Friday, February 17, 2012

KELAB MURTAD!!! Apa tindakan Hasan Ali, jangan hanya berceramah nak pertahan akidah

Dah berapa siri ceramah pertahan akidah yang Hasan Ali turun, tapi orang yang dah tak ada akidah semakin berani.

Rupanya, ceramah Hasan Ali bukan sangat bab pertahan akidah tapi dok belasah dan salahkan PAS.

Masalah akidah tak selesai pun, sebab yang datang dengar ceramah Hasan Ali adalah yang dah ok akidahnya.

Jadi untuk buktikan Hasan Ali pejuang pertahan akidah, dia kena bertindak dengan cara lain yang berkesan bukan dengan berceramah macam sekarang.

Sekarang ada yang murtad dah berani buka facebook, tak kan nak salahkan PAS. Hasan Ali kena berbuat sesuatu bukan hanya berceramah. Admin

Awas!! Ada Kelab Murtad Di Facebook

Biadab.. Itu perkataan paling tepat untuk menggambarkan sikap pihak tertentu yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura apabila menubuhkan kelab di laman sosial, facebook (fb) bagi meraih sokongan masyarakat.

Penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini, pengendali fb terbabit dikesan turut mempelawa mana-mana individu supaya menyumbangkan sokongan moral kepada golongan ini.

Bukan itu saja, mereka juga secara terbuka mengemukakan objektif kumpulan berkenaan sebagai medium kepada sistem sokongan moral untuk golongan terbabit dengan perbincangan mengenai persoalan murtad di Malaysia, termasuk agama Islam serta bangsa Melayu.


Bagaimanapun, bagi mereka yang memasuki laman berkenaan dan cuba berdakwah atau menentang perbuatan serta perbincangan ahli kelab yang menghina dan merendah-rendahkan agama Islam itu segera disekat daripada menjadi ahli.


Pemerhatian wartawan Harian Metro ke atas fb berkenaan sehingga jam 4 petang semalam mendapati 843 orang menyukai pautan dinding kelab terbabit yang mula mencetuskan kebimbangan umat Islam berikutan pandangan dikemukakan keterlaluan termasuk menghina junjungan besar Nabi Muhammad s.aw. ~
myMetro

4 comments:

Takbirrrr said...

Itu lah yang patut kita perangi... ini idak...duk bertelagah sama sendiri... alkafIruun jadi tambah berani. Semuanya berlaku kerana keangkuhan pimpinan politik tak nak ikut arahan Allah swt supaya bersatu.... teruskan perjuangan mu drhasan.... umat islam WAJIB BERSATU.

Gohek said...

Sokong PKR sokong bawa rebah! Semua benda lihat dari segi untung rugi politik... kepentingan agama letak sebelah. Teruskan gerakan perpaduan islam..kami bersama mu dr hasan kerana Allah swt!!!!!

Anonymous said...

apa yang ko gohek buat bersama hasan ali pertahan aqidah. dok fitnah ada la

Anonymous said...

Nabi Muhammad SAW mengambil masa 13 tahun (di Makkah) untuk menanamkan Aqidah, dan hanya 10 tahun (di Madinnah)untuk mengajar syariat2 lain.