaya Anwar Ibrahim akan menang pilihanraya umum


Dalam satu temuramah eksklusif bersama akhbar berpengaruh di Amerika Syarikat, The Wall Street Journal, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata dia tidak kisah dengan tindakan pendakwaraya persekutuan merayu keputusan pembebasannya 9 Januari lalu sebaliknya dia kini memfokuskan perhatian kepada pilihanraya umum ke 13 yang dijangka diadakan tahun ini.

Tambah Anwar lagi, penghakiman kes fitnah liwatnya sangat kuat dan agak mustahil untuk dirayu melainkan jika terdapat bukti dan petunjuk baru yang boleh meyakinkan supaya rayuan pengadu Saiful Bukhari Azlan diterima.


Dia menjelaskan, proses rayuan boleh memakan masa sehingga enam bulan dan dalam tempoh tersebut pilihanraya umum mungkin diadakan di saat beliau masih belum dibicarakan semula.


Perdana Menteri Najib mesti memanggil pilihanraya umum selewatnya pada Mac 2013 tetapi berdasarkan mood semasa, penganalisis berpendapat ia mungkin dibubar lebih awal yang bakal menyaksikan pertarungan pilihanraya paling sengit pernah berlaku dalam sejarah negara ini.


Anwar meramalkan ia bakal berlangsung sebelum Jun atau Julai tahun ini.


Dengan rasuah dan penyelewengan semakin berleluasa dengan tujuan mengumpul dana pilihanraya, Anwar tidak ada pilihan lain melainkan menghentikan segalanya dengan memenangi pilihanraya umum demi menyelamatkan Malaysia dari risiko muflis dan kehancuran.


Anwar yang ditemuramah wartawan koresponden akhbar berkenaan di Singapura, Shibani Mahtani, berkata lagi, Najib terpaksa mengadakan pilihanraya umum lebih awal dari jangkaan kerana faktor ekonomi dunia yang semakin merosot di samping kebimbangan berlaku satu lagi krisis matawang dunia disebabkan data terbaru di Amerika Syarikat menunjukkan ketidak tentuan ekonomi Eropah boleh menjadi lebih buruk.


Akhbar itu turut meramalkan Anwar berada selangkah di hadapan Najib Altantuya dari segi sokongan umum walaupun data terbaru hasil kajian beberapa institusi pengajian tinggi dan badan bukan kerajaan menunjukkan sebaliknya.


Kekuatan Anwar disokong oleh peratusan undi kaum Cina kelas pendapatan tinggi dan pertengahan yang kuat yang lebih mempercayai Anwar berbanding Najib kerana faktor ketelusan memerangi rasuah dan penyelewengan di samping kaum India yang semakin sedar MIC tidak boleh diharapkan membela nasibn kaum ketiga terbesar di negara ini.


Tambah akhbar itu lagi, beberapa negeri juga akan tumbang di tangan Pakatan Rakyat walaupun tidak menamakan negeri yang bakal bertukar tampuk pemerintahan selepas pilihanraya umum nanti.


Anwar dengan yakin merasakan kali ini Pakatan Rakyat akan berjaya memperolehi mandat lebih besar berbanding tsunami politik pada 2008 yang menyaksikan 82 kerusi berjaya dirampas dan sekaligus menafikan majoriti dua pertiga buat pertama kali dalam sejarah Malaysia.


Dengan tempoh rayuan yang masih panjang dan pilihanraya umum mesti diadakan dalam tempoh enam bulan, tidak mustahil kata akhbar itu, Anwar Ibrahim akan memimpin Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum buat pertama kalinya menewaskan BN selain membawa Malaysia ke arah pencapaian yang setanding dengan kuasa besar ekonomi dunia seperti China, Jepun dan Singapura.


JALAN PULANG



Malaysia's Anwar Presses On Despite Appeal


By SHIBANI MAHTANI



Asia News 26 January 2012 11:17 AM ET



KUALA LUMPUR—Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim said he isn't worried about state prosecutors' move to appeal a court decision acquitting him of sodomy earlier this month, and said he remains confident it won't derail his campaign to lead a new government to power in elections expected later this year.

"The judgment [in the sodomy case] was very strong" and "difficult to appeal," Mr. Anwar said in an interview with The Wall Street Journal at his political party's headquarters here Thursday. He said the appeal process, which began Jan. 20,
would likely take at least six months, meaning it could loom over and outlast the election campaign.

Prime Minister Najib Razak has to call an election by March 2013, but under Malaysia's parliamentary system of government, many analysts predict it will be called much sooner, triggering one of the most fiercely fought electoral contests this resource-rich nation has ever seen. Mr. Anwar said he believes the election is unlikely to take place later than June.


Since the Jan. 9 verdict by a High Court judge—who acquitted Mr. Anwar of violating Malaysia's strict sodomy laws citing a lack of witnesses and flawed DNA evidence—the 64-year-old opposition leader has begun mobilizing support in this multiracial country, promising reforms to dismantle a decades-old affirmative-action program designed to give a leg up to the majority ethnic-Malay population while also targeting what he describes as widespread cronyism in Mr. Najib's government.


If elected, Mr. Anwar said he will accelerate privatizations
and do more to enable free markets to operate more efficiently, such as improving transparency in the bidding for government contracts.

3 comments:

Anonymous said...

WALL STREET TU SURATKHABAR YAHUDI NEO CON ZIONIST AMERICA PUN HANG NAK PERCAYA?

Anonymous said...

Anwar sokong zionis yahudi.

http://www.malaysiandigest.com/news/39386-palestine-ambassador-anwars-remarks-supporting-efforts-to-protect-israels-security-shocking.html?q=news%2F39386-palestine-ambassador-anwars-remarks-supporting-efforts-to-protect-israels

orang dok boikot, depa dok sokong yahudi israel negara haram.

Berbahagialah kamu nanti anwar jadi PM.

Anonymous said...

Have you really read what the WSJ writes?

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.

Cakap pun berpusing2.