Samseng Taik Minyak ini jelas terbukti bertindak ganas melanggar undang-undang. Sampai sekarang bebas tidak didakwa. Malah semakin berani menganas. Mana polis Malaysia?
Menjejaki langkah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang semakin hampir, suasana politik dalam negara ini juga semakin panas. Sejak awal tahun ini, bertambahnya insiden ganas dan provokasi khususnya ketika pihak oposisi atau badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan aktiviti di seluruh pelosok negara, memberikan gambaran bahawa tahun 2012 yang bakal membentuk Malaysia ala- zaman perubahan sedang berdepan dengan tentangan hebat pihak berkepentingan.
Sikap ketidakacuhan daripada pemimpin kerajaan dan pihak polis
seolah-olah menggalakkan budaya samseng dalam arena politik negara dan
dalam masyarakat tempatan. Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus membisu
di samping membenarkan kejadian seperti ini terus berlaku. Apakah ini
satu petunjuk siapa dalang di belakang kejadian-kejadian ganas tersebut
kerana sehingga kini, tiada sesiapa telah didakwa di mahkamah atas
kejadian seumpama?
Jadual 1 menunjukkan bahawa pencerobohan atau perbuatan provokasi
yang bersifat ganas berlaku setiap bulan sejak awal tahun; kini telah
menjadi satu trend samseng sengaja menimbulkan suasana kecoh ketika
Pakatan Rakyat (Pakatan) atau NGO mengadakan ceramah atau aktiviti.
Tujuan pencerobohan atau provokasi bukan sahaja untuk mencetuskan
huru-hara, tetapi juga menyebabkan penderitaan psikologi kepada para
hadirin yang menjadi mangsa kepada keganasan samseng-samseng tersebut.
Kini sikap kerajaan BN membenarkan kewujudan keganasan samseng
menimbulkan persoalan, apakah semua ini untuk mempertahankan rejim
pemerintah yang sedang berdepan dengan krisis kelangsungan hayat?
Jadual 1: Kronologi Insiden Keganasan (Jan 2012-Mei 2012)
Tarikh
|
Acara/Tempat
|
Insiden
|
25 Mei |
Lembah Pantai |
v Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah melaporkan beberapa biji telur dilempar di tangga pejabatnya. |
24 Mei |
Ceramah Pakatan/ Lembah Pantai |
v Beberapa individu membaling batu, telur dan botol air ke arah
para hadirin mengakibatkan seorang penonton ceramah cedera selepas
terkena batu yang dilemparkan dari arah yang tidak diketahui dan
seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis turut terkena
lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan. |
24 Mei |
Ceramah Pakatan/ Kuala Kangsar |
v Terdapat 11 kereta disimbah cat biru semasa majlis ceramah
dilangsungkan, termasuk kereta Bekas Menteri Besar Perak yang
digulingkan dari kuasanya, Nizar Jamaluddin. Cat itu kebanyakannya
disimbah di bahagian lampu depan. |
24 Mei |
Ceramah Pakatan/ Bangi |
v Sekira-kira 30 orang melakukan provokasi termasuk membaling
batu dan melontar kata-kata kesat ketika Mat Sabu memberi ceramah di
pentas.[1] |
20 Mei |
Minum Petang bersama Amiga/ Merlimau, Melaka |
v Dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menjadi mangsa
apabila acara minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S
Ambiga. Salah satu daripada tayar kenderaan ADUN Bandar Hilir Tey Kok
Kiew dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihentam
kumpulan itu. |
11 Mei |
Pulau Pinang |
v Kira-kira 30 anggota kumpulan pendesak Melayu PERKASA
melangsungkan "upacara pengebumian" di depan rumah Ketua Menteri Lim
Guan Eng di Pulau Pinang bagi menyatakan perasan tidak puas hati
terhadap pentadbirannnya sejak 2008. |
6 Mei |
Pahang |
v Ibu Pejabat Keadilan Pahang diceroboh. Pengerusi Majlis
Pimpinannya, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata bahawa pecereboh itu
bukan berniat mencuri tapi fail, komputer habis dimusnahkan.[2] |
2 Mei |
Hantar memorandum pada Perdana Menteri/ Putrajaya |
v Tiga orang ahli Keadilan iaitu K. Gunasekaran, S. Murali dan
Gobalakrishnan telah tercedera akibat serangan yang didakwa diketuai
oleh Ketua Pemuda MIC, T. Mohan semasa mereka melawat Pejabat Perdana
Menteri, Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri
berkenaan isu kad pengenalan bangsa India di Malaysia.[3] |
19 April |
Demonstrasi Mansuhkan PTPTN/ Dataran Mederka |
v Sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap
apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira
jam 2.30 pagi. Mereka berpakaian serba hitam, samseng itu turut
meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong
perkhemahan di samping mensasari terhadap mereka yang membawa kamera
dan alat perakam video. |
3 April |
Pertikaian rumah pangsa Kampung kerinchi/ Lembah Pantai |
v Protes aman melibatkan seramai 433 bekas penduduk rumah pangsa
Kampung Kerinchi, bertukar kecoh apabila sebahagian penduduk enggan
mengosongkan rumah mereka. Kekecohan ini juga menyaksikan pelajar
kontroversi Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Adam Adli
ditumbuk. |
26 Mac |
Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor/ Stadium Kuala Selangor |
v Seramai kira-kira 20 samseng bermotor berkumpul di pagar
stadium dan melakukan provokasi kepada hadirin, termasuk membaling
objek seperti batu dan botol air ke dalam stadium.[4] |
26 Febuari |
Ceramah Pakatan/ Felda Lepar Hilir, Gambang, Pahang |
v Seorang samseng Umno mengacu penumbuk, beberapa inci sahaja
dari wajah Nurul Izzah, sebelum sempat dihalang penyokong Pakatan.[5] |
26 Febuari |
Perhimpunan Hijau, Pulau Pinang |
v Sekumpulan samseng Umno menaiki pentas acara Himpunan Hijau di
Pulau Pinang dan menghambur kata-kata kesat terhadap Ketua Menteri,
Lim Guan Eng. Pecerobon tersebut mengakibatkan seorang wartawan dan
seorang jurugambar sebuah akhbar bahasa Cina cedera dipukul dengan
topi keledar. |
19 Febuari |
Ceramah Pakatan/ Sembrong, Johor |
v Lebih 100 orang, kebanyakannya remaja belasan tahun, telah
melakukan gangguan di sebuah program ceramah DSAI. Mereka turut
melempar mercun, telur, botol dan kayu di samping melontar kata-kata
kesat ketika DSAI berucap. v Di samping itu, sekumpulan samseng yang membawa bendera Umno dan BN itu turut memecahkan cermin kereta DSAI dan bertindak ganas menendang bahagian keretanya sehingga kemek. |
13 Febuari |
Ceramah Pakatan / Alor Gajah |
v Sekira-kira 20 hingga 30 samseng bermotosikal serta puluhan
lagi kereta bagi mengganggu ceramah tersebut. Malah, sejurus sebelum
ceramah bermula, mereka telah menampar seorang lelaki ahli Keadilan
yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah. |
12 Febuari |
Kebebasan Akademik/ Klang |
v Satu ceramah mengenai kebebasan akademik terpaksa dibatalkan
selepas sekumpulan remaja mengganggu majlis itu dan mengepung lokasi
sebelum ceramah bermula. |
21 Jan |
Ceramah ABU/ Shah Alam |
v Penyokong Umno dipercayai bertindak ganas apabila menyerang
orang ramai pada satu aktiviti ceramah ABU (Asal Bukan Umno)-Hindraf,
mereka menggunakan kerusi dan juga menggunakan kayu bendera sebagai
senjata memukul orang India yang berada di dalam serta di luar dewan.
Insiden ini mengakibatkan seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan
cedera parah apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital
Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan. |
Pada perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu, rakyat Malaysia dikejutkan
dengan perlakuan ganas sesetengah pegawai polis yang bertugas.
Sesetengah wartawan tidak terlepas daripada menjadi mangsa keganasan
sesetengah pegawai polis yang bukan sahaja, merampas dan menghancurkan
kamera wartawan, tetapi juga membelasah mereka.
Pada tahun 2009, Perdana Menteri melancarkan konsep 1Malaysia di mana
antara konsepnya adalah menghargai dan menghormati prinsip-prinsip
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta menjadi asas kepada
prinsip keadilan untuk semua kaum.[6] Menerusi konsep 1Malaysia, nilai
murni didokongi oleh nilai hormat-menghormati antara semua kaum. Pada 16
April 2012[7], Perdana Menteri juga mengumumkan transformasi negara
melalui inisiatif Transformasi Politk Negara (PTP) yang melibatkan
pembatalan 3 Proklamasi Darurat, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam
Negeri, Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri, Penggubalan Akta
Perhimpunan Aman termasuklah pemindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan,
dan akhirnya pemindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti. Akan
tetapi, transformasi yang didambakan oleh kerajaan BN di bawah naungan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanyalah berbaur retorik
berikutan peristiwa-peristiwa semasa.
Transformasi Hak Asasi, Angan-angan Siang?
Transformasi yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri bersifatkan
retorik apabila diingatkan semula kepada insiden keganasan polis
terhadap bukan sahaja peserta perhimpunan aman Bersih 3.0, malah kepada
para wartawan yang meliputi perhimpunan tersebut. Kerajaan BN dilihat
menghalalkan perlakuan melampau sekelompok polis semasa menjalankan
tugas.
Polis pula pasca perhimpunan Bersih 3.0 telah mengeluarkan
gambar-gambar para peserta yang dipercayai bertindak ganas seperti
memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika
berlangsungnya perhimpunan tersebut.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menafikan bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan yang meliputi perhimpunan Bersih 3.0 sebagai sebahagian daripada garis panduan operasi polis (SOP). Ironinya, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyatakan sebaliknya.[8]
Ini telah menanam perasaan tidak puas hati dan marah di kalangan
rakyat yang merasai Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara tidak
berada dalam muka surat yang sama mengenai apa itu SOP polis menangani
perhimpunan aman. Lantas, ketidakpercayaan terletak pada polis untuk
menjalankan tugas mereka sebagai penjaga keamanan dalam negara.
Pelepasan tembakan ke arah peserta perhimpunan Bersih 3.0 merupakan
kesalahan polis kerana ini mengakibatkan tindak balas rantai yang
memburukkan lagi keadaan sewaktu perhimpunan Bersih 3.0. Sementara itu,
apakah Menteri Dalam Negeri dengan mengeluarkan kenyataan yang
bertentangan, cuba menghalalkan budaya keganasan selagi rejim UMNO dapat
dipertahan?
Walaupun dengan kemajuan sosio-ekonomi yang dinikmati oleh negara
bertahun lamanya, semua itu hanyalah sebuah retorik apabila demokrasi
rakyat dilanyak oleh kerajaan yang rakus dalam memegang kuasa yang
dinikmatinya melebihi setengah abad lamanya. Pemodenan bukan sahaja dari
segi pembangunan ekonomi dan industrialisasi, ia seiringinan dengan
kebebasan rakyat menikmati hak-hak sebagai rakyat negara ini. Fahamkah
pemimpin UMNO erti sebenar pembangunan dan pemodenan?
Penghalalan Kekejaman Polis di bawah Akta Perhimpunan Aman
Peruntukan seperti Seksyen 20 Akta Perhimpunan Aman memberikan kuasa
budi bicara terlampau kepada polis untuk menangani perhimpunan aman,
terutamanya perhimpunan Bersih 3.0, di mana, kelakuan melampau
sesetengah pegawai polis dihalalkan oleh seksyen ini. Lantas,
peruntukan seperti Seksyen 20 tidak mencerminkan masyarakat bertamadun
mahupun masyarakat yang berwawasan 2020 ataupun bercirikan semangat
1Malaysia. Mengapa Perdana Menteri 1Malaysia terus membisu dalam hal
ini?
Akibat keganasan polis yang tidak mengenali bangsa, agama, umur dan
jantina, 113 orang menerima rawatan hospital di Hospital Kuala Lumpur.
Mereka terdiri daripada 40 orang lelaki dan 25 orang wanita. Seorang
daripadanya terpaksa menjalani pembedahan akibat kecederaan yang dialami
oleh polis.[9] Di antara yang tercedera termasuklah wartawan. Lantas,
mencemari lagi nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan sahaja dalam
negara, malah di luar negara juga.
Kesan kekejaman sesetengah pegawai polis ke atas rakyat Malaysia yang
tidak berdosa hanya menambah minyak ke dalam api yang sedang membara.
Rakyat kini tidak dapat meletakkan kepercayaan kepada institusi polis
untuk mengekalkan keamanan dalam negara selagi rejim yang menghalalkan
budaya keganasan terus berkuasa. Malah, insititusi polis kini dilihat
sebagai hamba kerakusan kerajaan BN. Rakyat menghormati institusi polis
yang profesional dan cintakan rakyat, bukan institusi yang dihambakan
oleh rejim yang sedang kehilangan kuasa akibat kekejamannya menekan
rakyat.
Transformasi atau slogan 1Malaysia yang begitu didahagakan oleh
rakyat bukanlah hanya sebuah retorik. Akan tetapi, kehendak rakyat tidak
perlu kekal sebagai retorik. Perubahan rejim dapat menangani masalah
integriti dan kepercayaan rakyat kepada polis semula, antara cabarannya
adalah untuk mereformasikan institusi-institusi penting negara seperti
SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan
kepada sistem pentadbiran kerajaan.
Sebuah kajian oleh Transparency International bagi tahun 2012
menerbitkan sebuah laporan di mana di antara semua institusi di
Malaysia, institusi polis merupakan di antara institusi negara yang
paling tidak bersih. (sila lihat Jadual 2)
Jadual 2: Pendapat Orang Awam mengenai Institusi Dalam Negara Terkotor[10]
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar, polis
tidak akan mngambil tindakan terhadap para peniaga yang membuka gerai
menjual burger di hadapan rumah Datuk Ambiga Sreenevasan kerana menurut
beliau, tindakan peniaga-peniaga tersebut bukan suatu tindakan
pencerobohan privasi Ambiga. Beliau bersambung bahawa pembukaan gerai
tersebut dilakukan di kawasan orang awam lantas tidak mengganggu privasi
Ambiga.[11]
Sikap pihak atasan polis bertindak prejudis terhadap Ambiga
mencerminkan bahawa institusi polis berada dalam poket kerajaan BN yang
sering menyalahkan Ambiga ke atas perhimpunan Bersih 3.0. Berlakunya
perlakuan ”double standard” apabila polis sehingga kini gigih mencari
dan menghukum peserta perhimpunan Bersih 3.0 tapi pada masa yang sama
gagal menghukum pegawai polis yang berlaku ganas sewaktu perhimpunan
Bersih 3.0 dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap demonstrasi
”punggung” oleh veteran tentera, gangguan-gangguan oleh pihak-pihak
tertentu dan peniaga-peniaga kecil-kecilan yang melakukan pencerobohan
privasi ke atas Ambiga dan keluarga beliau.
Pendeknya, di mana integriti institusi polis apabila mereka yang
terlibat dengan budaya samseng dibiarkan tetapi yang cintakan negara dan
mahukan pembaharuan yang lebik baik dihukum?
Prejudis ”double standard” ini juga berlaku apabila baru-baru ini
pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap para
pengganggu[12] yang bukan sahaja mengakibatkan kacau bilau di sebuah
acara Parti Keadilan Rakyat (KEADLAN) di Lembah Klang yang melibatkan
lontaran bata yang mencederakan dua orang yang hadir di acara KEADILAN
tersebut dan lontaran telur oleh penyokong UMNO.
Pada April 19 yang lalu[13], aktivis mahasiswa yang berkhemah di
Dataran Merdeka telah diserang oleh sekumpulan samseng di mana pihak
polis yang hanya berada beberapa meter dari tempat kejadian bergerak
perlahan sambil melihat keganasan oleh kumpulan samseng ke atas
mahasiswa tersebut. Serangan oleh kumpulan samseng itu menyebabkan
seorang mahasiswa terpaksa dikejarkan ke hospital akibat dibelasah oleh
kumpulan samseng tersebut.
Nyata sekali Perkara 8 Perlembagaaan Persekutuan tidak dihormati oleh
sesetengah pegawai polis dan apakah wujud tangan ghaib di belakang
institusi polis yang membenarkan serangan ke atas kesucian undang-undang
negara ini dan demi memegang kuasa sebagai kuasa politik memerintah
negara ini?
Integriti institusi polis haruslah dipelihara dengan cara bukan
sahaja membasmi gejala rasuah, tetapi dengan memisahkan kuasa politik
dan tugas utama polis; iaitu menjaga keamanan negara dan rakyat negara.
Tugas polis bukan untuk menjaga kepentingan rejim tetapi kepentingan
rakyat dan negara. Demi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada
institusi polis, pembersihan dari virus rasuah adalah perlu untuk
membawa kepada pemisahan campur tangan politik ke dalam institusi polis.
Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berpendapat bahawa
Majlis Peguam ’menghukum’[14] institusi polis kerana membantah
sekeras-kerasnya kekejaman polis sewaktu perhimpunan aman Bersih 3.0; ia
adalah tugas institusi polis untuk menjaga keamanan dan keselamatan
rakyat dan bukannya menyerang rakyat yang berhimpun dengan aman dengan
tujuan yang jujur. Dan untuk menghadapi PRU-13, pihak polis perlu
mengambil tindakan segera terhadap mereka yang terlibat dengan serta
memupuk politik dan budaya samseng.
Tindakan polis berikutan peristiwa-peristiwa semasa menggambarkan
tangan ghaib di belakang institusi polis begitu dambakan kuasa sehingga
melupai dan tidak mengendahkan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang
menyatakan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan
berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
Penghormatan kepada Perkara 8 yang sewajarnya adalah untuk
mengembalikan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap institusi polis
negara. Ia tidak mustahil untuk dilakukan. Ia cuma persoalaan sama ada
institusi polis negara atau PDRM ingin memikul tanggungjawab dan
melakukan apa yang betul untuk mencari dan menghukum sekelompok samseng
yang sering membuat kacau bilau seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1
di atas lantas memberi ketelusan peluang kembali kepada integriti
institusi polis negara.
IPCMC Harapan Transformasi Polis?
Bagi memisahkan kuasa politik daripada institusi polis, kini tiba
masanya dibicarakan semula pembentukan Independent Police Complaints
and Misconduct Commission (IPCMC) pasca perhimpunan Bersih 3.0.
Suruhanjaya ini merupakan suatu keperluan sebelum PRU-13 untuk
mengembalikan kepercayaan institusi polis. IPCMC merupakan suatu badan
yang bebas[15], adil dan tegas menyiasat segala perbuatan yang melanggar
undang-undang oleh pihak polis dan mana-mana agensi yang berkenaan dan
kadangkala, jika merupakan suatu keperluan; memerintahkan hukuman bagi
perbuatan yang melanggar undang-undang ini. Rakyat amat memerlukan suatu
proses diinstitusikan untuk menangani penyelewengan oleh agensi-agensi
pihak berkuasa, khususnya yang melibatkan kuasa politik. Akan tetapi,
sehingga kini, harapan ini masih tidak diendahkan oleh kerajaan BN.
Transformasi yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri kelihatan sebagai
hanya sebuah slogan yang retorik apabila Datuk Seri Tengku Adnan B.
Tengku Mansor, Setiausaha Agong UMNO dalam memberi pendapat mengenai
pembangunan politik di negara jiran, Indonesia mengeluarkan kenyataan
bahawa ’...salah satu masalah dengan Indonesia adalah terdapat kebebasan yang terlalu banyak.’[16]
Ini merupakan suatu fakta yang merisaukan apabila seorang ahli politk
berpendapat terdapatnya terlalu kebebasan dalam sebuah negara apabila ia
sudah dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan hak-hak asasi rakyat
Malaysia seperti kebebasan untuk berhimpun secara aman dan tanpa
bersenjata serta kebebasan bersuara merupakan hak setiap rakyat
Malaysia. Jenis kenyataan ini oleh seseorang yang berpengaruh yang
memberi ruang kepada pihak polis untuk bertindak sebegitu prejudis dan
bersifat politik.
Tangan Ghaib Di Sebalik Institusi Polis?
Apabila kita membicarakan kuasa polis, kita membicarakan SOP polis
dalam menangani situasi berkenaan keamanan dan keselamatan rakyat dan
negara. Ketua Polis Ismail Omar[17] sendiri mengeluarkan kenyataan
bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan yang membuat
liputan perhimpunan Bersih 3.0 bukan sebahagian daripada SOP.
Apabila institusi polis tidak menghormati Perkara 8 Perlembagaan
Persekutuan, tidak memberikan perlindungan yang sama rata kepada semua
rakyat negara tidak kira agama, kaum, dan pemahaman politik, ”mesra,
cekap dan beramanah”, tangan ghaib di belakang tadbir tindakan polis
menjadi persoalan. Ia adalah tangan ghaib yang menghalalkan sekumpulan
samseng membelasah kumpulan mahasiswa yang mendirikan khemah di Dataran
Merdeka. Ia juga merupakan tangan ghaib yang menghalalkan sekelompok
samseng yang sering membuat kacau bilau semasa ceramah.
Bicara kembali ke atas serangan ganas kumpulan samseng ke atas
mahasiswa Occupy Dataran mendatangkan persoalan samada hak-hak asasi
mahasiswa tersebut tidak dilindungi oleh undang-undang apabila pihak
polis mengambil tindakan lambat justeru membenarkan serangan ganas
tersebut. Pihak polis telah menjalankan siasatan efektif dan pantas ke
atas Irene Fernandez berikutan kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak
selamat untuk pekerja asing yang memasuki Malaysia untuk bekerja, akan
tetapi ketiadaan tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang tidak
putus mengganggu acara-acara pihak oposisi dan NGO serta
perhimpunan-perhimpunan aman rakyat mempersoalkan di manakah terletaknya
kuasa melindungi keamanan dan keselamatan rakyat dalam negara.
Permainan politk yang jijik telah melihatkan kuasa polis dipermainkan
oleh Kerajaan BN untuk menghukum rakyat yang menyuarakan
ketidakpuashatian mereka ke atas pentadbiran dan pada masa yang sama
melindungi pihak-pihak yang jelasnya melanggari kesucian perundangan
negara yang sedia ada. Tangan ghaib di sebalik institusi polis telah
mencemari integriti institusi polis apabila Kementerian Dalam Negeri dan
institusi polis tidak berada dalam pemahaman yang sama mengenai
perundangan. Tangan ghaib ini juga yang bertanggungjawab ke atas
kegagalan polis menjaga keselamatan rakyat negara dari budaya samseng
yang menyerap ke dalam permainan politik kotor. Apabila keselamatan
rakyat terancam dan pihak polis mengutamakan gangguan terhadap tokoh
politik pembangkang, nilai integriti institusi polis sudah hilang
maknanya.
Campur tangan politik ke dalam polis sudah lama berlaku dalam negara
untuk memastikan kuasa pemerintah dilindungi. Campur tangan politik dan
polis tidak hanya berlaku dalam negara. Malah, ia sudah lama dilaporkan
perkara yang sama berlaku di luar negara. Akan tetapi, perkara seumpama
tidak sepatutnya dibiarkan berlaku. Dalam sebuah laporan luar negara,
Suruhanjaya Wickersham 1931[18], campur tangan politik dan institusi
polis telah di ringkaskan seperti berikut:
”...tidak syak lagi ini pengaruh politik tidak dapat dielakkan
dalam apa-apa berhubing di mana jumlah wang yang sangat besar yang akan
dibuat oleh kawalan manipulasi pentadbiran, dan di mana naungan dan
melaluinya gangguan atau tidak campur tangan dengan aktiviti yang sangat
menguntungkan boleh dibuat untuk menghasilkan dana yang besar bagi
organisasi politik dan sebagai bermakna kepada kuasa politik. Dalam
penguatkuasaan politik larangan campur tangan tegas dari awal, kedua-dua
dalam pemilihan kakitangan organisasi menguatkuasakan dan dalam
butir-butir operasi.”
Petikan asal berbunyi seperti berikut: -
”...no doubt this influence of politics is inevitable in any
connection where very large sums of money are to be made by manipulation
of administration, and where control of patronage and through it of
interference or noninterference with highly profitable activities may be
made to yield huge funds for political organizations and as means to
political power. In the enforcement of prohibition politics intervened
decisively from the beginning, both in the selection of the personnel of
the enforcing organization and in the details of operation.”
Kenyataan tersebut memberitahu bahawa campur tangan politik dan
institusi polis merupakan perkara semula jadi kerana menurut Aristotle,
”manusia adalah haiwan berpolitik”. Petikan tersebut juga menyatakan
bahawa akibat campur tangan politik ke dalam institusi polis tidak dapat
diselami atau difahami oleh pihak yang memanipulasi institusi polis
demi menjaga kuasa politik mereka kerana pada akhir hari, yang akan
merasai akibatnya adalah rakyat dan negara secara keseluruhan.
Selepas semua telah dikatakan dan dilakukan, manipulasi politik ke
dalam institusi polis sendiri yang bertindak sebagai ancaman kepada
keamanan dan keselamatan rakyat dalam negara. Transformasi Perdana
Menteri melalui slogan 1Malaysia serta penggubalan undang-undang seperti
Akta Perhimpunan Aman 2012 dan pemindaan Atka Mesin Cetak dan
Penerbitan, pembatalan 3 Proklamasi Darurat, pemansuhan Akta Keselamatan
Dalam Negeri dan Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri akhirnya
menjadi transformasi kosong.
Penutup Kata
Campur tangan politik telah meninggalkan institusi polis tidak
berkesan untuk menangani apa-apa ancaman dan menjaga keamanan serta
keselamatan rakyat dalam negara. Institusi polis sudah hilang
kredibiliti mereka apabila mereka gagal untuk mengekalkan pendirian
politik neutral dan tidak berpolitik. Bagi mengembalikan kredibiliti
mereka sebagai institusi polis negara, maka perlu adanya pemisahan kuasa
yang nyata dari campur tangan politik dan polis. Perkara ini tidak
boleh dirundingkan kerana pengabaian pelanggaran hak asasi rakyat oleh
institusi polis menghala ke suatu keadan yang kritikal di mana rakyat
sudah tidak boleh ditipu dan kebenaran sudah tidak boleh dimanipulasikan
sejak adanya perkhidmatan internet yang bebas dan media alternatif.
Perbincangan atas mengutarakan langkah-langkah polis untuk menebus
profesionalisme polis dan PDRM mempunyai tanggungjawab menghormati
kehendak rakyat. Tidak mengendahkan kehendak rakyat hanya merugikan PDRM
kerana pasca pilihanraya umum, rakyat mempunyai kuasa untuk menukar
mana-mana pihak atasan PDRM yang bersekongkol dengan kuasa politik yang
korup kerana ia sudah dilupai oleh PDRM, PDRM merupakan penjawat awam
yang berkhidmat untuk rakyat dan bukannya mana-mana pihak politik.
Kalau tidak wujud tangan ghaib, pihak polis sewajarnya mengambil
tindakan segera berhubung insiden keganasan politik bersifatkan budaya
samseng. Maka penghormatan diberikan kepada institusi polis yang
berpegang teguh kepada integriti, profesionalisme dan pengasingan kuasa
polis dengan kuasa politik. Polis cintakan rakyat. Rakyat sanjung polis.
**
Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU – Political Studies for Change,政改研究所)
merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal. KPRU ditubuhkan
pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat
Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.
KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik
dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada
masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai
pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan
wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan
datang.
KPRU merupakan institusi pertama yang melibatkan diri dalam kajian
parlimen dan menyokong reformasi parlimen. KPRU mengutamakan isu
belanjawan tahunan negara, rancangan jangka panjang, demokrasi parlimen
dan lain-lain. Untuk mencapai matlamat tersebut, KPRU bekerjasama secara
rapat dengan agensi kerajaan, parti politik, pertubuhan antarabangsa
dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan khidmat nasihat
strategik, program pengunjungan spesifik dan menghasilkan dasar yang
berasaskan fakta.
6 comments:
drp senarai tu nampaknya dia xberani nk mengganas di negeri majoriti Melayu....krn dia tahu kawasan majoriti Melayu pyokong PR lebih ramai & lebih cerdik...silap haribulan masuk hospital free...
muka macam buntut lembu..tak dak cahaya pun...
pois pun kan nya berani pun...harap teluq ja besar ,,batang kecik...
lagi2 gambar sitolol tu dah tak ada gambar org lain lagi ke?
polis telah diKASIkan oleh umno, dah jadi pengecut dan dayus
Yg ni samsing Sharif Dol.
dia ni layak digelar Abu Jahal nanti akan berjumpa dgn Omar Al-Khattab suatu hari nanti....insyaALLAH masa tu dia akan tahu langit itu sebenarnya tinggi....
pihak berkuasa mungkin tidak ada telor untuk mengambil tindakan terhadap samseng UMNO
Post a Comment