Thursday, April 19, 2012

PANAS BERSIH 3.0 SUDAH BERMULA!!! DBKL tidak izin guna Dataran Merdeka, seorang aktivis BERSIH 3.0 ditahan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mengizinkan BERSIH menggunakan Dataran Merdeka untuk perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil yang dianjurkan mereka pada 28 April ini.

Jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah berkata, perkara itu dimaklumkan melalui surat kira-kira jam 11 pagi ini.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, BERSIH turut membacakan kandungan surat itu kepada pemberita yang memberikan alasan Dataran Merdeka hanya boleh digunakan untuk acara "peringkat nasional" seperti sambutan hari kebangsaan dan hari Wilayah Persekutuan.

Menurut pengerusi bersama BERSIH Ambiga Sreenevasan, pihaknya mengutus surat kepada DBKL dan polis pada pagi Isnin.


DBKL sebelum ini menafikan menerima sebarang permohonan daripada gabungan NGO itu berhubung bantahan "duduk bantah" mereka.

Aktivis muda ditahan ketika pasang poster BERSIH
Seorang sukarelawan NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia Tan Hong Kai ditahan dan dibawa ke balai polis ketika memasang poster perhimpunan BERSIH di Universiti Sains Malaysia (USM).

NONE
Menurut kakitangan seorang anggota majlis Pulau Pinang, lelaki 21 tahun itu pada mulanya ditahan oleh pengawal keselamatan kampus antara jam 2 hingga 3 pagi kerana sedang melaksanakan tugasnya.

Beliau kemudiaannya dibawa oleh pengawal itu ke Balai Polis Sungai Nibong.


Bekas penuntut koleh itu dipercayai kes pertama melibatkan tangkapan kerana memasang poster BERSIH.

No comments: