Sunday, May 27, 2012

KES NAYA!!!Orang UMNO kena tipu hidup-hidup oleh Taukeh Sekinchan Ikan Bakar


Mungkin ramai yang berkata “ Apa ke bodoh sangat Datuk Jamal Pengerusi BERSIH 4.0 nak jadikan Lamborghini sebagai hadiah cabutan bertuah bagi yang ‘Like’ Facebook BERSIH 4.0 tu?”

Mungkin ramai yang berkata “ Apa ke bodoh sangat Datuk Jamal Pengerusi BERSIH 4.0 nak jadikan Lamborghini sebagai hadiah cabutan bertuah bagi yang ‘Like’ Facebook BERSIH 4.0 tu?”

 

Sekali lalu tindakannya itu memang kelihatan bodoh kerana sebelum ini beliau telah mendakwa mengalami kerugian akibat Himpunan BERSIH 3.0 yang lalu.

Tetapi ramai yang tidak mengetahui, meskipun Tun Mahathir telah mengatakan hanya orang-orang bodoh yang kini bersama UMNO, yang memimpin ahli-ahli UMNO itu tidaklah sebegitu bodoh sebenarnya.

Perlu kita akui dalam beberapa hal, pemimpin UMNO ini sangat bijak terutama sekali menipu dan memperbodohkan ahli-ahlinya dan juga rakyat Malaysia.
Mereka bijak dalam hal membina kekayaan dengan memperbodohkan penyokong-penyokong dan juga ahli UMNO sendiri.

Berbalik kepada Datuk Jamal, adakah beliau begitu bodoh untuk menjadikan sebuah Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta itu sebagai hadiah utama cabutan bertuah begitu saja tanpa mengharapkan pulangan?

Meskipun beliau berulangkali menegaskan itu adalah sebagai menghargai kepada yang memberikan sokongan kepada gerakan BERSIH 4.0.. persoalannya di sini kenapa perlu berbelanja di Restoran Sekinchan Ikan Bakar miliknya untuk menyertai cabutan bertuah itu?

Kenapa tidak diberikannya begitu saja BMW530 kepada yang menjadi sahabat ke 150,000 dan Lamborghini Gallardo tersebut kepada sahabat yang ke 1,000,000?
Sila baca syarat-syarat yang dikenakannya ini..
Meskipun potongan harga sebanyak 30% iaitu RM15 akan diberikan dari setiap pembelian yang bernilai RM50 di mana-mana cawangan Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) bayangkan jumlah yang Datuk Jamal ini akan kutip dari 150,000 orang yang menjadi sahabat kepada “Fanpage – BERSIH 4.0 Cintakan Keamanan” itu..

150,000 orang didarabkan dengan RM35 = RM5,250,000

RM5.25 Juta itu adalah anggaran untung kasar..

Oleh kerana banyak pihak mengatakan harga ikan bakar di Restoran Sekinchan Ikan Bakar itu mahal gila, kita anggap beliau memperolehi 40% keuntungan dari setiap jualan.

40% dari RM5.25 Juta ialah RM2.1 Juta..

Dengan meletakkan sebuah BMW 530 model 2005 yang bernilai RM225,000, beliau bakal mengaut keuntungan mencecah RM1.9 Juta..

Itu keuntungan yang dikaut beliau andaikata 150,000 berjaya dijadikan mangsa pembodohannya, bagaimana pula jika beliau Berjaya mendapatkan 1,000,000 mangsa.

1,000,000 mangsa yang tertarik dengan Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta yang ditawarkan sebagai hadiah utama cabutan bertuah.
1,000,000 orang didarabkan dengan RM35 = RM35,000,000

Untung kasarnya ialah RM35 Juta sahaja..

40% dari RM35 Juta pula ialah RM14 Juta..

Lebihkurang RM14 Juta bakal dikaut beliau sebelum akhir bulan jun 2012, jika 1,000,000 orang berjaya diperbodohkannya..

Lamborghini Aventador LP 700-4
Dengan RM14 Juta itu beliau mampu memiliki 7 buah Lamborghini model 2012 iaitu Aventador LP 700-4 yang berharga sekitar RM2 Juta sebuah.
Adakah Datuk Jamal bodoh?

Beliau tidak bodoh… tatapi beliau bijak mempergunakan dan mengambil kesempatan dari orang-orang yang bodoh untuk mengaut keuntungan sebenarnya..

Berikut adalah syarat-syarat yang sudah tidak lagi kelihatan dalam “Fanpage – BERSIH 4.0 Cintakan Keamanan”…
    
Oleh itu… jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO!!

Sumber: DI SINI

jomkitabaca

1 comment:

Anonymous said...

Dia memang penipu besar...dengar cerita habis wang nelayan nelayan kedah yang supply ikan dia tak bayar. dia ingat ikan ikan & nelayan nelayan bapak dia punya. boycott saje restoran dia tu...!!!