Monday, January 2, 2012

TIDAK PUAS HATI DENGAN RPK!!! Presiden MCLM letak jawatan

Presiden Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) Haris Ibrahim hari ini meletakkan jawatan daripada organisasi itu kerana tidak puas hati dengan kenyataan Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan dalam media arus perdana semalam.

Dalam pengumuman dalam blognya hari ini, Haris Ibrahim berkata, wawancara Raja Petra -- yang juga jurucakap MCLM -- antara sebab untuk "keputusan sukar" itu dibuat.

Haris berkata, isu yang dibangkitkan Raja Petra dalalam wawancara itu bertentangan dengan apa yang difahami sebagai pendirian organisasi itu.

"Komen-komen itu... banyak melemahkan usaha saya, termasuk melalui MCLM, dalam usaha (kempen) Asalkan Bukan Umno/BN (ABU)," katanya.

Beliau juga berkata sedih apabila Raja Petra terus melihat rakyat Malaysia berdasarkan warna kulit -- Melayu, Cina dan India -- sedangkan pihaknya dari hari ke hari memperjuangkan agenda seperti Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM).

Malaysiakini/-

Kenyataan Raja Petra tidak berasas tanpa bukti


PETALING JAYA, 2 Jan: Naib Presiden PKR, N Surendran (gambar) berkata kenyataan separuh benar, perli dan sindiran melampau yang dibuat Raja Petra Kamaruddin (RPK) adalah tidak benar, tidak disokong oleh apa-apa bukti yang dipercayai dan berupa fitnah yang jelas.

Beliau kepada wawancara penulis blog itu yang membincangkan ‘Perdana Menteri gay’ dalam hubungannya dengan perbicaraan kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya tidak berhasrat untuk membuat spekulasi berkenaan motif RPK membuat kenyataan seperti itu,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Untuk sebab-sebab tertentu, katanya RPK mengabaikan fakta bahawa keseluruhan kes liwat merupakan suatu rekaan palsu tanpa selindung oleh Umno BN dengan kerjasama dan persuhabatan pasukan polis dan pejabat Peguam Negara.
Justeru, ujarnya sindiran melampau RPK berdasarkan konspirasi jahat yang secara meluas tidak dipercayai di seluruh negara dan di luar negara.

Menurutnya, perbicaraan Anwar merupakan suatu penghinaan terhadap keadilan dan tata cara perundangan yang adil dan dapat diterima; serta ia telah dikutuk sedemikian rupa oleh badan-badan hak asasi, para pemimpin sivil dan politik di seluruh dunia.
“Kegagalan untuk mendedahkan bahan bukti yang penting kepada pihak pembelaan; kecacatan serius terhadap cara sampel forensik diambil, disimpan dan dianalisis; pra penghakiman kes oleh Hakim Zabidin yang tidak kukuh di sisi undang-undang dan sangat luar biasa dibuat pada penghujung penggulungan kes pendakwaan; pertemuan luar biasa di antara si pengadu dan Perdana Menteri, serta penjelasan PM berhubung hal ini, merupakan antara sebahagian bukti-bukti konspirasi yang cukup banyak di sebalik kes liwat II ini,” jelasnya.

Atas alasan yang rapuh itu, ujarnya RPK membina sebuah menara yang hampir roboh berasaskan andaian kabur dan sindiran liar.
Bagi video seks pula, katanya ia merupakan pemalsuan yang direka-reka kerana keadaan terdesak oleh para pengkomplot akibat kegagalan mereka dalam kes Liwat II untuk memalingkan sokongan rakyat terhadap Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

“Apakah RPK sudah lupa, sejarah panjang Umno dalam menyalahgunakan polis, pendakwaan dan kehakiman untuk melenyapkan atau meneutralkan tokoh-tokoh utama pembangkang?” soalnya.

Selanjutnya, kata beliau RPK menyediakan tidak langsung menyediakan sedikit asas atau bukti atas dakwaan luar biasanya bahawa dia ‘90%’ yakin bahawa Anwar di dalam video seks tersebut.
“Rakyat negara ini amat bertuah kerana tidak terjebak ke dalam plot muslihat oleh Umno ini, yang jelas merupakan cubaan jenayah dan tipu helah licik untuk menghalang gerakan reformasi dan perarakan Pakatan Rakyat ke arah kuasa persekutuan,” katanya.

Jsteru, katanya Umno mesti melibatkan diri dalam politik demokratik perdebatan dan perbincangan, serta berhenti menggunakan cara-cara kotor dan tidak jujur untuk cuba menjatuhkan Anwar dan Pakatan Rakyat.hrkh

No comments: