Thursday, February 16, 2012

GAGAL ISU LIWAT!!! Mahathir guna isu Israel untuk fitnah Anwar


SHAH ALAM, 16 FEB : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad cuba mengalihkan perhatian umum terhadap pelbagai masalah dihadapi Umno-BN ketika ini dengan membuat kenyataan Israel membantu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membekalkan butiran perdagangan antara Malaysia dan Israel.


Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard berkata, memang wujud hubungan perdagangan antara Malaysia dengan Israel tetapi cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat.

Menurutnya, isu hubungan dagangan Malaysia-Israel telah lama dipersoal malah pada 7 November 2011 lalu Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa telah membantu dengan mengemukakan isu perdagangan Malaysia - Israel di Parlimen.

Malah menurut Chegu Bad sebagai bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir sememangnya telah sedia maklum berhubung hal tersebut.

"Semua sedia maklum fitnah Dr Mahathir terhadap Anwar sebelum ini telah gagal maka sekarang dicuba lagi untuk menfitnah dengan menggunakan isu Israel pula," kata beliau

Menurut beliau yang juga Ketua Cabang Rembau, Parlimen Malaysia telah diperakui sememang negara mempunyai hubungan dagang dengan Israel yang melibatkan syarikat Multy Nasional Corperations (MNC).

"Umum perlu sedar Malaysia ialah negara yang bukan sahaja mengiktiraf Israel tetapi membantu ekonomi Israel dalam membekalkan minyak sawit. Berdasarkan rekod perdagangan dengan Israel, ia telah wujud sejak 1967 lagi malah kemungkinan secara tidak lansung lebih awal dari itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Badrul Hisham berkata, sebagai orang lama dan licik politik, bekas Perdana Menteri memang bijak bermain politik persepsi dan kenyataan itu jelas bagi membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang terkapai-kapai dengan pelbagai pendedahan bagaimana Malaysia sebenarnya hipokrit dengan sikapnya dalam isu Palestin - Israel.

Jelasnya, ketika era kebangkitan kesedaran untuk menyokong perjuangan Palestin dan anti apartheid di Afrika Selatan dalam negara, Umno-BN terpaksa memperkenalkan akta larang perdagangan yang melarang perdagangan kerana takut populariti mereka merundum.

"Namun akta larangan perdagangan ini telah ditarik balik serentak dengan jatuhnya regim apartheid di Afrika pada tahun 1994. Kabinet di bawah Dr Mahathir lah yang membuka ruang dagang dengan Israel semula dengan mengambil kesempatan pada Mei 1994 apabila Parlimen meluluskan Akta Larangan Import (Pindaan bil 7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

"Ia boleh menggugurkan larangan kepada Afrika Selatan sahaja tetapi begitulah liciknya politik Dr Mahathir tanpa sedar ia mengambil kesempatan membuka ruang berdagang dengan Israel secara terbuka," katanya.

Menurutnya, berdasarlan laporan Kesatuan Eropah, Malaysia merupakan rakan dagang ke 15 yang bersungguh membantu ekonomi Israel.

Maka dengan itu, katanya, umum harus menolak kenyataan Dr Mahathir itu dan SAMM sebagai gerakan muda yang sering membuat pendedahan menegaskan tuduhan Dr Mahathir itu adalah salah dan fitnah semata-mata.


"Umum harus sedar perang anti Israel dan sokongan terhadap Palestin dalam negara ini hanya untuk mengaburi sokongan dalam negara semata-mata.

"Kita tidak harus lupa ucapan Dr Mahathir yang begitu bersifat perkauman dan anti Yahudi, anti Barat dalam Persidangan Umno yang telah mengundang rasa kurang senang Barat khususnya Amerika Syarikat.

"Mungkin ketika berucap itu Dr Mahathir lupa bahawa dalam dunia moden ini ucapanya boleh diikuti di seluruh dunia.

Panik dengan itu, maka Dr Mahathir telah menggunakan Heritage Foundation melalui Jack Abramoff dan telah membazirkan sehingga hampir RM40 juta wang negara untuk membolehkan pertemuan 'meminta maaf' dengan Presiden Amerika Syarikat dapat dilansungkan," ujarnya.

Beliau berkata, SAMM berharap umum khususnya generasi muda sedar akan perkara ini dan tidak terpengaruh dengan amalan fitnah Dr Mahathir yang sering menggunakan taktik sama bagi mengalihkan perhatian umum.

No comments: