Apakah PAS bakal menurunkan bekas penyanyi popular lewat 80an dan awal
90an Wan Aishah Wan Ariffin sebagai calon parlimen pada Pilihan Raya
Umum (PRU) ke-13 di Jempol, Negeri Sembilan?
Desas desus ini bertiup kencang di kalangan ahli dan penyokong PAS di
Negeri Sembilan sejak Aishah muncul di sebuah ceramah di Seremban minggu
lepas.
Dalam ceramah tersebut yang dihadiri lebih 1,000 penyokong dengan
separuh daripada hadirin merupakan golongan wanita; selain berkongsi
pengalaman menuntut dan tinggal di New Zealand selama 10 tahun, Aishah
juga menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang cita-cita
politik.
Sebaliknya Aishah menyatakan beliau menyertai PAS sejak dua bulan lalu
atas kesedaran ingin membantu parti tersebut dengan menyampaikan mesej
tentang perjuangan parti itu dan membantu mendapatkan sokongan orang
ramai terhadap parti PAS.
“Saya tidak pernah bercita-cita menjadi pemimpin parti politik atau menjadi wakil rakyat.
“Walaubagaimanapun sekiranya saya ditawarkan menjadi calon PRU, saya
memerlukan masa untuk mengkaji secara mendalam tentang tawaran tersebut.
“Saya tidak boleh ambil ringan tentang cadangan atau tawaran tersebut
kerana menjadi calon dan menjadi wakil rakyat (sekiranya menang)
memerlukan pengorbanan, tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terhadap
rakyat yang memilih saya.
“Justeru itu cadangan sedemikian saya perlu kaji sedalam-dalamnya.
“Setakat ini tidak ada mana-mana pemimpin PAS tertinggi yang menawarkan
saya menjadi calon walaupun beberapa pemimpin PAS tertinggi ada ‘hint’
pada saya tentang cadangan tersebut.
“Buat masa ini saya lebih suka dan selesa bergerak sebagai ahli biasa di
pentas PAS dengan berkongsi pengalaman hidup saya dengan orang ramai”,
kata Aishah apabila ditanya wartawan apakah beliau bersedia menjadi
calon PAS pada PRU13 jika ditawarkan oleh kepimpinan PAS.
Reaksi PAS Negeri Sembilan
FMT menghubungi Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani untuk mendapatkan kenyataan beliau berhubung cadangan meletakkan Aishah sebagai calon parlimen Jempol pada PRU akan datang.
Reaksi PAS Negeri Sembilan
FMT menghubungi Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani untuk mendapatkan kenyataan beliau berhubung cadangan meletakkan Aishah sebagai calon parlimen Jempol pada PRU akan datang.
Mohd Taufek berkata beliau tidak menolak faktor Aishah mempunyai peminat
yang ramai jika beliau dicalonkan sebagai calon parlimen Jempol
memandangkan sememangnya Aishah amat popular atas statusnya sebagai
seorang penyanyi pada satu ketika dahulu.
“Malah saya faham kenapa nama Aishah dicadangkan oleh beberapa ahli PAS
untuk parlimen Jempol kerana Aishah berasal dari Batu Kikir. Batu Kikir
sememangnya terletak di bawah parlimen Jempol.
“Secara peribadi saya bersikap terbuka dan mengakui kekuatan Aishah sebagai calon parlimen Jempol memandangkan beliau mempunyai
latar belakang pendidikan yang tinggi, membawa imej artis yang telah
berubah menjadi seorang muslimah mengikut ajaran Islam dan Aishah
merupakan calon tempatan.
“Walaubagaimanapun cadangan sedemikian perlu mendapat persetujuan
daripada peringkat cawangan dan PAS kawasan dari parlimen Jempol.
Biasanya keputusan untuk meletakkan calon popular ditentukan oleh PAS
Pusat,” jelas Mohd Taufek.
Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, tidak menafikan
bahawa sejak seminggu ini beliau dihujani panggilan telefon daripada
ahli dan penyokong PAS yang meminta beliau mencalonkan Aishah untuk
kerusi parlimen Jempol.
Aishah “winnable candidate”
Seorang pemimpin Muslimat PAS Negeri Sembilan yang tidak mahu nama
beliau dinyatakan di dalam laporan ini meminta PAS Pusat mengkaji secara
serius cadangan meletakkan Aishah sebagai calon parlimen Jempol untuk
memecah kubu kuat Umno di Jempol.
“Kita mempunyai peluang terbaik untuk mencipta kejutan di Jempol jika
mencalonkan Aishah kerana Aishah menepati criteria “winnable candidate”.
“Saya ingin bertanya berapa peratuskah kehadiran golongan wanita di
mana-mana ceramah anjuran PAS sebelum ini? Selalunya hanya dalam 10 ke
20 peratus sahaja. Jika ada penceramah wanita pun kehadiran wanita hanya
sekitar 25 peratus sahaja. Itu paling tinggi.
“Tetapi ceramah Aishah di Seremban tempoh hari dihadiri oleh 50 peratus
golongan wanita termasuk gadis remaja. Golongan gadis dan wanita yang
hadir pada malam itu dalam lingkungan umur 21 tahun ke 50 tahun.
“Daripada jumlah hadirin lebih 1,000 orang itu, jika separuh daripadanya
adalah gadis remaja dan wanita, ini bermakna Aishah mempunyai kekuatan
menarik sokongan kaum hawa.
“Kita sedia maklum sejak sekian lama PAS dan Pakatan Rakyat masih tidak
mendapat sokongan majoriti golongan wanita jika dirujuk kepada keputusan
PRU ke-12 dan sebelum itu.
“Golongan wanita Melayu merupakan golongan paling liat untuk mengundi
calon Pakatan Rakyat. Saya kira jika kita letak Aishah sebagai calon PRU
di Jempol, kita mampu mendapat penambahan undi yang drastik daripada
pengundi wanita dan anak muda,” kata pemimpin tersebut.
Pemimpin itu turut merasakan status ibu tunggal Aishah juga “carry
weight” dan pengundi yang berstatus ibu tunggal di Jempol tidak akan
teragak-agak akan memberikan undi kepada Aishah.
Artis popular
Aishah pernah mencipta nama sebagai artis popular di New Zealand,
Australia dan Asia pada tahun 1985 dengan kumpulan “The Fan Club”.
Pada masa yang sama beliau juga melanjutkan pendidikan di University of Auckland dan memiliki Ijazah Sains Politik.
Pada tahun 1990 Aishah menjadi antara artis yang paling popular di tanah
air apabila lagu ‘Janji Manismu” menjadi hit dan seterusnya merangkul
anugerah “Juara Lagu”.
Setelah memenangi gelaran “Juara Lagu,” Aishah menjadi salah seorang
nama besar di dalam industri muzik tempatan dan beliau merakamkan
beberapa album lagi dalam berbahasa Melayu.
Nota : Sesiapa sahaja boleh menjadi calon PAS andai ianya memenuhi
kriteria ketat yang digariskan oleh Majlis Syura Ulama' dan AJK PAS
Pusat.
Sumber : FMT
2 comments:
aisyah pon ok jd calon pas di dun jempol..saya sokong!!!
Saya sokong 100%. Waris dan satu luak ni.
Post a Comment