HULU TERENGGANU
– Naib Presiden PAS Dato’ Mahfuz Omar mendakwa Umno dan Barisan
Nasional (BN) parti ‘bankrap’ kerana ‘kehabisan modal’ dan terpaksa
menghadapi Pakatan Rakyat dengan elemen-elemen diluar parti itu.
Beliau berkata, tidak ada siapa di kalangan menteri kabinet an
majlis tertinggi Umno yang mempertahankan Perdana Menteri Dato’ Seri
Najib Razak menghadapi tuduhan kes Scorpene dan BERSIH kecuali
orang-orang sudah pencen.
“kes pendedahan Scorpene, yang dia
(Najib) minta RM3 bilion (dan) kes BERSIH, tidak ada sesiapa yang
bersama dalam kabinet dia, bersama dalam majlis tertinggi Umno
mempertahankan Dato’ (Seri) Najib,
“yang mempertahankan dia (hanyalah) orang (yang telah) pencen; Tun Dr Mahathir (dan) tiga orang bekas ketua polis,”tegasnya.
Beliau
berkata, mereka yang sedang berkhidmat dengan Najib, yang menjadi
menteri kabinetnya lebih suka kalau Najib segera melepaskan jawatannya.
Mahfuz berkata demikian ketika berucap pada ceramah Pra Bubar yang diadakan di Kuala Berang di sini pada Selasa malam, 8hb Mei.
[Gambar
- Dato' Mahfuz menunjukkan sebahagian daripada 5,000 senarai pengundi
ragu yang baru ditemui yang didaftarkan pada suku pertama tahun ini]
Beliau
yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyifatkan tuduhan Tun Haniff Omar
keatas Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai
satu tuduhan yang melampau.
Beliau berkata kerajaan Umno dan BN kita tidak berupaya menghadapi kebangkitan rakyat.
Menurutnya,
selain mengggunakan ‘orang-orang pencen’ Umno-BN terpaksa menggunakan
Majlis Fatwa Kebangsaan ‘mengharamkan’ BERSIH 3.0 kerana tidak mahu
melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil.
“keadaan kerajaan
(Umno-BN) yang sangat terdesak tidak berkeupayaan untuk berhadapan
dengan kebangkitan rakyat, tuntutan (lapan perkara) kita tidak
diendahkan, yang dicanang kononnya kita nak menggulingkan kerajaan,
“sehingga terpaksa guna Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa haram menyertai demonstrasi (BERSIH 3.0),”jelasnya.
Oleh
itu, katanya, Umno-BN ‘bankrap’ kerana terpaksa menggunakan semua
elemen-elemen di luar Umno dan BN untuk memberi perlindungan dan membela
Najib dan kerajaan pada hari ini.
Justeru beliau yakin, ia
adalah satu gambaran yang menunjukkan, sudah sampai waktunya rakyat
menolak Umno-BN pada pilihanraya umum yang akan datang.
Turut
menyampaikan ucapa pada ceramah tersebut adalah Presiden PAS Dato’ Seri
Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul
Wahid Endut dan Pengerusi DAP Pahang YB Leong Ngah Ngah.
No comments:
Post a Comment