Tuesday, May 1, 2012

JANGAN MARAH POLIS!!! Tahap kesihatan mental mereka kritikal, mai baca buktinya


Kajian Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) mendapati lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres. Sementara itu tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.

Tragedi pada 26 April 2012, dimana seorang anggota polis yang bertugas di Istana Anak Bukit, Kedah maut dipercayai akibat ditembak oleh rakan setugasnya di depan pintu pagar istana tersebut membuktikan betapa seriusnya tahap kesihatan mental anggota polis kita. Justeru itu satu program pemeriksaan kesihatan mental menyeluruh terhadap anggota polis perlu dilakukan segera, serta langkah pencegahan dan pemulihan perlu dilaksanakan.

Masalah peribadi bukan punca polis kena tembak
BH 2 Mei 2012

AYER HITAM: Tindakan seorang anggota polis melepaskan beberapa das tembakan menggunakan senjata M16 hingga menyebabkan kematian rakan setugas di balai pengawal Istana Anak Bukit, di Alor Setar, Khamis lalu, tidak membabitkan sebarang masalah peribadi berikutan kedua-dua mereka baru berkenalan ketika ditugaskan bersama pada hari kejadian.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata kejadian itu bukan berpunca daripada masalah peribadi terutama cinta memandangkan dua anggota terbabit baru berkenalan, namun pihaknya percaya berlaku pertengkaran kecil menyebabkan kejadian itu berlaku.

Katanya, mungkin berlaku perselisihan mengenai penugasan mereka di balai pengawal berkenaan menyebabkan suspek bertindak demikian. “Tidak timbul soal pertengkaran cinta kerana pada hari kejadian, itu kali pertama mereka ditugaskan bersama. Kami percaya pertengkaran kecil berlaku membabitkan soal penugasan mereka.

“Isu ini antara mereka berdua, tiada pembabitan orang lain yang boleh menyebabkan kejadian,” katanya selepas program polis bersama masyarakat di Pejabat Pos Alor Biak Jerlun di sini, semalam.

Ahmad juga berkata, setakat ini pihaknya masih melengkapkan siasatan dan tempoh tahanan reman suspek yang tamat esok, tidak dilanjutkan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang 26 April lalu, mangsa, Konstabel Mohamad Sobri Md Sidik, 22, dari Melaka, mati di tepi pintu pagar Istana Anak Bukit akibat parah di kepala dan badan selepas ditembak rakan setugas dipercayai akibat perselisihan faham.

Suspek berusia 25 tahun dan berpangkat Lans Koperal kemudian melarikan diri menaiki kereta sebelum ditahan tiga jam selepas itu oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di rumahnya di Simpang Empat, Perlis.


POLIS LEBIH STRES BERBANDING GURU
BH 27 Sep 2011

KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.

Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.

Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.

Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja.

Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).

Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus.

Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu.

Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis.

Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya.

Akhbar berkata, anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.

Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya.


12% rakyat Malaysia sakit mental
UM 3 Feb 2012

SUNGAI PETANI 3 Feb. - Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar (gambar) berkata, statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.

"Macam kemurungan ada dua peratus, sakit risau ada 1.8 peratus dan psikosis ada satu peratus. Penyakit mental yang serius adalah macam psikosis dan kemurungan...penyakit keresahan itu pun kronik juga dan kemudiannya penyakit ringan-ringan lain," katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki.

"Puncanya bagi wanita kerana masalah dengan pasangan dan masalah dengan anak-anak..kedua-dua ini punca yang penting. Bagi lelaki pula punca lebih kepada kemalangan jalan raya yang mana mengalami kecederaan otak dan penyalahgunaan dadah," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar golongan wanita mendapatkan rawatan doktor secepat mungkin jika mengalami kemurungan dan kerisauan berlanjutan dalam tempoh melebihi dua minggu bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk.

"Kalau kita (wanita) risau baca (surah) Yassin banyak, bincang dengan mak dan ayah serta suami...dapat kurangkan tetapi jika kita tidak dapat berbincang dan kurangkan, itu akan bagi masalah," katanya.

Beliau berkata, terdapat 45 jabatan psikiatri di seluruh negara di samping empat buah hospital mental untuk pesakit mental menjalani rawatan pemulihan dengan sebaik mungkin. - BERNAMA


Siasatan polis tembak rakan selesai
UM 2 Mei 2012

KUBANG PASU 1 Mei - Polis mengesahkan siasatan kes seorang anggotanya menembak rakan setugas di Istana Anak Bukit di sini baru-baru ini telah selesai.

Ketua Polis negeri, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, anggota lans koperal itu masih ditahan reman sehingga Khamis ini dan dijangka didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.

"Polis percaya motif kejadian berpunca daripada salah faham dan perasaan tidak puas hati berkait dengan bidang tugas.

"Polis telah melengkapkan siasatan kes ini dan ia akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas majlis Sepagi Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ayer Hitam, di sini hari ini.

Pada 26 April lalu, seorang anggota polis yang bertugas di Istana Anak Bukit maut dipercayai akibat ditembak oleh rakan setugasnya di depan pintu pagar istana itu.

5 comments:

Anonymous said...

kami rakyat malaysia
tak pernah menyuruh mereka menjadi
polis , mereka sendiri dengan rela hati dah gembira menjadi polis ,jadi sesuatu yang anda sendiri pohon dan minta maka lakukan lah tugasan itu dengan rela dan gembira ,kerana itu sesuatu yang anda inginkan .
kerana jawatan polis tu halal ,baik tapi belun tentu gaji yang di perolhi tu halal , jadi fikir-fikirkan lah .....

tungkaran hati said...

Syukur Alhamdulillah kerana Allah telah menggagalkan tujuan perlakuan-perlakuan jahat dari penganut PAS-DAP-PKR dan pro-Komunis untuk menjadikan Dataran Merdeka seperti Dataran Tahrir, Mesir.

Jack said...

Syukur alhadulillah kerana Allah SWT membantu kita dan mendesak menteri2 BN. Checkmate.

Anonymous said...

Syukur Alhamdulillah Bersih 3.0 membuatkan UMNO/BN berfikir sejauh mana sokongan rakyat kepada mereka.

Anonymous said...

Lebih2 lagi pekerjaan polis ni dicampur ganggu oleh pemimpin politik UMNO/BN...yg asyik melembukan mereka....lagi stress demer tuuuu......