Thursday, April 26, 2012

SAH!!! Pengerusi SPR mengaku ahli UMNO



Dia dah mengaku.

Mari kita perhatikan kenyataan dia terlebih dahulu.

“Saya tidak ingat langsung bila dan di mana saya pernah menjadi ahli Umno, boleh jadi ada mana-mana pihak memasukkan nama saya selepas tamat universiti, awal 70-an dulu.
“Itu pun saya tidak dapat pastikan di kawasan mana sebab lepas tamat belajar saya tinggal di beberapa tempat, antaranya Segambut, Selayang dan Ampang. Jadi kalau ada pun yang menamakan saya, memang saya tidak tahu di mana,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Beliau menjelaskan tidak tahu nombor keahlian, tidak pernah membayar yuran tahunan dan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat parti, jauh sekali dari memegang apa-apa jawatan parti.
 
“Perkara sudah terlalu lama, saya tidak ingat, hinggalah hari ini (semalam) ada pihak yang membangkitkan perkara ini dalam akhbar,” katanya mengulas berita muka depan Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, tidak adil mana-mana pihak mengambil fakta yang sudah terlalu lama dan dilupakan semata-mata untuk dijadikan isu.
 
“Saya ingin menegaskan kalau pun betul ada orang mendaftarkan saya sebagai ahli parti, itu tidak sama sekali menjadikan saya berat sebelah atau bias dalam mengendalikan SPR. Saya tidak pernah berasa terikat sepanjang berkhidmat di sini,” tegas beliau mengulas laporan Sinar Hariandan Sinar Harian Online semalam. -SH-

Sekarang mari kita tarik keluar satu persatu kenyataan dia.

1. Dia tak ingat kat mana dia pernah jadi ahli umno.

2. Dia rasa mungkin ada orang yang tolong daftarkan dia.

3. Dia tidak pernah melibatkan diri dengan aktiviti kepartian umno.

4. Perkara sudah terlalu lama dia dah lupa.

5. Dia tidak pernah bias atau berat sebelah dalam perkhidmatannya di SPR.

Maksudnya kat sini kita boleh faham bahawa ;

Dia taktau dia ahli umno kat cawangan mana sebab dia tak tatau siapa daftarkan dia jadi ahli umno dan dia tak pernah terlibat dalam aktiviti kepartian dan benda tue dah lama, dia dah lupa dan dia juga bukan seseorang yang bias.

Mula2 dia cakap dia taktahu lepas tue dia claimed dia lupa. Kalau dia taktahu maka dia hanya boleh cakap taktau dia tak patut cakap dia dah terlupa. Taktahu dan terlupa ialah dua perkara yang sangat berbeza. Bagi pandangan aku menerusi kenyataan dia neh aku rasa kisah dia begini ;

1. Dia tahu dengan jelas bahawa selepas dia tamat belajar memang ada orang daftarkan dia jadi ahli umno.

2. Aku percaya dia kenal orang yang daftarkan dia jadi ahli umno. Dia toksah berlakon larh nak cakap taktau or tak ingat apa seme. Kalau seseorang tue bebas daftarkan sesiapa sahaja jadi ahli umno.. bukan kah itu lebih pelik? Dia nak cakap bahawa sesiapa pun boleh tolong sesiapa daftarkan jadi ahli umno? Bukan kah ini baru sahaja mendedahkan kepincangan dan keburukkan parti umno? Jap.. dia baru kutuk umno ka neh weh?

3. Dia juga cakap dia tak aktif dalam UMNO. Soo.. pendedahan neh apa citer? Adakah ini dua individu yang berbeza atau sama? Kita tak dengar penafian dia berhubung perkara neh lagi kan?

Kesimpulannya, lebih baik dia keluarkan diri dia dari menjadi ahli umno sekarang. Keluar dari umno untuk membuktikan dia benar2 tidak berat sebelah.. kalau berani nak keluar lah. Dia sendiri pun mengakui pendedahan itu ialah satu FAKTA yang lama.. FAKTA ialah FAKTA.. tak kira lama or baru.. so tolonglah lengkapkan kronologi FAKTA neh dengan keluarkan diri anda dari UMNO.. ada berani ka?

kah kah kah

Ameno : Timbalan Pengerusi SPR per citer plak? 

No comments: