Sunday, May 6, 2012

PANAS!!! Najib mengaku pakai rantai, anggap perkara biasa



Sekarang najib mengaku pakai rantai der. Dasat.. dasat gileeeee wa cakapp lueee..



Terkejut nak mampos tak? Oke.

1. Siapa yang taktau ada najib razak yang fake? Mungkin juga ada yang tahu dan ada yang taktau. Bagi yang taktau, amek2 lah tahu oke. Ini ialah fake account facebook najib. ==> FAKE

2. Ari tue dah sekali. Account fake neh buat lawak. Owhh gelak je lah dia buat lawak. Tapi tak seme orang tahu dia tue FAKE dan tak semua orang faham. Lalu pihak sebelah sana kata kita fitnah depa. Kadang2 aku setuju dengan pandangan dorang. Nak buat lawak pun bertempat lah. Jangan buat lawak langgar lari der. Buat lawak bagi salam dulu. Senang nak prepare apa2 hal.

3. Dan bila orang2 yang tak sedar account neh account FAKE, maka terjadilah penyebaran2 yang mengundang fitnah ke atas najib. Yang bercakap tue orang lain, tapi yang kena maki, kutuk dan hina apa seme najib. Fitnah tidak pernah halal samada ke atas orang kafir atau ke atas orang jahat. Fitnah tetap fitnah, tak kira lah sapa yang ko fitnahkan tue. Fitnah itu berdosa bukan kerana individu tetapi kerana perbuatan fitnah itu sendiri.

Tak percaya korang tengok sini sendiri. Memang ada yang benar2 percaya itu najib razak yang bercakap. Dan sampai satu masa, nanti blog pro umno akan amek isu neh, letupkan dan cakap beginilah cara perjuangan pakatan rakyat.

Akhirnya sesuatu yang ko fikir gurauan, akan memakan diri sendiri semula. Benda2 beginilah nampak remeh tetapi bila terbalik semula ke atas diri sendiri ia membawa impak tertentu. Sedikit sebanyak ia menghakis kepercayaan orang.

Sebab tue ko nampak ada orang yang komen begini;

Owhh seme sama je lah. Aku tengok politik seme sama.

Alahh pr ka bn ka seme kaki super impose dan penipu..

Takyah semak2 kepala nak fikir pasal politik.. politik tu kotor penuh fitnah kedua2 belah pihak sama je..

Sebabnya ? Sebab diri sendiri membawa fitnah. Sepatutnya, kata penyokong PR, kita neh benci fitnah. Tapi macam mana ya, dalam pada kita benci fitnah tapi kita jaja fitnah pula? Adakah jika orang fitnah kita itu salah, tapi kalau kita fitnah orang itu betul pula?

Beginilah. Orang kata kalau tak mampu membantu, tak perlu jadi penyusah. Bukan suruh bantu sampai betul salah seme langgar. Itu bukan bantu tapi itu bodoh. Kalau nak bantu, pastikan tahu melihat dengan jelas apa itu garisan betul dan salah. 

After all, kita bukan nak angkat pemimpin, parti atau sapa2. Kita nak angkat diri sendiri untuk hidup di bawah kerajaan yang adil. Kalau yang ini kita faham, percayalah, perjalanan kita untuk mencari kerajaan yang adil semakin hampir.

Ameno : Jadilah FAKER yang TULEN.

1 comment:

Anonymous said...

Kepada Saudara-saudara dan Saudari-saudari yang hormati sekian,
Bahawa saya, peguam Yip Jiun Hann, Pemuda MCA Gombak seorang anak Yip Kum Fook ingin bertanya mengapa orang ramai begitu dengki bapa saya beristeri lebih dari tiga? Ini sebuah Negeri demokrasi, dia mahu sepuluh isteri pun hak dia sendiri, sekiranya dia bolih bertanggujawab.

Demi Islam pun bolih berkahwin lebih daripada empat perempuan. Saya harap orang ramai berfaham dan jangan bodoh.

Kalau semua mahu cabar demokrasi dan hak asasi, orang ramai bolih bertanya pada YB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak and Pengurusi MCA Malaysia Datuk Dr. Chua Soi Lek, kerana memperbuatan mereka sama dengan bapa saya.
Yang benar

Pemuda MCA Gombak
Sdr. Yip Jiun Hann

http://margeemar.blogspot.com/2012/06/malaysia-between-les-majeste-treason.html