Friday, January 27, 2012

VIDEO SEKS TERBARU !!! Belum masuk 'Pawagam Blog UMNO' dah kantoi

http://3.bp.blogspot.com/-FtMgskiRMUs/TZKcYyzzcAI/AAAAAAAANrw/ljRMoINj1AE/s400/kantoi.jpgPagi tadi penulis menulis mengenai dakwaan terbaru oleh Dato T ini kononnya ada kewujudan video seks terbaru yang mengaitkan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Baru sahaja sebentar tadi, penulis mendapat maklumat dari sumber yang menyatakan Anwar tidak berada di Bangkok pada 12 & 13 Januari 2011 seperti yang didakwa oleh Trio Dato T.


Sebaliknya, Anwar pada tarikh yang didakwa berada di Indonesia.


Kenyataan ini seterusnya menafikan kewujudan video yang dikatakam mirip Anwar itu. Dan jika Anwar tidak berada di Thailand seperti yang didakwa, imej siapa pula yang berada dalam rakaman tersebut?


Mungkinkah, trio Datuk T akan mengubah versi cerita mereka dengan mengatakan video tersebut dirakam di Indonesia pula?


Jika itu berlaku, maka sejarah memalukan yang pernah berlaku dalam kes perbicaraan liwat 1 akan berulang semula kali ini.


Dalam kes tersebut, Anwar dikatakan meliwat Azizan Abu Bakar di Trivolli Villa pada 1993 bilamana bangunan itu tidak wujud pun pada waktu dan tarikh yang didakwa!!!


Nampaknya, cubaan kali kedua trio tajaan UMNO ini untuk memalukan Anwar buat kesekian kalinya, tidak menjadi kenyataan waima sebelum video tersebut tersebar pun.


Tapi dalam masa yang sama, penulis harap Datuk Seri Anwar dapat meneruskan semula tindakan saman ke atas orang orang ini agar cubaan seumpamanya dapat dihapuskan terus di masa hadapan.

JALAN PULANG

4 comments:

Viva Palestine said...

Mana Anwar berani saman Datuk T atau Dato Nalla atau lain2. Sebab ada kebenaran dalam cerita mereka. Saman Utusan berani larr dia... sebab Utusan bukan tahu apa2. Semalam Anwar ni buat kenyataan kat Wall Street Journal ....sokong menjaga sekuriti Israel pulak... apa ke jadah dah jadi kat mamat yg tamak kuasa ni???

Anonymous said...

pencacai umporno meroyan kat sini pula, sama saja royannya.

Anonymous said...

sudah sudah lah pi lah duk umah diam diam taubat bebanyak...

Muhasibin said...

Trio Dato' T itu adalah orang-orang yang tidak mahu mencerminkan kesalahan diri sendiri. Sudahlaaah!! Ingatkan Allah bebanyak! Kelak kamu akan dibicarakan dihadapan Hakim Yang Maha Besar dimana anggotamu sendiri yang akan menjadi saksi.