Oleh : Tulahan
Himpunan duduk bantah Bersih 3.0 tinggal
beberapa hari lagi. Namun suasana nampak berbeza dari dua himpunan Bersih
sebelum ini. Waktu-waktu begini semasa
dua himpunan Bersih lalu sudah amat panas dengan provokasi pihak penentang
Bersih.
Penulis rasa tak selesa dengan suasana ‘nyaman
‘ Bersih 3.0. Penulis yang hari-hari update FB dan blog jamaah dapat melihat
berbezanya sambutan pengguna FB dan bloggers. Friends FB jamaah yang dulunya
ramai yang tukar profile picture dengan pelbagai tema kuning Bersih kini tidak
lagi.
Tidak meriah lagi kuning pada profile
picture pengguna FB , begitu juga blogger yang ramai masih tidak menukar
background blog dengan kuning. Kenapa ini berlaku?
Apabila ada anak muda friends FB jamaah
bertanya macam mana cara nak pergi himpunan Bersih 3.0 maka seperti biasa penulis
hubungi sabahat jamaah kawasan di Malaysia bertanya persiapan untuk pergi
himpunan Bersih 3.0.
Terkejut penulis kata sahabat , “ Kita berhimpun
Padang Polo tahun ni” . Kenapa di Padang Polo, sahabat bagi tahu , himpunan
Bersih 3.0 diadakan di seluruh negara yakni di setiap negeri. Penulis kata
kepada sahabat , “habislah Bersih kali ini”
Sahabat juga sependapat dengan penulis.
Katanya , dulu masa-masa ini jamaah peringkat negeri dah beberapa kali panggil
aktivis jamaah kawasan terutama pemuda untu bincang persiapan ke himpunan
Bersih. Namun untuk kali ini , tiada lagi mesyuarat untuk bincang cara pergi ke
himpunan Bersih 3.0.
Penulis agak keadaan ini berlaku kerana
suasana selesa yang diberikan kerajaan . Tiada lagi ugutan, tangkapan yang
ramai, provokasi yang berlebihan oleh pihak penentang. Tiada lagi publisti
percuma dari media massa perdana walaupun negatif. Lebih melemahkan apabila
setiap negeri ada buat himpunan yang sama.
Penulis ucap terima kasih kepada keberanian
mahasiswa yang kekal berkhemah di Dataran Merdeka hingga himpunan Bersih 3.0.
Merekalah yang sedikit memanaskan himpunan Bersih 3.0. Mereka orang cerdik tahu
cara nak ambil perhatian kerajaan dan rakyat.
Penulis juga ucap terima kasih kepada
samseng-samseng Umno yang pi belasah mahasiswa di Dataran Merdeka. Terima kasih
bukan kerana tindakan tidak bertamadun itu, terima kasih kerana memanaskan
suasana sebelum Bersih 3.0 yang muram. Tidak cerdiknya samseng-samseng Umno juga
pemimpin yang mengarahkan mereka.
Berbalik kepada himpunan Bersih 3.0 di
setiap negeri. Penulis sangat hairan kepada penganjur Bersih 3.0 yang tidakkah
terfikir bahawa jika buat di setiap negeri menyebabkan peserta himpunan Bersih
ada pilihan untuk pergi ke himpunan Bersih. Jumlah yang ramai ke Dataran
Merdeka kini sudah berpecah ke negeri-negeri.
Jangkaan dan harapan penganjur Bersih 3.0
untuk capai 500 000 berhimpun di Dataran Merdeka bolehkah tercapai dengan
keadaan ini. Bukankah lebih baik semua rakyat diarah berhimpun di Dataran
Merdeka supaya momentum rakyat nampak besar.
Dah banyak kali himpunan peringkat negeri
dibuat , selalunya paling tinggi 1000 yang hadir. Kenapa kurang yang berhimpun
ikut negeri? Kerana semangat nak berhimpun yang tak sama berbanding sama-sama
berhimpun di satu tempat di ibu negara.
Himpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka dan
di seluruh dunia tak jadi masalah kerana peserta himpunan Bersih 3.0 macam
penulis yang duduk negara orang putih tiada pilihan untuk balik ke Malaysia.
Kena berhimpun juga di luar negara.
Masa masih ada beberapa hari ini, penganjur
Bersih 3.0 dan pimpinan utama parti-parti dalam PR perlu berbuat sesuatu supaya
wujud momentum kepada rakyat untuk hadir himpunan Bersih 3.0 di Dataran
Merdeka.
Kena ada arahan semua rakyat berhimpun di
Dataran Merdeka , batalkan himpunan ikut negeri. Jika nak buat juga, buatlah
tarikh selepas itu. Kena jadikan ramainya peserta himpunan Bersih 3.0 di
Dataran Merdeka sama seperti peserta himpunan di Dataran Tahrir yang datang
dari seluruh Mesir.
Jangan harap Himpunan Bersih 3.0 akan dapat
dapat liputan meluas dari media seluruh dunia tanpa provokasi dari pihak
penentang. Himpunan yang aman tanpa gangguan pun tidak akan menjadi perhatian
jika yang berhimpun tidak ramai.
Kena gagalkan usaha kerajaan yang menukar
strategi dari keras kepada berlembut supaya himpunan Bersih 3.0 tiada sambutan.
Kerajaan sudah ada dua pengalaman sebelum ini, jika berkeras maka ada sambutan
dan dapat liputan seluruh dunia.
Sudah tahu rakyat sudah kurang semangat
kerana kurang publisti negatif dalam media massa perdana, jangan lemahkan lagi
dengan berhimpun pula ikut negeri.
Penulis merayu kepada penganjur Bersih 3.0
dan pimpinan utama PR , jika tidak mahu himpunan Bersih 3.0 GAGAL , arahkan
semua rakyat berhimpun hanya di DATARAN MERDEKA.
tulahan
3 comments:
Untuk menjayakan perhimpunan BERSIH nanti bolehlah juga diajukan pada pemerintah sekarang tentang perlaksanaan Hudud, penutupan kedai-kedai arak, judi, urut dan pelacuran...jangan hanya berkenaan SPR sahaja! Kalau perhimpunan tersebut hanya untuk menjilat Ambiga dan DAP; kirim salam sajalah.
Buktikan perjuangan PAS itu untuk Islam dan kebajikan rakyat.
Perjuangan PAS pun kelihatan amat gagal di PPinang, Selangor, Kedah juga Kelantan.
bodoh punya komen pencacai umporno. sama saja semua komen pencacai
AWAS!!!!
Projek BN menipu RAKYAT :
1. http://kijang59.blogspot.com/2011/12/siri-6-melaka-panas-wajah-yang-terlibat.html
2. http://www.youtube.com/watch?v=WrJvqfDisKc
Mungkin ada tempat lain lagi kerja KOTOR BN ini.
Harap pasukan pemantau BERSIH 3.0 dan PR yang pakar IT boleh teruskan pendedahan ini secara meluas di seluruh ceruk Malaysia.
Sebarkan maklumat ini kepada RAKYAT.
Post a Comment