Thursday, March 8, 2012

TARIKH PRU 13!!! Selepas kakitangan kerajaan mendapat gaji +tunggakan, sebelum pemilihan UMNO Bahagian

Ramai yang menjangka Najib akan bubar parlimen pada bulan Jun ini, ada yang jangka awal 2013.

Bagaimanapun , perkembangan terkini tindakan Najib mengumumkan pembatalan SBPA dan kenaikan 13 % gaji kebanyakan kakitangan kerajaan disyaki ada kaitan dengan umpan pilihanraya.

Tunggakan gaji akan dibayar pada bulan April, maknanya kakitangan kerajaan akan mendapat pendapatan lumayan yang pasti mengembirakan mereka.

Jadi, pilihanraya sesuai di adakan selepas kakitangan kerajaan mendapat gaji dan tunggakan gaji pada bulan April.

Pemilihan UMNO peringkat Bahagian akan bermula Jun, biasanya pemilihan UMNO peringkat Bahagian akan menyebabkan perpecahan dalaman UMNO.

Justeru itu, bagi mengelakkan suasana tidak selesa kepada UMNO, parlimen akan dibubarkan sebelum pemilihan UMNO peringkat Bahagian bermula.

Bilakah tarikhnya Najib dijangka membubar parlimen? Semasa berlangsung Sidang Parlimen, mungkin di awal sidang. SPR akan ambil masa seminggu untuk umum tarikh penamaan calon.

Biasanya, penamaan calon berlaku dua minggu dari tarikh bubar parlimen. Tarikh pilihanraya pula dua minggu selepas penamaan calon.


Maknanya, tarikh pilihanraya berlaku hanya beberapa hari selepas kakitangan kerajaan mendapat gaji dan tunggakan.

Mengapa Najib perlu undi kakitangan kerajaan ? kerana undi orang Melayu luar bandar seperti orang kampung, orang Felda akan berpihak kepada UMNO/BN. Hanya undi kakitangan kerajaan sahaja tidak dapat dijangka.

Maka dengan gaji dan tunggakan gaji ini, Najib berharap mereka akan memberi undi terima kasih kepada UMNO/ BN.

No comments: