Rakyat Malaysia kenal Permodalan Nasional Bhd (PNB), penjana wang yang menjadi pemegang saham di dalam kebanyakkan syarikat dan firma pengurusan aset, namun tidak diketahui jika ramai yang tahu akan kewujudan syarikat berkaitan kerajaan yang seakannya iaitu, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), sebuah entiti yang diamanahkan untuk membangunkan usahawan bumiputra dari segi potensi dalam perniagaan.
Diketuai oleh pengerusi yang berusia lapan puluhan, Mohd Abu Bakar Mohd Noor telah memegang jawatan itu sejak 1998, dan kini, PUNB bakal diserahkan kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk diuruskan.
Sudah semestinya ini merupakan jawatan yang paling memalukan bagi ketua sayap pemuda yang juga dikenali sebagai Pemudah.Semua ketua bahagian telah diberikan sekurang-kurangnya jawatan timbalan menteri. Walaupun dia merupakan graduan Oxford, tiada harapan baginya kerana dia telah terlalu banyak menyakitkan hati ramai orang dalam UMNO dan ianya sudah tidak boleh dimaafkan lagi.
Pengakhiran yang pelik buat KJ dan Badawi
Ahli UMNO yang lurus mengatakan ini adalah sebagai tanda terima kasih Najib kepada Khairy kerana tidak mendatangkan masalah kepada pentadbirannya. Walau dari sudut mana pun anda ingin melihatnya, inilah penanda bagi tamatnya kerjaya politik Khairy dalam UMNO kerana ternyata dia bukanlah termasuk dalam senarai ‘calon boleh menang’ Najib.
Khairy masih boleh menolak tawaran jawatan PUNB, yang mengikut kata orang dalaman, adalah tawaran terakhir dari Najib- tidak akan ada lagi tawaran selepas ini.Ini pilihan terakhir buat Khairy.Tidak ada gunanya Najib memberikan dia mahupun bapa mertuanya kerusi kerana takut akan menjadi risiko besar buat Najib. Mereka mempunyai bahagian-bahagian masing-masing yang perlu dijaga.
Inilah sebabnya kem Badawi dikatakan menekan Najib untuk memberi Badawi kawasan Kepala Batas untuk diwakili dan mengekalkan Nor Mohamed Yakcop di Tasik Gelugor.
Tapi, Nor Mohd sudah banyak terlibat dengan dakwaan korupsi yang dengan serta merta tidak memungkinkan spekulasi bahawa kem Badawi cuba memberi tekanan kepada Najib. Jika Nor Mohamad, menteri ekonomi dan bekas ketua perdagangan yang telah kehilangan berbilion ringgit di dalam dagangan wang asing tambahan pula pembatu politiknya yang ditangkap bersama 2 juta dalam bentuk tunai, masih boleh diterima sebagai ‘calon boleh menang’, Najib akan dikutuk hebat oleh panglima Umno yang lain kerana mencalonkan semula orang yang tidak berguna dan bukan mereka.
Bagi si kaki tidur Badawi, jika dia belum tersedar lagi dari lenanya, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dia tidak kisah sama ada berada dalam arena politik atau tidak. Bagi kebanyakkan orang Malaysia, dia telah ada peluang untuk mengubah Malaysia menjadi lebih baik tetapi tidak melakukannya kerana dia tunduk pada tekanan untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Najib.
Khairy dalam percubaan untuk menyelamatkan maruahnya, tidak mahu dilabel sebagai orang yang dibuang seperti yang lain. Dia mungkin juga akan mengisytiharkan dirinya sanggup berkorban demi UMNO dan orang Melayu kerana tanpa mahukan akan apa-apa sebagai pulangan. Sudah semestinya menjadi pengerusi dengan gaji yang akan diterima itu bagaikan kacang sahaja bagi Khairy. Lelaki 30-an yang bercita-cita tinggi ini mahukan sesuatu yang lebih lagi- seperti jawatan menteri penuh dalam kabinet UMNO-BN. Itu pun jika UMNO-BN menang.
Tiada kuasa
Adakah Khairy akan berjuang untuk mendapatkannya? Dia dilaporkan sebagai mampu untuk merebut jawatan itu namun, dia sudah banyak menyinggung perasaan mereka yang berada di dalam UMNO dan ini tidak mungkin dapat membantunya. Pencabar Khairy seperti bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, dengan mudah boleh menggandakan apa yang dia mampu tawarkan.
Ia nampak seperti Khairy dengan egonya serta wang berjuta-juta terperangkap begitu sahaja tanpa ada jalan keluar. Cara terbaik ataupun alternatif lain baginya adalah untuk meninggalkan Umno dan menyertai pakatan pembangkang. Malangnya, walaupun dia seorang yang masih bertenaga dan mempunyai rupa yang tidak kurang elok juga, dia masih begitu pengecut untuk meninggalkan Umno.
Sama ada Khairy akan menerima jawatan PUNB, yang sebenarnya adalah tamparan hebat baginya, dan juga bapa mertuanya, berkemungkinan besar, dia akan terus bersama UMNO, menjadi kurang menonjol dan mengikut sahaja arahan.
Khairy tidak mampu untuk bergabung dengan Kumpulan Amanah pimpinan Tengku Razaleigh untuk portfolio politik kerana, nampaknya Khairy tidak akan mampu untuk mempertahankan jawatan ketua pemudanya dalam pemilihan yang dijangka akan diadakan pada penghujung tahun ini. Lagipun, kenapa sayap Pemuda perlu dipimpin oleh ketua yang tidak hebat dan tidak pula disukai ramai. Dalam erti kata lain, kurang pengaruh?
Tawaran PUNB sebenarnya tamparan hebat
Akhir sekali, lihatlah PUNB. Untuk mengaburi mata, PUNB masih mempunyai RM400 juta pada dalam simpanannya, peruntukan yang agak banyak bagi sebuah syarikat. Selain daripada pengerusi, terdapat juga naib presiden dan pengarahnya Salleh Sulong, bekas bos Proton, Mohamed Haniffah bin SM Mydin, Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin dan Dr Rafiah Salim, bekas Naib Canselor Universiti Malaya yang tidak banyak menyumbangkepada UM.
Bayangkan, UMNO mengamanahkan RM400 juta kepada kumpulan yang kurang meyakinkan. Jika menolak, rugilah Khairy. Dan jika laporan berita tentang Khairy menerima kerusi PUNB adalah benar, 'hidangan utamanya pasti akan mengubah cara pengurusan dana PUNB setakat ini.
Jadi, apakah status RM400 juta itu sekarang? Berapa banyak yang masih tinggal dan tidakkah PUNB memerlukan bailout dari yang lain? Pada hakikatnya, PUNB adalah salah satu daripada institusi yang bersenjatakan dana besar yang ditubuhkan oleh UMNO untuk membantu orang Melayu, namun orang Melayu masih tinggal dalam keadaan yang belum boleh dibanggakan.
Sebenarnya, UMNO tidak berminat untuk memperbaiki kehidupan orang Melayu kerana UMNO mahu orang Melayu sentiasa
bergantung kepada mereka, tetapi apa pula cerita RM400 juta itu?
Sudah pasti jika PUNB begitu berjaya, ia akan dijadikan contoh klasik kejayaan UMNO. Pemimpin UMNO dan panglima mereka semua akan berjuang untuk mendapat nama bagi penubuhan PUNB. Tetapi tidak nampak pula begitu.
Ia akan ditinggalkan kepada mereka yang kurang disukai seperti Khairy, untuk dijadikan mangsa jika apa-apa berlaku di PUNB. Dan Khairy perlu ingat dia tidak akan mendapat manfaat daripada pelantikannya di sana kerana ada kemungkinan sebahagian besar daripada dana yang ada telah digunakan. Tugasan utamanya mungkin ialah sebagai ketua pemungut hutang! Ya, masalah dan tugas utama di PUNB adalah bagaimana untuk memastikan bahawa ia mendapat balik pinjaman yang telah diberikan kepada peminjam "berisiko tinggi" dalam perniagaan, termasuk pinjaman pelajar.
Ketua pemungut hutang! Sesungguhnya ini cukup jauh dari impian Khairy yang mahu menjadi PM sebelum mencapai usia 40 tahun. Walau bagaimanapun, seperti kata pemerhati bola sepak, bola itu bulat dan apa pun boleh berlaku. Jadi untuk KJ yang gila bola, sekurang-kurangnya ini akan memberi anda sedikit harapan walaupun kecil tapi cukuplah buat masa sekarang.
Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment