PULAU PINANG:
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman mencabar
Ketua Pehubungan Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman menyenaraikan 50
buah kampung Melayu yang bakal diusir oleh mahkamah dalam masa
terdekat.
Jika ada, beliau dikehendaki mengemukakan dengan bukti kukuh bukan
dakwaan kosong sebagaimana kenyataannya dalam akhbar The Sun pada 22 Mei
lalu.
Justeru, cadangan Umno agar Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau
Pinang menambah rumah kos rendah bagi mengatasi penduduk yang terlibat
dengan projek pembangunan dilihat sesuatu yang dangkal.
Ini kerana selama ini mereka berhujah supaya kerajaan negeri mengekalkan perkampungan Melayu sedia ada.
"Bagikan saya senarai 50 buah kampung yang bakal diusir oleh
mahkamah. Saya nak tengok dengan bukti sekali sebab setahu kami tiada
pun kejadian itu berlaku melainkan cadangan kerajaan negeri mahu
menaikkan taraf perkampungan Melayu sedia ada dengan lebih proaktif
berdasarkan kepada rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020," tegas
Mansor ketika dihubungi.
Antara kampung terbabit ialah Kampung Seronok, Kampung Sungai Rusa,
Kampung Titi Teras, Kampung Pondok Upeh, Kampung Permatang Tepi Laut,
Kampung Genting dan Kampung Terang di bahagian Balik Pulau.
Di bahagian Seberang Perai pula membabitkan Kampung Ceruk To' Kun,
Kampung Machang Bubuk, Kampung Ara Kuda, Kampung Sungai Acheh, Kampung
Kota Aur dan Kampung Mengkuang Titi.
Ujarnya lagi, kerajaan negeri senantiasa memantau jika ada tanah yang
terlibat dengan syarikat untuk dibangunkan sepertimana yang telah
berjaya diatasi seperti di Kampung Perlis 10 Kongsi, Bayan Lepas di mana
84 orang berbagai bangsa tidak mendapat geran dari 1987 yang diatasi
pada 2011.
Selain itu ialah Kampung Cross Street, Bukit Mertajam, perobohan 12
buah rumah di Kampung Sungai Nibung Besar, 22 buah rumah diatas tanah
milik KL Metro Development Teluk Kumbar Balik Pulau, Perumahan PPR
Sungai Chenaan Seberang Perai Selatan, Kampung Melayu Tanjung Tok Kong
Fasa 4A, Kampung Binjai Bayan Lepas, 13 keluarga bangsa Cina di Kuala
Jalan Baru Balik Pulau dan Kampung Bagan Serai Seberang Jaya.
"Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat buat perancangan begitu berhemah dan baik demi rakyat yang tercinta.
“Kami tidak sekali-kali menginaya penduduk sepertimana yang
digemburkan oleh Umno dan BN yang terdesak," katanya yang juga Ahli
Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti.
2 comments:
NAIK TARAF TU BERMAKSUD DIRIKAN KONDO BERHARGA 388 RIBU. ORANG MELAYU DITAWARKAN RUMAH DI KULIM DAN SUNGAI PETANI. 300 RINGGIT DAH BOLEH DUDUK, BAYAR JER BULAN BULAN...
HE! HE! HE! HANGPA TIPU ORG LAINLAH..
Tapi yang pasti cina Gerakan dengan UMNO tongong di Pulau Pinanglah punca Melayu berpindah ke seberang. Aku taulah sangatlah wahai tongong-tongong semua, sebab bapa aku orang Pulau Pinang, dia start beli rumah di seberang sejak 1970an lagi sebab masa tu harga rumah sudah mula mahal di Pulau Pinang.
So mana UMNO masa zaman tu yang memperjuangkan agar harga rumah mampu dimiliki oleh orang Melayu di Pulau Pinang? Paling kuat UMNO mengkayakan pemimpin dia.
Post a Comment