Tuesday, May 8, 2012

FATWA DEMO HARAM!!!Kenapa Tok Mufti tak nak keluar fatwa Najib pakai rantai?


Banyak persoalan yang membelenggu keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan kunun bertujuan tidak baik sedangkan hakikatnya rakyat turun ke jalan raya mahukan pilihanraya bebas dan adil.

Sedangkan persoalan mengenai hukum lelaki yang memakai rantai di leher yang terang-terang meniru kaum perempuan tidak langsung disentuh Majlis Fatwa yang dipengerusikan Abdul Shukor Hussin.


Apakah Majlis Fatwa sanggup mengeluarkan 'fatwanya' tentang bagaimana perdana menteri, Najib Altantuya dilihat memakai rantai di leher semasa lawatan ke Batu Pahat, Johor dan Temerloh, Pahang, bulan lalu?


Mengapa diam?


Adakah kerana Najib Altantuya manusia paling berkuasa hingga langsung tidak boleh ditegur atau kesemua mufti yang ada cuma tahu menempelak golongan yang bakal merampas kuasa di Putrajaya dengan jalan pilihanraya?


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata keputusan Majlis Fatwa tersebut hanya berpandukan 'alasan sebelah mata'.


Mengulas kenyataan pengerusinya, Abdul Shukor Hussin mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata, beliau setuju bahawa perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram.


"Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata.


"Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telahpun rosak," katanya sambil menambah beliau menghormati anggota Majlis Fatwa Kebangsaan.


"Namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan hari ini.


Dr Abdul Shukor dilaporkan berkata Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang dan kekacauan di dalam negara.


Menurut laporan akhbar, pengerusi Majlis Fatwa itu berkata Islam membenarkan mencari keadilan tetapi melaui tindakan beradab.


Mengulas lanjut, menteri besar Kelantan itu berkata perhimpunan BERSIH 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara


Perhimpunan itu, tambahnya, menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya dan jauh sekali untuk mencetuskan huru-hara bagi menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya.


"Jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk?


"Pernahkah Majlis Fatwa memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan di dalam pilihan raya yang implikasinya lebih besar kepada negara?" soal Nik Aziz.


Sehubungan itu, beliau yakin bahawa fatwa tersebut hanya "laporan akhbar pro-kerajaan sahaja tanpa mendapat penjelasan dari penganjur BERSIH 3.0 sebelum membuat pertimbangan dibuat.


"Justeru, soalan saya ialah fatwa-kah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman?" kata Nik Aziz lagi.


Sebaliknya, kata menteri besar Kelantan itu, huru-hara tercetus jika ia dihalang.


"Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan gas pemedih mata dan air kimia, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara.  


"Jika BERSIH berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden Umno di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?

 
"Justeru cukuplah saya mengatakan, jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur langkah. Salam hormat saya buat Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya.

2 comments:

Anonymous said...

haiyaaa..loktor ooo..kiter buat demo bukan mahu langgar undang2...ttp mahu kasi suruh org ikut undang2 yg sepatutnyer bila buat pilihanlaya maaaa........haiyaaaa....itupun susah mau faham kaaa......hampeeeehhhh

danieyl said...

tak ada maknanya. saya tak percaya pilihanraya kita tak adil. sebenarnya memang penyokong bn lebih banyak dr pembangkang. kebanyakan org ramai memang mengaku sokong pas atau keadilan tp undi kan rahsia. jadi dia org semua pangkah bn. tak percaya ke. tempat saya sebagai contoh. semua ckp sokong pas. masa pas survey pun ckp undi pas. tp hakikatnya semua undi umno. semua peneroka bukan bodoh. peneroka tahu siapa berjasa dengan dia org. sbb tu peneroka undi umno. sbb umno bg tanah. bukan pas.