Friday, February 10, 2012

SPR WARTA DAKWAT KEKAL!!! Macam mana Brahim Ali, ahli Perkasa tak boleh keluar mengundi?

SPR warta dakwat kekal Rabu 2012/02/10

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mewartakan dakwat kekal pada 15 Februari ini, bagi membolehkan penggunaannya dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) seperti dicadangkan sebelum ini.

Bukan itu saja, SPR juga turut melakukan pindaan Peraturan-peraturan (Perjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981 dengan membenarkan pengundi dari golongan orang kelainan upaya (OKU) membawa wakilnya bersama pada hari mengundi untuk membantu proses pembuangan undi.- Bharian

Ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi- Ibrahim Ali

APA CERITA PAK BROHIM..?????


SEMUA TENTU INGAT TAJUK DIBAWAH INI

Perkasa: Melayu tidak akan keluar undi jika SPR guna dakwat kekal

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Perkasa menolak keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang semalam mengumumkan akan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 atas alasan orang Melayu tidak akan keluar mengundi selain mendakwa ia bertujuan mengurangkan peratusan pengundi kalangan kaum itu kelak.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.

Selain itu kata beliau, Perkasa percaya ramai pengundi Melayu tidak akan keluar mengundi jika penggunaan dakwat kekal diteruskan.

Semalam SPR mengumumkan bahawa semua pengundi wajib dicalit dengan dakwat kekal dan sekiranya mereka enggan berbuat demikian, maka pengundi terbabit tidak akan diberikan kertas mengundi.

Langkah itu seiring dengan syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.

“Adalah memalukan negara yang jauh lebih maju dari negara-negara membangun lain mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum.

“Malaysia bukan negara seperti Somalia, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Kemboja dan lain-lain negara mundur yang rekod pengenalan diri masih tidak canggih, yang menggunakan kertas biasa dengan maklumat peribadi tulisan tangan. Memalukan,” katanya.

Syed Hassan juga mendakwa Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal adalah daripada pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh kerana ia cara untuk membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi.

“Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal.

“Dan, kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?” katanya.

Sumber: themalaysianinsider

No comments: