KUALA LUMPUR, 14 Mei — Majlis Peguan menafikan tuduhan menteri Kabinet
yang mengatakan mereka bersifat prejudis dan perlu dibubarkan,
sebaliknya menegaskan badan tersebut bersuara atas hak perundangan dan
hak asasi manusia.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein menuduh Majlis Peguam “merosakkan
kredibiliti dan integriti badan berkenaan” apabila mengadakan Mesyuarat
Agung Tergempar (EGM) secara tertutup Jumaat lalu yang mana mengutuk
tindakan polis menggunakan kekerasan sewaktu menyuraikan perusuh ketika
perhimpunan Bersih 28 April lalu.
Datuk Seri Nazri Aziz pula berkata badan guaman tersebut “perlu
dibubarkan kerana membawa keburukan kepada profession guaman” dan
mencetuskan sebuah akademi di sisi undang-undang untuk semua graduan
undang-undang selepas Peguam Malaysia juga memutuskan untuk menuntut
permohonan maaf daripada Menteri Dalam Negeri dan ketua polis.
Namun Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee (gambar) berkata kepada
The Malaysian Insider semalam, badan berkenaan “tidak boleh dibubarkan”
di bawah Akta Profession Guaman “namun ahlinya boleh membuat usul tidak
percaya terhadap ahli Majlis, yang mana pernah berlaku sebelum ini
namun ditolak.”
Belia mempertahankan hak badan berkenaan untuk mengadakan EGM dan
menegaskan peguam perlu bersuara “menentang sebarang keganasan terhadap
hak asasi manusia dan melanggar undang-undang.”
“Saksi Krisis Perundangan 1998, resolusi pada 1998 menentang kekejaman
polis sewaktu reformasi, berarak untuk keadilan, dan sebagainya,”
katanya dalam satu kenyataan emel.
Lim berkata, menteri seharusnya membaca laporan Majlis Peguan sebelum
mereka melihat ianya berdasarkan “pemerhatian kumpulan pemerhati
sekurang-kurangnya 80 ahli Majlis Peguam.”
“Ia mengakui pemantauan pihak polis yang baik dan memudahkan perhimpunan
aman di Johor Baru, Kuantan, Melaka dan Ipoh, dan pemerhatian tidak
keganasan dan biadap sesetengah peserta.
“Apa yang lebih penting, adakah pemerhatian pihak keganasan polis
(sekurang-kurangnya tiga ahli Majlis Peguam menjadi mangsa) ...
penggunaan gas pemedih mata dan meriam air secara berleluasa (tanpa
amaran atau keperluan dan laluan keluar). Pihak polis tidak belajar
dari kesilapan masa lalu,” katanya.
Beliau menambah, dua cadangan pada 1996 dan 2002 untuk meminda akta itu
bagi “menghadkan kebebasan Peguam dan Majlis Peguam melalui penubuhan
Akademi Undang-undang” telah ditentang oleh resolusi Majlis Peguam
Malaysia. “
Menteri berkenaan hal ehwal undang-undang kemudiannya
setuju dengan kedudukan majlis tersebut, dan kami tidak melihat
keperluan ianya untuk diubah,” katanya.
Lim menambah, peguam perlu bebas untuk membentuk persatuan mereka sama
seperti Persatuan Peguam Muslim Malaysia dan Kesatuan Peguam Katholik,
namun “ hanya Majlis Peguam dikuatkuasakan di bawah akta untuk
menentukan, menetapkan piawaian, mengawal selia dan mengeluarkan sijil
pengesahan.”
Beliau turut menegaskan “laporan akhir dan resolusi bukan dari Majlis
Peguam, sebaliknya kesatuan. Kami berharap menteri akan memberikan kami
peluang untuk menerangkan kepada mereka, kerana pintu perbincangan
sentiasa terbuka.”
Majlis Peguam meluluskan resolusi Jumaat lalu selepas hanya 16 daripada
1,207 peguam mencadangkan resolusi berkenaan, yang mana mengandungi
hasil dakwaan laporan leganasan polis terhadap polis dan media.
Sejumlah 939 undi direkodkan dalam sokongan terhadap resolusi terbabit. Majlis Peguam mempunyai keahlian sekitar 14,000 ahli.
Perhimpunan 28 April menyaksikan ribuan peserta berkumpul di enam lokasi
berasingan sebelum bergerak menuju ke Dataran Merdeka pada mulanya aman
bertukar ganas apabila Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga
Sreenevasan mengarahkan peserta untuk bersurai.
No comments:
Post a Comment