Sunday, May 6, 2012

pasca bersih 3.0!!! Chua Soi Lek kelam kabut selamatkan MCA


Nampaknya, Presiden MCA, Chua Soi Lek dalam keadaan kelam-kabut sedang berusaha mententeramkan ahlinya yang dilihat semakin tidak bermaya walaupun pilihanraya umum bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Kenyataan bahawa MCA sudah tidak relevan dengan perkembangan semasa juga dilihat semakin menyukarkan masa depan parti komponen Barisan Nasional kedua terbesar itu terutamanya di Perak, Pulau Pinang dan Johor.


Masakan tidak, Chua yang dianggap pakar strategi terbaik dalam MCA sejak bekas presiden, Tan Koon Swan didakwa di mahkamah, sudah tidak berupaya membendung kemaraan DAP dan Pakatan Rakyat yang semakin berbisa.


Malahan bekas presidennya Ong Tee Keat yang berkerat rotan berpatah arang dengan Chua tururt meramalkan nasib MCA umpama telur di hujung tanduk gara-gara terlalu tunduk dengan Umno-APCO hingga mengorbankan nasib kaum mereka sendiri.


Lihat sahaja isu kekurangan guru yang gagal diselesaikan walaupun Wee Ka Siong yang menjadi Ketua Pemuda MCA juga merupakan timbalan menteri pelajaran!


Dan perkembangan terbaru mengenai pergolakan dalaman yang dilihat sudah reda selepas pemilihan parti itu rupanya indah khabar dari rupa.


Chua dan timbalannya, Liow Tiong Lai saling berebut mendapat perhatian kaum mereka tetapi rata-rata pengundi Cina sudah memilih parti mana yang boleh memperjuangkan nasib mereka.


Justeru, tidak hairanlah mengapa Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kini srba salah mahu menyokong puak yang mana satu.


Jika dia memilih Chua, Tiong Lai akan merajuk dan begitulah sebaliknya yang terjadi setakat hari ini.


Perpecahan dalaman MCA juga tidak kurang hebatnya dengan Umno-APCO kerana isu pembahagian kerusi masih belum selesai.


Bebeapa tuntutan MCA tidak dilayan oleh Najib kerana merasakan sudah sampai masanya Umno-APCO mengambil alih kerusi yang sudah lama dipinjamkan kepada mereka.


Ia sekaligus membuktikan Najib tidak berkeyakinan MCA dapat memberikan sesuatu kepada kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang.


Percayalah, Chua dan Tiong Lai akan merasai perit kekalahan kali kedua berturut-turut dengan telepasnya Pulau Pinang dan kalah di hampir kesemua kerusi parlimen dan DUN di seluruh negara!


Anggota MCA diingatkan supaya tidak mengorbankan semangat setiakawan di kalangan anggota parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) yang telah terbina sejak 50 tahun lepas hanya kerana merebut kerusi dalam pilihan raya akan datang.

    
Chua berkata meskipun sesuatu kerusi itu tidak ditandingi calon MCA, mereka masih bertanggung jawab untuk membantu kemenangan calon BN yang lain.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perjumpaan antara pucuk pimpinan MCA bersama ketua cawangan seluruh negara di Putrajaya semalam, beliau berkata anggota parti perlu menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih calon BN terbaik untuk bertanding.

    
"Jangan gaduh dengan parti dalam komponen BN. Kita tidak seharusnya mengikut apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat di mana mereka masih bergaduh berkaitan pengagihan kerusi antara DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat," katanya.

Menurutnya semua ketua cawangan MCA juga perlu memastikan setiap cawangan jentera pilihan raya akan datang sudah ditubuhkan dan bergerak aktif untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN.


"Bagi pemimpin-pemimpin MCA yang menjalankan tugas kementerian masing-masing, mereka juga harus mengadakan lawatan ke bilik gerakan," katanya.

    
Dalam perkembangan lain Dr Chua meminta kesemua anggota parti untuk mendaftar dalam "1MCA Member Group Insurance Scheme" bermula bulan ini atau selewat-lewatnya Julai depan bagi membolehkan mereka mendapat perlindungan insurans.
    
"Saya difahamkan oleh syarikat insurans bahawa MCA merupakan parti pertama mempunyai skim itu. Di bawah skim itu semua anggota MCA diberi perlindungan insurans sebanyak RM10,000 untuk kematian akibat kemalangan dan RM4,000 untuk kematian biasa atau "funeral expenses", katanya.
    
"Keputusan untuk mewujudkan skim insurans itu adalah sebagai tanda berterima kasih terhadap kesetiaan anggota MCA dan sumbangan mereka terhadap parti,"
katanya.

Hadir sama pada majlis perjumpaan itu adalah Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Kong Cho Ha serta kira-kira 4,000 anggota parti dari seluruh negara.


JALAN PULANG

No comments: