Mengikut pemandu kereta polis di SOGO yang telah melanggar lebih lima orang peserta BERSIH dalam satu temuramah:
Dengan kata lain, mengikut kenyataan Mohammad Kamil Paimin itu:
1.0 Dia dalam keadaan tidak sedarkan diri sewaktu merempuh
2.0 Kepala nya tercedera sehingga berdarah
3.0 Beliau telah berdarah begitu banyak sehingga tidak sedarkan diri
Video yang dirujuk oleh Tulang Besi boleh dilihat di sini.
Mari kita nilai kenyataan Mohammad Kamil Paiman ini:
1.0 Gambar di bawah menunjukkan Mohd Kamil dalam keadaan sedar dan boleh keluar sendiri dari kereta tanpa perlu diangkat oleh orang ramai. Kiranya benar dia tidak sedarkan diri, sudah tentu dia perlu diangkat keluar dari kereta:KLIK IMEJ
2.0 Kalau benar kepala beliau berdarah, sudah tentu baju dan tengkuk Mohammad Kamil dipenuhi darah. Tapi, gambar di bawah menunjukkan yang sebaliknya:
KLIK IMEJ
3.0 Gambar di bawah menunjukkan bahagian belakang kepala Muhammad Kamil. Jelas, tiada kesan darah atau luka seperti yang didakwa oleh beliau:
KLIK IMEJ
Dengan kata lain, segala dakwaan Mohd Kamil Paiman sehari selepas
kejadian itu tidak dapat disokong dari video kejadian yang dapat
ditonton oleh semua rakyat Malaysia.
Dari video tersebut, Mohammad Kamil didapati dalam keadaan sedar, tidak cedera dan tidak berdarah.
Bagi Tulang Besi Mohammad Kamil Paiman telah berbohong.
Adakah Mohammad Kamil Paiman telah diberi skrip untuk diungkapkan kepada
seluruh rakyat Malaysia. Skrip yang mengandungi 1001 pembohongan dan
penipuan.
Syukurlah ini zaman Youtube dan Facebook. Segala pembohongan terdedah dengan mudah.
KERETA TERSEBUT TELAH DIPANDU DENGAN CARA BAHAYA
Mengikut seorang kawan Tulang Besi yang berada di tempat kejadian,
kereta polis tersebut dipukul dan ditendang kerana telah dibawa laju
dalam keadaan jalan di depan SOGO itu dipenuhi manusia.
Sebelum itu, banyak kereta polis lain yang melalui kawasan SOGO itu namun tidak dikacau oleh para peserta BERSIH.
Dengan kata lain, kalau kereta tersebut dipandu oleh Anwar Ibrahim sendiri pun pasti akan dikenakan tindakan yang sama.
Tujuan mereka mahu pemandu kereta tersebut memperlahankan kereta beliau dan berhenti membahayakan para pejalan kaki.
2 comments:
An- nisa 58
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
an nisa 83
وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا
Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).
Macam mana nak taat kepada "Ulil-Amri" kalau mereka sendiri tidak taat kepada Rasulullah? Orang turun menyertai Bersih sebab mereka nak memilih "Ulil-Amri" dalam pilihanraya yang bebas. Itu sahaja. Kita dah tahu dah kalau ulama muda ala salafi ni nak berhujjah mesti guna ayat ni. Ingat orang bodoh ke? Tengok la sikit orang yang bayar kamu tu buat Islam atau tidak?
Post a Comment