Sunday, February 19, 2012

MB CINA DI SELANGOR!!! Najib perlu merayu , sultan mungkin menolak?

Berdasarkan Seksyen 51 perlembagaan negeri Selangor, seorang menteri besar atau ketua menteri mestilah seorang Melayu yang beragama Islam. Jadi, untuk membenarkan seorang bukan Melayu menjadi MB, Perdana Menteri Najib Razak mesti membuat pindaan pada rang undang-undang ini.

Untuk membuat pindaan, UMNO-BN mesti memenangi kerusi majoriti di dalam dewan undangan negeri Selangor. [Sila baca Kebenaran buat Tee Keat: Palsu! Tidak mungkin bukan Melayu menjadi MB]

Jadi, Najib harus meminta dan merayu Sultan untuk membuat pindaan pada rang undang-undang itu, dimana berkemungkinan besar akan ditolak oleh Sultan walaupun dia boleh mengubah keputusannya jika ada sesuatu habuan dibawa ke Istana.

Jika Sultan setuju, kemenangan mudah untuk Najib tapi mari kita lihat apa yang akan berlaku jika Sultan tidak bersetuju dengan rancangan itu.

Sultan mungkin menolak

Ramai yang akan berkata bahawa dibawah pemerintahan Mahathir Mohamad, UMNO mempunyai keupayaan memaksa Agong mahupun Sultan untuk menandatangani pindaan bagi Perlembagaan Persekutuan.

Namun, Agong tidak perlu risau kerana Malaysia bukanlah miilik baginda. Bagi Sultan pula, baginda tidak akan terlalu mudah untuk dipujuk kerana takut akan kehilangan lebih banyak kedaulatan ke atas negerinya apabila sedar bahawa Agong telah diperdaya dan diugut oleh UMNO.

Oleh sebab ini juga kerabat diraja kehilangan imuniti untuk berada diluar bidang kuasa undang-undang, walaupun ini bukanlah sesuatu yang disukai oleh Dr M, namun tetap suatu perkembangan yang baik.

Selain dari itu, untuk mendapatkan sokongan dari orang Melayu, kerana komuniti ini masih lagi menghormati Sultan, pihak raja akan cuba memastikan tempoh mereka akan dipanjangkan lagi dengan memainkan peranan sebagai ‘penjaga’ orang Melayu. Ia bukannya susah untuk memikirkan kenapa Sultan tidak akan bersetuju untuk membuat pindaan pada perlembagaan.

Najib akan memerlukan bantuan dari panglima Umno untuk meyakinkan orang Melayu supaya memberi tekanan pada Sultan untuk memberi persetujuan, akibatnya dia akan dipisahkan dari sebahagian besar daripada khazanah nagara.

Najib mungkin fikir untuk Selangor, ia berbaloi kerana Selangor adalah kunci untuk kelangsungannya sebagai presiden UMNO. Namun, dengan berbuat demikian, Najib akan menerima akibatnya.

Panglima-panglima Umno tidak mungkin bersetuju dengan rancangan Najib tapi mungkin sekadar memberikan janji manis sahaja. Berjaya atau tidak dia dalam usahanya menawan Selangor kembali bergantung kepada nasib.

Apabila sudah berkuasa, ketua-ketua kawasan akan mula menuju ke lubuk emas masing-masing iaitu jawatan dengan pulangan lumayan dan perjanjian penuh korupsi!

Ia bukan mustahil buat pemimpin Selangor seperti Noh Omar, Satim Diman, Khir Toyo, Muhammad Taib dan mereka yang perasan seperti Hasan Ali, Ezam Mohd Nor atau Anwar Shaari untuk tiba-tiba memainkan isu perkauman dan berpura-pura untuk melindungi hak dan kepentingan Melayu apabila mereka menang, walaupun ia hanyalah percubaan untuk mendapatkan sokongan orang Melayu semata-mata. Penipuan sudah menjadi darah daging Umno.

Tapi, buat masa ini ketua cawangan Umno akan senyap buat seketika kerana mereka tahu bahawa mereka perlukan sokongan bukan Melayu untuk memenangi semula Selangor.

Namun, berita bekas presiden MCA, Ong Tee Keat yang akan dipertimbangkan untuk jawatan MB Cina yang pertama di Selangor telah membuat mereka gementar dan dengan pantas membuat perancangan seterusnya- bodek Najib dan pada masa yang sama akan mengkhianatinya apabila tiba masa yang sesuai.

Perasaan gementar bagi panglima UMNO

Panglima-panglima Umno sendiri tidak akan berbicara pun tentang percubaan untuk meminda akta dalam perlembagaan negeri kerana mereka akan dilabel sebagai pengkhianat.

Untuk calon MIC menang, ia mestilah di kawasan majoriti Melayu. MCA juga bergantung kepada undi Melayu UMNO kerana pengundi Cina sudah pasti mengundi Pakatan Rakyat.

Jadi, ia bukanlah sesuatu yang akan menguntungkan MIC dan MCA untuk meminta jawatan MB. Seluruh BN boleh dijangka mengikut sahaja seperti ketam sehinggalah pilihanraya tamat jadi bolehlah mereka membuat tuntutan itu.

Ini sudah memberi bayangan bahawa orang Melayu tidak akan menerima seorang menteri besar bukan Melayu. Sejauh manakah ini benar?

Sebenarnya, Najib mungkin mengharapkan Melayu Selangor untuk bersikap lebih terbuka. Sebenarnya, perubahan akan berlaku- sedikit demi sedikit di Malaysia, kerana telah melalui 55 tahun yang perit.

Ramai orang Melayu moden yang melihat pada pentadbiran yang diketuai oleh Lim Guan Eng dan mereka suka padanya. Ramai orang Melayu yang sudah menjadi penduduk tetap di Singapura kerana mereka suka akan sistem yang teratur dan gaji yang lumayan, seperti kaum Cina dan India dari Malaysia yang turut bekerja disana. Jadi, disebalik warna kulit, ada sesuatu yang asas dimahukan oleh semua.

Adakah ini perlumbaan siapa yang lebih pandai dalam percaturan kaum akan menang? Meletakkan seorang MB bukan Melayu akan mempopularkan Najib dan BN dikalangan bukan Melayu. Namun, ia akan membuatkan orang Melayu marah tapi Najib rasa bahawa mereka boleh dipujuk untuk merimanya.

Ia adalah sebahagian daripada pengorbanan yang perlu dibuat untuk mendapatkan semula Selangor. Sudah semestinya sama ada Melayu atau tidak, MB tetap akan melaporkan segalanya ke Putrajaya.

Ini akan diberitahu juga oleh Najib dan orang-orangnya. Sultan pun tidak akan mampu berhadapan dengan kuasa kerajaan persekutuan.

Percayakah anda pada panglima UMNO?

Jadi, rancangan itu nampak sedikit gila namun boleh percaya juga.Masalah akan timbul bila kejayaan sudah diraih.

Mampukah panglima Umno berpegang pada janji mereka atau adakah mereka akan mencetuskan masalah dan rusuhan setiap hari, seperti yang berlaku di Pulau Pinang, sehinggakan Najib tidak mempunyai pilihan lain selain berpaling daripada janjinya kepada MB bukan Melayu- umpamanya Tee Keat.

Agak menarik juga jika diamati walaupun BN atau perikatan sepertimana mereka telah dikenali sewaktu memenangi piliharaya berabad yang lalu, orang Melayu di Pulau Pinang dipaksa menerima seorang bukan Melayu menjadi Ketua Menteri mereka.

UMNOlah yang mahukan ini walaupun telah menang dengan majoriti tipis kepada Gerakan
.Pada masa itu, ini hanyalah helah mereka untuk memastikan sokongan yang tidak putus dari orang Cina.

Dalam pada itu, mereka secara diam-diam memberitahu komuniti Melayu walaupun Gerakan berkuasa, merekalah yang sebenarnya membuat keputusan.

Jadi, disinilah tempatnya pihak Najib mendapat inspirasi mereka. Namun Selangor adalah berbeza dari Pulau Pinang; ia diketuai oleh Sultan dan bukan Gabenor.

Walaupun secara amnya ramai Melayu yang kurang menghormatinya atau hanya melakukannya secara automatik, Sultan tetap dianggap sebagai penaung kuasa politik di Malaysia.

Untuk kesekian kali, inilah teori yang selalunya dipakai akibat selalu menakutan rakyat. Akta hasutan digunakan dengan zalim oleh UMNO untuk memastikan Melayu tidak menumbangkan Sultan dari kuasanya yang hanya boneka semata-mata, Jika orang Melayu benar-benar mahu membuat keputusan sendiri tanpa perasaan takut pada hukuman, ia mungkin tidak tepat untuk menyatakan bahawa benar-benar menghormati Sultan.

Pecah dan habiskan tabung negeri

Mari kita kaji jika pihak Najib berjaya melalui halangan dan Tee Keat menjadi MB, adakah Selangor akan ditadbir dengan lebih baik dari sekarang?

Bolehkah Tee Keat yang dipaksa meletak jawatan sebagai menteri pengangkutan kerana mahu mendedahkan skandal PKFZ yang bernilai RM 12.5 bilion mengotakan janji anti korupsinya terhadap rakyat?

Bukankah ini sama saja seperti meminta UMNO-BN untuk meninggalkan tabiat korupsi mereka? Jawapannya lebih diketahui oleh Tee Keat.

Populasi Selangor dengan 5.3 juta terdiri daripada orang Melayu seramai 2.7 juta, Cina 1.4 juta, India 0.7 juta, lain-lain 0.2 juta dan bukan warganegara seramai 0.3 juta. Secara amnya, 50 peratus dari penduduk Selangor adalah orang Melayu dan berpecah dari segi sokongan yang diberikan kepada PKR, PAS dan UMNO.

Jadi, selagi Umno dengan penipuannya masih berkuasa, orang Melayu Selangor patut tahu bahawa anak mereka tidak akan merasa senang kerana kekayaan negeri akan hilang sekelip mata akibat korupsi yang tidak putus-putus.

Perbuatan Khir Toyo baru sedikit sahaja. Mat Tyson ditahan dengan wang berjuta ringgit di lapangan terbang Australia. Semestinya banyak lagi kisah yang belum diberitahu.

Seperti biasa, , tanpa mengira Melayu atau bukan Melayu, bukanlah warna kulit seorang Menteri Besar yang diambil kira. Tsu Koon tidak mampu melaksanakan tanggungjawabnya di Pulau Pinang yang didominasikan oleh Cina kerana UMNO-BN.

Guan Eng mampu kerana Pakatan Rakyat.

Prinsip yang sama boleh digunakan untuk Tee Keat, Noh Omar, Mat Tyson, Hasan, Ezam dan yang lain, kerana mereka berasal dari BN – barisan yang akan memecahkan peti besi Selangor dan menghabiskannya dalam sekelip mata. Malaysia Chronicle
http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/mb-cina-bikin-panglima-umno-gentar.html

No comments: