Allahyarham Mustaffa Dapat dikhabarkan adalah merupakan seorang pakar kapal selam. Beliau mendapat pendidikan di Amerika Syarikat. Pernah berkhidmat dengan TLDM.
Beliau adalah merupakan pegawai TLDM pertama mendapat sijil kapal selam pada tahun 1993 ketika berkhidmat dengan Tentera Laut Australia sehingga Tentera Laut Australia begitu kagum dengan kebolehan beliau.
Beliau telah dilantik sebagai konsultan dalam projek pembelian
kapal selam negara pada tahun 2001 dan telah dihantar ke Perancis. Allahyarham
Mustafa Dapat meninggal dunia pada 28 Ogos 2004 setelah menghidap demam. Keadaan bertambah kritikal setelah
mendapat alahan penisilin yang jarang berlaku.
Malaysia
kehilangan seorang pakar kapal selam yang mungkin belum ada penggantinya lagi.
Pendakwa
Perancis dakwa Najib minta AS$1b untuk Perimekar
1:23PM Mei
3, 2012
Pendakwa
awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia
mendakwa telah menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri
Najib Tun Razak telah meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan
Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.
Menurut
kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram hari ini, satu faks
menunjukkan bahawa Najib didakwa telah meminta jumlah tersebut untuk Perimekar
sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.
Faks yang
bertarikh 1 Jun 2001 adalah dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat
swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud.
Dokumen
itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas oleh
polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales.
No comments:
Post a Comment