Sunday, May 6, 2012

11 MEI !!! Himpunan Raksasa UMNO atau Himpunan 6 T

KUALA LUMPUR, 7 Mei: Umno tidak boleh mengadakan himpunan raksasa jika tanpa 6T iaitu T-shirt, topi, tambang, transport (pengangkutan), tapau (makanan) dan token (duit).
AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ia berlainan dengan himpunan yang dianjurkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat, penyokongnya datang tanpa diupah dan dikerah.

Katanya, setiap kali Najib turun ke suatu tempat semua agensi kerajaan dipaksa rela untuk hadir.

“Terbaru Najib di Kelantan pada 4 Mei lepas, kita boleh lihat beratus-ratus biji bas daripada agensi kerajaan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, pihak pengajur terpaksa membuat kerahan , jika tidak terpaksa dikira dengan bayang supaya nampak ramai.

“Budaya ini sudah menjadi kelaziman apabila Umno mengalami masalah dalaman parti atau tekanan politik daripada luar,” katanya.

Idris menambah, ia bermula di zaman Dr Mahathir ketika beliau bergaduh dengan Raja-Raja Melayu pada 1983 sewaktu krisis pindaan perlembagaan untuk membuang kekebalan Raja-Raja Melayu.

Beliau berkata, ia diikuti pula dengan program Semarak, ketika berlaku krisis team A dan team B Umno.

Katanya, ahli Umno sekarang bukan ahli yang ada ideologi, majoritinya  hanya ahli yang mencari makan.

“Ia bukan perjuangan Umno di peringkat mula kelahiran Umno 1946,” ujarnya.

Katanya lagi, walaupun ahlinya 3.3 juta, namun tidak ada jati diri dan komited dengan ideologi perjuangan.

Menurutnya, sebahagian besar menjadi ahli Umno, terutama peringkat muda hanya “Umno projek” sahaja.

“Kita akan lihat himpunan Umno di Stadium Bukit Jalil yang akan berlangsung pada 11 Mei nanti, semuanya akan bergantung kepada  6T,” katanya lagi.

3 comments:

Hamdan Rukun said...

AJARAN TOK GURU NIK AZIZ. TAK AMBIK GAJI TAPI ADA BANYAK DUIT POKET !

HE!HE!HE!

Anonymous said...

Alahal si LuncAI- tok guru tak pakai pakaian mahal-mahal, rumah tak perlu perabut mahal mahal, shopping tak dilondon, usa, australia. hidup amat sederhana. makan tak banyak berhenti sebelum kenyang.

Anonymous said...

Himpunan 11 Mei ini menyusahkan orang ramai. Pada hari tu semua parking di Bukit Jalil ditutup. UMNO bodoh ni tak fikir ke orang nak pegi kerja. Nak buat himpunan tu buatla hari cuti.