Thursday, May 3, 2012

ISU JIRAT CINA!!! Perkasa nak tembak PAS tapi UMNO yang kena

Sepatutnya serang BN, kerana jirat itu mereka yang luluskan

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

(Petikan Nota Utara, Harakah)

Foto: Ehsan jurugambar Warta Darul Aman


Selang dua hari selepas Himpunan Bersih 3.0, sekumpulan penduduk dari beberapa buah kampung di Mukim Karangan, Kulim mengadakan himpunan haram di hadapan Wisma Darul Aman. Mereka datang dengan empat buah bas yang membawa kanak-kanak (yang dipaksa ponteng sekolah), wanita, orang tua dan lain-lain untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan tanah perkuburan Cina (jirat) yang kononnya dibangunkan di atas tanah berstatus Simpanan Melayu.


Penulis tidak pasti benarkah mereka itu penduduk dari kawasan terbabit atau 'pemain import' dari kawasan lain sebab tidak kenal kesemuanya. Cuma sebahagian dari mereka yang dikenali adalah orang yang pernah mengaku sebagai ahli khariah Madrasah Salihiah Kanchut. 

Sewaktu demonstrasi membantah perobohan bangunan Salihiah dahulu mereka memegang hailer membelasah kerajaan negeri, sekarang pun orang yang sama juga yang menggalas hailer. Pelik juga ada manusia yang boleh bernaung di bawah dua buah khariah yang sama serentak, sedangkan antara Alor Setar dan Kulim jaraknya lebih dari 100 km.

(Kanak2 yg tidak berdosa dipaksa ponteng sekolah untuk berdemonstrasi secara haram, mujur polis tak tembak gas mokalau tidak teruklaa makcik2 tu selak kain buat lap muka)

Bersama-sama mereka juga adalah para lelaki yang memakai baju hitam ala Perkasa, duduk beramai-ramai di atas jalanraya di hadapan Wisma Darul Aman. 


Mereka turut menahan setiap kereta yang keluar dari Wisma Darul Aman, mengarahkan cermin kereta diturunkan kononnya untuk mempastikan supaya Menteri Besar tidak terlepas keluar. Lagaknya kira-kira macam samseng Kampung Dusun.

Apa yang diperjuangkan oleh kumpulan tersebut? Mereka menuntut supaya Kerajaan Negeri membatalkan projek pembinaan jirat Cina di atas tanah seluas 190 ekar di Sungai Kob. 


Hujah mereka tanah tersebut berstatus Simpanan Melayu serta jirat Cina tersebut tidak sesuai diadakan di kawasan yang terdapat ramai penduduk Melayu/Islam. 

Mereka menuduh projek tersebut diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Asas penentangan mereka adalah berkaitan isu perkauman, selari benar dengan perjuangan Umno dan Perkasa.


Penulis pernah membuat penjelasan mengenai isu berkaitan dalam keluaran terdahulu. Persoalan paling pokok ialah benarkah jirat Cina itu diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat? Jawapannya, tidak benar! 


Projek pembinaan jirat Cina itu telah diluluskan pada 2007 di masa Menteri besarnya ialah Datuk Seri Mahdzir Khalid. Serentak dengan kelulusan tersebut, penduduk kampung sudah bangkit membantah. 

Sewaktu kerajaan negeri termanggu-manggu mencari penyelesaian tiba-tiba kerajaan BN tumbang di Kedah.

Maka macam biasa beban pun terpikul kepada kerajaan PR. Untuk tidak memberi kelulusan projek dari awal adalah lebih mudah dari membatalkan projek yang telah diluluskan. Maka kerajaan perlu memikirkan kaedah terbaik supaya kedua-dua pihak berpuas hati.


(Perancang kepada tindakan kumpulan tersebut ialah Sobri Sudin (foto atas, tengah). Yang pakai helmet kat bawah tu ialah Padi Jantan, blogger upahan UMNO)

Langkah pertama yang dilakukan oleh kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian ialah Majlis Perbandaran Kulim menganjurkan dailog melibatkan pemaju dan penduduk. Rumusan terbaik dari dailog tersebut ialah perlu ada zon penampan (buffer zone) lebih lebar di antara tempat perkuburan dan perkampungan yang terdekat.


Jika di zaman BN zon penampan cuma melibatkan tanah seluas 20 ekar, tetapi hasil perbincangan semua bersetuju zon penampan dilebarkan sehingga melibatkan keluasan 80 ekar. Cadangan terbaru itu diluluskan oleh kerajaan negeri. 


Zon penampan mempunyai tembok dan ditanam pokok-pokok besar. Jaraknya hampir satu kilometer. Kira-kira tidak sampai 10 keluarga yang tinggal berhampiran sempadan zon penampan tidak akan nampak tapak perkuburan tersebut.

(Foto atas kanan sekali tu ialah Mansor pejuang Madrasah Salihiah, laa ni tukaq khariah dah kot pi dok Kulim pulak..keh, keh, keh. Foto bawah, Padi Jantan sedang sibuk ambik gambaq nak masuk blog dia untuk proses pemutarbelitan dan pembohongan)


Pembangkang dengan nada perkauman mendakwa kerajaan PAS lebih lunak dengan pemaju apabila menambahkan lagi keluasan tapak jirat Cina. Memang betul keluasan projek ditambah dengan tujuan melebarkan lagi zon penampan bukan menambah keluasan tapak perkuburan.


Projek yang diluluskan pada tahun 2007 itu adalah tanah milik bukan Melayu (Cina) tetapi berstatus Simpanan Melayu yang dibeli oleh datuk neneknya pada 18 April 1926.  


Penulis ingin membetulkan status tanah tersebut, di mana dalam keluaran terdahulu ianya didakwa sebagai bukan Tanah Simpanan Melayu. Memang di negara ini masih terdapat Tanah Simpanan Melayu yang menjadi milik bukan Melayu. 

Pemilikan terhadap tanah tersebut berlaku sebelum zon Tanah Simpanan Melayu diwartakan pada 4 April 1933 oleh penjajah British. Tuan tanah bukan Melayu masih berhak ke atas tanah tersebut cuma mereka tidak berhak menukar status tanah serta mesti mematuhi syarat-syarat ke atas tanah tersebut seperti yang termaktub dalam syarat-syarat Tanah Simpanan Melayu. 



Timbul persoalan, jika dari awal sudah tahu statusnya Tanah Simpanan Melayu mengapa kerajaan negeri luluskan juga untuk projek pembinaan jirat Cina yang bertentangan sama sekali dengan roh sebenar kewujudan Tanah Simpanan Melayu? Jawapannya, kena bertanya kepada kerajaan BN dahulu kerana mereka yang luluskan! 

Kumpulan yang berdemonstrasi itu membantah tindakan kerajaan meluluskan tanah berstatus Simpanan Melayu yang cuma seluas 190 ekar untuk dijadikan jirat Cina. 


Yang meluluskan BN, yang diserang ialah PR. Tetapi bagaimana pula tentang kehilangan 1280.5 hektar Tanah Simpanan Melayu yang hilang di zaman BN. Terdapat 4845.22 Tanah Simpanan Melayu yang ditukar ganti (swapping) menjadi tanah Pegangan Bebas untuk tujuan perumahan, hanya 3564.72 yang berganti. Mengapa kumpulan tersebut tidak mengadakan himpunan mengecam kerajaan negeri BN dahulu?

(Buka tingkap kami nak cek tengok sapa, jangan melawan mokalau tak mau kami kalih kreta mcm Bersih nuu.. pak gad hang pi dok tepi, hari ni kami berkuasa)

Bagi perjuangan kumpulan yang terlebih Melayu itu, kekesalan atau kemarahan mereka bukan terhadap hak Melayu yang hilang (atau dianggap hilang) tetapi pihak mana yang menghilangkan. 


Jika pihak yang telah menghilangkan hak Melayu itu BN maka mereka buat pekak badak, tetapi jika yang (dianggap) menghilangkan itu PR, maka mereka pun meracau macam orang meroyan.

(Wakil penduduk diberi penjelasan panjang lebar oleh YAB Menteri Besar mengenai isu sebenar sehingga fahamlah mereka apa yang telah berlaku)
(Wakil penduduk yang telah faham isu sebenar memberi penjelasan pula kepada anak-anak buahnya,sehingga fahamlah akan anak2 buahnya. Alhamdulillah segalanya selesai dengan baik)

Suntingan oleh: Pak Dee Jantan

1 comment:

shah said...

Kalau salah umno kenapa pas yang terus kan apa yang umno buat..kalau umno suruh pas mkb taik mkn la.sepatut nya seblum lulus kan benda tu kaji dulu turun tnfok tempat ni main sing ja...