PARIT BUNTAR, 21 Mei : PAS
Parit Buntar bersedia bila-bila masa menghadapi pilihanraya umum ke 13,
kata Setiausaha PAS Parit Buntar Azhari Hadi. Beliau berkata demikian
selepas taklimat jentera pilihanraya PAS
Parit buntar telah dihadiri lebih 300 orang
petugas Unit Peti Undi (UPU) bagi Parlimen Parit Buntar.
Taklimat dan
motivasi pilihanraya telah disampaikan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, YB Dr.
Hatta Ramli di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin , Titi Serong.
Dalam ucapannya Dr. Hatta meminta semua petugas Jentera Piliharaya Kawasan meningkatkan lagi gerak kerja piliharaya semaksimum mungkin kerana PRU 13 ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja kerana tempohnya telah melebihi empat tahun.
Dalam ucapannya Dr. Hatta meminta semua petugas Jentera Piliharaya Kawasan meningkatkan lagi gerak kerja piliharaya semaksimum mungkin kerana PRU 13 ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja kerana tempohnya telah melebihi empat tahun.
" Parlimen Parit
Buntar ini menjadi tumpuan seluruh negara sebagai salah satu parlimen
yang menjadi harapan untuk dimenangi dalam menuju ke Putrajaya.
" Respon rakyat di seluruh negara menunjukkan Pakatan Rakyat kini menjadi pilihan
rakyat yang mahukan perubahan dalam politik negara untuk mengambilalih
kerajaan pusat dalam PRU 13 nanti" katanya
Dr. Hatta berkata , rakyat sudah muak dan jijik dengan kerakusan BN yang mentadbir negara
ini lebih 50 tahun.
" Sudah tiba masanya pula Pakatan Rakyat diberi
peluang untuk membuat perubahan dalam negara ini.
" Sekiranya PRU 13 ini
dijalankan dengan bersih dan adil, beliau optimis, Pakatan Rakyat akan
dapat mengambil alih Putrajaya melihat kepada sambutan rakyat kepada PR
diseluruh negara" katanya
Turut hadir memberi ucapan termasuklah Ahli
Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusof Rawa , Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussin
dan , Yang Dipertua PAS Parit Buntar Tuan Haji Harun Hashim.
No comments:
Post a Comment