TUMPAT: Belum
pun sampai sebulan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan
RM500,000 bagi membantu lima pusat pengajian pondok di sini, Pondok
Berangan yang turut disenaraikan menolak tawaran itu.
Perkembangan
itu memalukan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang mana sebelum ini
mengharap dapat mempengaruhi institusi pondok bagi mendapat sokongan
percuma.
Anggota
parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, beliau menghormati
pendirian tegas pengurusan Pondok Berangan menolak tawaran yang lebih
bersifat politik.
Katanya,
pendirian tersebut perlu dihormati kerana mereka ada maruah yang perlu
dipertahankan dan bukannya mudah diperalat bagi kepentingan politik
pihak tertentu.
“Semua
orang tahu pemberian sumbangan itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri
ketika menjelang pilihan raya umum ke-13 dan tentunya mereka mengharap
ada balasannya,” kata beliau di sini.
Sebuah
akhbar tempatan hari ini melaporkan pengurusan Pondok Berangan,
Muhammad Ali menolak sumbangan kerajaan pusat kerana pondok berkenaan
tidak pernah menerima bantuan pusat sejak diwujudkan 70 tahun lampau.
Lagi pun katanya, sumbangan yang dijanjikan itu belum diterima pihaknya.
Pada
25 April lalu Muhyiddin ketika lawatan ke Tumpat mengumumkan peruntukan
RM500,000 bagi membantu lima pusat pengajian pondok termasuk Pondok
Berangan, Pondok Bunut Susu, Pondok Jal Besar, Pondok Pulau Ular dan
Pendok Geting.
Pengumanan itu dibuat di Pondok Geting di Pengkalan Kubur yang diasas Abdullah Saamah, kini menjadi tenaga penceramah Umno.
Kamaruddin
berkata, hanya pondok yang tidak ada pengaruh dalam masyarakat seperti
Pondok Geting menerima sumbangan disampaikan pemimpin Umno.
Oleh
itu katanya sebahagian besar institusi pondok di Kelantan menjadi
benteng mempertahankan Islam dan tetap utuh sehingga sekarang. [Harakah]
No comments:
Post a Comment