PELABUHAN KLANG 23 Feb: Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa berkata, hubungan dagang antara Malaysia dan Israel menunjukkan seoalah kerajaan tergamak membantu rejim itu ‘membeli peluru’ untuk membunuh rakyat Palestin.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan demonstrasi membantah kapal kargo Zionis, Zim Europa yang berlabuh di Westport, Pelabuhan Klang semalam.
“Kita dah buktikan dengan dokumen (kehadiran kapal Zim), sebab itu kita membantah dan menuntut kerajaan Malaysia menyatakan pendirian.
“Hubungan dagang ini seolah-olah membantu negara haram Israel membeli peluru bagi membunuh rakyat Palestin,” tegasnya.
Lebih 150 hadir pada perhimpunan membantah kapal kargo berkenaan yang turut dihadiri anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK), aktivis Generation 709, Gerakan Rakyat Selangor (GRS), Road To Putrajaya (RTPJ), dan aktivis mahasiswa.
Hadirin turut melaungkan slogan ‘Hidup Islam’ dan ‘Hancur Zionis’ sambil memegang sepanduk tertera perkataan, Umno iktiraf Israel, ‘AMK bantah Kapal Israel’ , dalam keadaan hujan renyai.
Dalam sidang media sejurus selepas itu, Fariz memaklumkan akan mengadakan himpunan serupa di kedutaan Palestin pada 29 Februrari untuk menyerahkan bukti yang dikumpul kepada wakil negara itu.
“Kita ada undang-undang. Malaysia tidak mengiktiraf negara Israel. Jika benar tiada, mengapa ada hubungan dagang?” soalnya.
“Jingga 13 ada bukti dokumen yang dicop asli Kastam Malaysia. Malah ada bukti menunjukkan negara ini mengeksport balak menggunakan kapal Zim,” katanya.
Beliau kesal peranan syarikat perkapalan Malaysia, MISC yang dipinggirkan berikutan langkah kerajaan menggunakan perkhidmatan syarikat Zim dalam operasi eksport balak ke luar negara.
“Ada banyak lagi syarikat perkapalan. Mengapa gunakan Zim? Kalau tak ada pengiktirafam, kapal Zim takkan dibenarkan masuk,” tegasnya.

No comments:
Post a Comment