Wednesday, April 18, 2012

HINA RAJA!!! Dr Siti Mariah saman Dr Gila dari Melaka!


Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna Facebook yang turut mengaitkan beliau dalam dakwaan mengenai beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara Rabu lalu, oleh seorang pengguna Facebook tersebut yang bernama Dr Rahman Kadir.


Rahman merupakan seorang pegawai perubatan yang turut berada di tempat kejadian.


"Saya terkejut dengan dakwaan beliau yang dimuatnaik ke beberapa blog lain.


"Saya akui memang ada berbual-bual tapi tidak terlalu bising dan tidak menyentuh peribadi orang-orang tertentu," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.


Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat itu turut berkata, tindakan saman itu akan dibuat kepada pemilik akaun facebook dan blogger.


"Peguam saya sedang membuat kajian dan mengenal pasti blog-blog yang mensensasikan isu ini," katanya lagi.


Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga didakwa berbuat demikian menggesa Parlimen menubuhkan satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat kebenaran dakwaan tersebut.


Katanya, jawatankuasa khas Parlimen berdasarkan Peraturan 80A perlu bagi membuktikan sama ada dakwaan itu benar atau tuduhan tidak berasas semata-mata.


"Saya bersedia berhadapan sebarang tindakan di bawah Ordinan Majlis-Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 jika fitnah itu benar," katanya pada sidang media yang sama.


Nota
- Dr gila ini berasal dari Bukit Baru, Melaka yang kini bertugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan pernah membantu jamaah PAS pada 1997 sebelum keluar bersama-sama seorang lagi rakannya yang kini menjadi pensyarah di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dua tahun kemudiannya.

No comments: