Sunday, February 12, 2012

RM 250 JUTA!!! Bukan Shahrizat tapi UMNO yang kena bayar balik

Bila Najib bagi kata dua kepada Shahrizat, barulah pemimpin tertinggi UMNO tumpang sekaki

Dulu bila Najib pertahan Shahrizat, puak-puak ni juga berlumba-lumba nak pertahan Shahrizat

Malah , Brahim Ali Perkasa pun cuba nak cari isu bagaimana nak pertahan Shahrizat

Tahniah kepada dua tiga orang pemimpin pertengahan UMNO yang berani belasah Shahrizat macam Ketua UMNO Cheras

Bila pemimpin tertinggi UMNO mula belasah Shahrizat, nak tunggu la apa pula kata Muhyidin, Khairy dan Noh Omar

Ketiga-tiga ni sebenarnya ada kaitan dengan isu NFC. Muhyidin kerana dia la Menteri lulus projek, Khairy kerana zaman bapa mertuaku punya projek, Noh pula Menteri pantau projek masa la

Terkini, Nazri suruh bayar balik RM 250 Juta. Boleh suruh ja la, RM 250 Juta tu dah dibelanja sampai kondo lembu dibeli.

Yang pastinya duit rakyat RM 250 Juta tak perlu diharap lagi. Shahrizat dan keluarga tak akan mampu bayar balik.

Rakyat kena tuntut UMNO bayar balik RM 250 Juta kerana UMNO lah punca lesap duit rakyat ini. Namun, UMNO mana nak bayar, curi duit rakyat lagi ada.

Habis macam mana rakyat nak buat. Rakyat kena ajar parti rasis ini dalam pilihanraya umum akan datang. Itulah bayaran baliknya....admin


KUALA KANGSAR – Menteri Pembangunan Wa­nita, Keluarga dan Masya­rakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan.

“Beliau tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan,” katanya.

Nazri berkata, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC.

“Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender terbuka bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian Ria di pekarangan pejabat Umno Bahagian Padang Rengas di sini, semalam.

Sinar Harian

No comments: