Sunday, May 6, 2012

MAI BACA!!!! Konspirasi Utusan terhadap Arab Saudi, jemaah haji Malaysia dan BERSIH 3.0 terbongkar




Utusan Malaysia.

Ramai orang tak kenal akhbar neh. Kalau ko sebut utusan umno, cacing dalam tanah pun akan keluar dan bercakap oooo paper tue.. aku kenal. Selalu masuk dalam tanah kediaman aku neh hah. Sampai aku sendiri dah rasa bosan pasal bersepah orang buang paper tue. 

Begitulah reaksi cacing yang aku interview.  Tamat. Sebab respon cacing mengenai utusan semakin mencabar telinga orang2 umno. Sangat sukar untuk aku lepaskan di blog walaupun tak pernah aku buat apa2 tapisan selama neh. 

KAH KAH KAH

Utusan bagitau kepada pembeli utusan bahawa arab saudi sedang menyiasat mereka2 yang terlibat dalam bersih. Utusan bagitau dengan begitu beria2. Utusan bagitau seolah2 benda tue terbukti, pasti dan sahih. 

Utusan siap menamakan lagi blog yang memecahkan berita tersebut. Tapi utusan sangat rugi. Sebab apa? Sebab utusan terlupa blog amenoworld adalah blog yang paling mahir mendedahkan skandal. Bukan blog sel13. Utusan dah tersilap besar disitu.

Mari kita lihat pendedahan utusan. Rujuk keratan akhbar di atas. Lepas tue mari kita lihat sumber rujukan utusan. Rujuk blog sel13 disini.

Selepas itu marilah kita bertanyakan kepada utusan beberapa persoalan yang penting. Ini kerana utusan berperanan menyebarkan ia dalam media arus perdana yang mana rata2 rakyat di malaysia menganggap bahawa ;

Suratkhabar laporkan sesuatu = apa yang dilaporkan adalah fakta dan wajib dipercayai. 

Rakyat malaysia kebanyakkan tidak berfikir sebegini ;

Suratkhabar laporkan sesuatu = apa yang dilaporkan itu boleh jadi fakta, boleh jadi persepsi, boleh jadi andaian, boleh jadi salah faham, boleh jadi fitnah dan etc2..

1. Siapa ada bukti bahawa laporan arab saudi memantau jemaah haji dari malaysia? = Tiada.

2. Siapa ada tunjukkan rujukan daripada perisikan arab saudi bahawa mereka sedang memburu penyokong bersih ? = Tiada.

3. Siapa ada bukti bahawa arab saudi bercadang sukarkan perjalanan jemaah haji dari malaysia? Sekurang2nya laporan akhbar dari kerajaan arab saudi. = Tiada. 

4. Siapa ada bukti bahawa arab saudi sedang mencari pemimpin pembangkang perihal bersih? = Tiada. 

Jadi apa yang utusan ada? Dia cuma ada sel13. Jadi apa yang sel13 ada? Sel13 ada penulisan sahaja. Ada bukti? *Takde. Ada keterangan yang boleh menyokong kenyataan dia? *Takde. Ada kenyataan akhbar arab saudi? *Takde. Ada kenyataan dari sumber risikan arab saudi? *Takde. Ada kenyataan dari pemimpin arab saudi mengenai hal tersebut? *Takde.[* sehingga hal neh ditulis] Ya, apa pun takde. Di ulangi sekali lagi, apa pun takde. Takde.

TAKDE? Ya, takde. Takde? Jadi macam mana utusan boleh terbitkan satu artikel yang tiada asas? Syuiisssssh... tengok kiri kanan. Dah tengok? Ada utusan kat kiri kanan? Ada? Kalau ada direct tanya dia, kalau takde meh baca analisis dan persepsi aku.

Kesimpulan bagi aku sangat mudah. Apa yang ingin dihasilkan melalui penerbitan artikel tersebut ialah ;

1. Menimbulkan suasana kelam kabut = menakut2kan orang tak kira jemaah haji ataupun penyokong2 bersih di mekah dan madinah.

2. Mengaitkan dengan kedutaan apa seme adalah sebagai soft warning kepada penyokong2 bersih mekah dan madinah bahawa anda sedang diperhatikan. Tajaan anda dalam ancaman.

3. Menyebut2 nama penguatkuasa arab saudi apa seme adalah sebagai jalan untuk mengecam / mengugut penyokong2 bersih bahawa apa yang anda buat, saya tahu dan anda akan mendapat balasannya sebab bila2 masa saya boleh call penguatkuasa arab saudi dan anda bakal kena.

Sememangnya sejak dari awal lagi memang tiada apa2 siasatan pun yang dibuka oleh arab saudi. Arab saudi apa jek dengan bersih neh? Apa jek nak kesah? Dorang apa pun tak kesah dan tak heran. Booooo.. banyak lagi benda aku nak fikir kata arab saudi. 

Tetapi kerajaan umno kesah dan amek peduli. Jadi untuk mengajar mereka2 yang menyokong bersih neh maka sesuatu perlu dilakukan. Nak direct terus sound mungkin sukar disebabkan situasinya tak sama macam di mesir. Jadi ikut jalan belit2 asalkan matlamatnya sampai. Semua kaedah neh ada dalam kepala hotak aku. Ia bukan sukar untuk mengenalpasti lawan yang hanya tahu dengki tak tentu pasal. Memang, bukan sukar.

Ameno : Penguatkuasa arab saudi boleh tuntut komisen sebab nama anda digunakan untuk menjayakan filem..

2 comments:

danieyl said...

pelik la. bila utusan bg berita korang ckp tak ada bukti. tp bila akhbar dan blog korang siar berita ada bukti. pokok tak akan bergoyang dgn sendirinya. semua ada yg goyangkan. jadi semua berita betul. tak betulnya fitnah. harap korang semua tak minat daging manusia sbb tu yg akan korang makan nanti kalau buat fitnah

Anonymous said...

tokoh mane yang cakap kat ko semua berita betul? yang betul dan sahih alquran dan sunnah je, berita tu xlari dari betul dan salah dan ragu2. memang betul pokok xkan bergoyang dengan sendirinya, tapi msalahnya ade segelintir manusia yang sangat suka goyang pokok saje2.. nak cari pasall bukn sebab nak amik buah atau ape ke, sajaa nk rosakkan pokok.. dan sememangnya pada hakikat akal manusia.. klu bende xde bukti konfem org akan ragu2 dan xmustahil bende tu adalah penipuan atau fitnah.