Borang penyertaan
Sairin dan penyokongnya diserahkan kepada Bekas Timbalan Ketua Dewan
Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Sapawi di rumahnya di Kg Bukit Garam.
Pengarah
Pilihanraya PAS Kawasan Kinabatangan, Innah Tuton turut menyampaikan
ucapan dalam majlis ringkas tersebut melahirkan rasa bangga atas
penyertaan Sairin yang diyakini bakal memperkukuhkan PAS Kawasan
Kinabatangan.
“Rakyat
Sabah sering dipermainkan oleh pemimpin BN bermula zaman Tun Datu
Mustapa sehinggalah kini dengan janji-janji pembangunan yang mengkayakan
pemimpin tertentu sahaja. Rakyat Sabah terus hidup melarat dihimpit
kemiskinan,” jelas Sairin yang juga bekas Setiausaha Parti Berjaya
Kinabatangan.
Ketika
ditanya, penyertaannya ke dalam PAS kerana berminat untuk menjadi calon
PAS di N48 DUN Sukau, Sairin menafikan dakwaan itu kerana PAS sebuah
parti yang cukup cermat dalam pemilihan calon dan matlamat perjuangannya
adalah jelas untuk Islam.
Penyertaan
beliau adalah untuk mencari redha Allah dengan baki kesihatan yang
dianugerahkan Allah ini, namun Sairin berjanji akan bersungguh-sungguh
menggunakan pengalaman politiknya untuk membantu PAS dalam pilihanraya
Umum ke 13 nanti.
Bekas
Ketua Cawangan UMNO itu juga melahirkan keyakinan kepada PAS yang
dilihat lebih telus dalam pengurusan dan sentiasa mendidik pemimpin dan
ahlinya supaya amanah dalam memikul tanggungjawab Negara, di samping
keikhlasan ahlinya berkorban untuk meninggikan syiar Islam.
Ketika
menyerahkan borang keahliannya kepada Ustaz Azman, Sairin berkata,
“saya menyerahkan borang ini berserta dengan jiwa dan raga saya kepada
perjuangan Islam yang dibawal oleh PAS,” lalu disambut dengan laungan
takbir oleh hadirin yang hadir.
Sementara
itu, Ustaz Azman turut melahirkan kegembiraan atas kesediaan Sairin dan
penyokongnya untuk menyertai PAS. Senario penyertaan masyarakat kepada
PAS dan Pakatan Rakyat semakin rancak, bahkan di mana-mana yang beliau
pergi, masyarakat akan bertanya tentang tarikh pilihanraya. Ini
membuktikan rakyat sudah muak dengan UMNO BN dan sudah tidak sabar-sabar
untuk menguburkan parti yang memerintah sekarang ini.
Menurut Ustaz Azman lagi, rakyat semakin takut dengan gaya pemerintahan BN yang boros dan bocor di mana-mana.
“UMNO BN
bergaduh dengan semua peringkat masyarakat, bermula dengan pelajar
university sehinggalah peneroka FELDA sehingga tergamak mengeluarkan
kata-kata kesat kepada peneroka FELDA,” jelas Ustaz Azman lagi./~sabahkini
No comments:
Post a Comment