Monday, February 20, 2012

UMNO RASIS!!! Tak sedar PRU 12 hanya 60% orang Cina sokong pembangkang 5 negeri tumbang

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6LkWSdA6dUVd0Imy5eTnYPKWN9TNKpg0EvU9gYHBeu3DSMejP0KbhKfeicgFjKGX86CGB6_GltLhFyAmz1D1VlFlVcGDYHS0ujsuo9eKHvbrAarTacDGOeUhQT7pNsLwclwlGJprWopI/s400/umnoracism.jpgKemenangan besar parti-parti didalam Pakatan Rakyat didalam Pilihanraya Umum ke-12 pada Mac 2008 lalu antara lainnya kerana perubahan sikap pengundi-pengundi bukan Melayu yang tidak dapat menahan lagi perasaan keciwa mereka diatas dasar-dasar yang dibawakan oleh UMNO/Barisan Nasional, lebih khususnya oleh UMNO.

Didalam keghairahan UMNO ingin mengatasi PAS yang mulai mendapat sokongan Melayu dan pengundi-pengundi luar bandar, UMNO telah merumuskan beberapa dasar yang tidak berjaya menarik undi orang-orang Melayu tetapi sebaliknya menolak undi orang-orang Cina.

Lebih dari 60% orang Cina berpaling tadah dari parti-parti komponen Barisan Nasional dan usaha daripada MCA yang cuba memainkan dasar cauvinis Cina tidak dapat merobah keadaan ini.

UMNO menjadi lebih ekstrim sehingga orang-orang Cina memandang kepada UMNO sebagai parti yang tidak lagi mengambil kira kebajikan orang-orang Cina. Hayunan keris oleh Hishamuddin Tun Hussein dipandang sebagai tanda kekuatan Melayu yang mahu meminggirkan orang-orang bukan Melayu.

Isu ketuanan Melayu yang dimainkan oleh UMNO secara melampau-lampau menakutkan orang-orang bukan Melayu seolah-olah Negara ini hanyalah untuk orang-orang Melayu dan orang-orang Melayu itu mesti diterima sebagai "Tuan" didalam Negara ini.

Walaupun UMNO cuba memberikan kefahaman kepada orang-orang Cina bahawa Ketuanan Melayu itu bukanlah bermaksud Melayu menjadi Tuan dan orang-orang bukan Melayu menjadi hamba, tetapi konsep ketuanan Melayu itu tidak pernah diterangkan dengan betul bahkan apabila UMNO cuba menerangkan bahawa konsep ketuanan Melayu itu hanya konsep retorik semata-mata.

Orang-orang bukan Melayu boleh menerima Ketuanan Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan Melayu dan ketuanan itu melindungi semua kaum yang ada didalam Negara ini, mereka boleh faham dan terima bahawa Raja-Raja Melayu tidak mencampuri politik dan semua rakyat didalam Negara ini bernaung dibawah ketuanan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Tetapi apa yang hendak diterangkan oleh UMNO tidak bermaksud demikian itu, bahkan ingin membayangkan bahawa konsep kenegaraan di Malaysia ini adalah berpaksikan ketuanan sesuatu kaum, iaitu kaum Melayu.

Mereka telah lihat bahawa konsep ketuanan Melayu ini telah meminggirkan golongan besar orang-orang Cina. Orang Cina tidak mendapat tempat secara telus didalam perkhidmatan awam, tentera, badan-badan berkanun, polis dan tidak pula mendapat kepentingan didalam perniagaan.

Apabila ditunjukkan kepada Cina, semua orang lupa bahawa sebahagian daripada masyarakat Cina yang mendapat kedudukan didalam perniagaan itu bukanlah golongan majoriti masyarakat Cina.

Ada orang-orang Cina yang tinggal sebagai masyarakat setinggan, ada Cina yang bekerja di kedai-kedai runcit dan kedai-kedai makan, dan ada yang bekerja di super-super market dengan gaji yang tidak sebanyak mana dan ramai golongan orang Cina yang berkerja di syarikat-syarikat perkhidmatan dengan mendapat gaji yang sekadar cukup untuk menyara keluarga mereka.

UMNO sentiasa silap membuat tafsiran bahawa apabila disebut sahaja Cina, mereka cuba menunjukkan kepada Cina yang kaya-raya, towkay-towkay besar dan golongan orang kaya Cina ini bukanlah mewakili masyarakat Cina yang majoriti.

Maka orang-orang Cina yang bukan towkay dan bukan orang kaya berada didalam keadaan yang dialema, mereka Cina dan dikatakan kaya walhal nasib mereka tak jauh bezanya dengan golongan majoriti masyarakat Melayu atau masyarakat India.

Golongan Cina inilah yang mempunyai undi yang besar, bukan golongan Cina towkay dan yang kaya raya. Golongan Cina inilah yang terpinggir, dan golongan Cina inilah yang mahukan perubahan.

Tidaklah menjadi perkiraan yang konserbatif bahawa lebihkurang 80% daripada masyarakat Cina dari golongan yang bukan towkay dan kaya raya ini yang mahukan perubahan kerana mereka amat terasa bahawa mereka dipinggirkan dan golongan mereka ini akan meninggalkan Barisan Nasional didalam Pilihanraya yang akan datang.

Kalau dalam PRU-12, sekitar 60% sahaja golongan Cina yang bukan towkay dan kaya raya ini memihak kepada pembangkang dan dengan perpindahan mereka itu maka negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Perak dan Selangor tumbang kepada Pembangkang, dan Pembangkang juga berjaya memenangi 10 dari 11 kerusi Parlimen di Kuala Lumpur serta hanya kalah 4 kerusi DUN sahaja di Negeri Sembilan.

Perubahan masyarakat Cina sebanyak 80% akan mempastikan kawasan-kawasan Parlimen dan DUN di pinggir-pinggir bandar di seluruh Negara akan berpindah tangan dari Barisan Nasional kepada Pembangkang, dan dengan hanya penambahan diantara 15 hingga 20 kerusi Parlimen sahaja lagi, Putrajaya akan diambil alih oleh Pembangkang dan angka 15-20 kerusi ini adalah angka yang mudah untuk dicapai dengan perubahan sikap pengundi-pengundi Cina, dan perubahan lebih besar daripada 2008 dikalangan pengundi-pengundi Melayu.

Imbuhilah pengundi-pengundi dengan apa nama sekalipun seperti BR1M tidak boleh merubah perjalanan mengambil alih Putrajaya kerana rakyat sudah tidak tertahan lagi dengan baham kepanasan kenaikan kos sara hidup dan kenaikan barang yang tidak dapat dikawal lagi.

Rakyat hidup susah dan menderita dan cabaran yang menanti mereka hanyalah merubah kerajaan yang sedia ada.

No comments: