Wednesday, May 30, 2012

SEMUANYA UPAH!!! Tidak ada cara lain UMNO hendak ramaikan orang datang program


Alahai.. apa dah jadi dengan Najib dan UMNO ni?? Nak buat demo kena bayar upah kat pencacai, nak baling batu dan telur pun kena bayar upah.. ni pulak nak ke Himpunan Jutaan Belia 2012 pun kena bayar upah..

Tak pasti pulak aku samada RM30 yang dipegang oleh budak-budak dalam gambar diatas termasuk dalam RM20Juta yang dikatakan telah dihabiskan oleh Najib untuk menjayakan program itu..

Laporan tentang Najib habiskan RM20Juta tu sila baca di (
SINI )

Selain baju T dan pengangkutan percuma, belia, anak-anak muda yang hadir di Himpunan Jutaan Belia baru-baru ini diberi wang saku sebanyak RM 30 bagi meramaikan.


Walaupun disediakan beberapa hiburan percuma termasuk import dari Korea kumpulan K-Pop namun pihak penganjur tidak yakin keramaian yang diharapkan tanpa disogok serta diangkut .


Sebab itu keramaian yang dihebohkan hadir bukannya tulin dan sukarela.


Lihat saja para belia mempermainkan pihak yang menyogok mereka.


Itulah sebabnya Najib Razak masih ragu-ragu mau membubarkan parlimen. Dia sendiri tahu program Himpun Jutaan Belia tidak menyumbang kepada mentermahkannya kepada bentuk undi.



Sumber :
Omak Kau

2 comments:

Anonymous said...

Program tak berfaedah ...
Sebagai pembayar cukai ... Saya tak akan mengundi BN

Anonymous said...

Remaja2 ni dtg pn bkn sbb nk sokong BN,tp dorang dtg sb nk berseronok2 je semata2...dh ada org sponsor,lg la dorg suka,bknnya apa,bleh enjoy sakan kt situ,dorg bkn peduli sgt pasal BN pn...